ARTIKEL BARU

POLITIK MELAYU - MASIH MENTAH ATAU TARAF OKU?


Asalnya tajuk artikel ini “Orang Melayu bodoh politik” bukan OKU atau orang kurang upaya. Tetapi perkataan bodoh ini agak kasar dan bersifat kurang ajar walaupun sebenarnya memang bodoh lah gambaran tepat sikap pemimpin Melayu sekarang..

Apa tak bodoh, semua parti politik yang di pimpin Melayu, baik UMNO, maupun PKR dan PAS berebut-rebut nak dapat sokongan kaum-kaum bukan Melayu. Kaum imigran yang dibawa penjajah Inggeris sebagai “kuli” sekarang dilayan seperti “raja” atau “king”. Puak-puak ini pulak berlagak sebagai yang paling berkuasa menentukan siapa yang layak jadi pemerintah di negeri tanah tumpah darah bangsa Melayu.
(gambar: Tun Razak - ketika sokongan kaum bukan Melayu merosot, Tun Razak memperkuatkan politik dan ekonomi Melayu dengan dasar DEB, bukan menyerahkan hak politik dan ekonomi Melayu kepada kaum lain)

Memang sifatnya orang Melayu tidak suka menuntut, jauh sekali merampas hak orang lain. Dagang lalu di tanak nasi. Sifat menghormati tamu atau orang luar telah menjadi norma hidup orang Melayu sejak dulu hingga sekarang.

Dulu, Penjajah Inggeris nak jaga politik orang Melayu, mudah saja. Jaga pembesar Melayu, dan tidak mencampuri adat istiadat orang Melayu dan agama Islam. Inggeris sudah tahu kelemahan kekuatan orang Melayu. Tetapi dengan kehadiran kaum pendatang terutama kaum Cina, Inggeris menghadapi berbagai masalah politik. Mereka tuntut macam-macam dari Inggeris.

Bila tak dapat mereka buat kongsi gelap. Mereka ujudkan kekacauan. Maka Inggeris tunduk dengan tuntutan mereka dengan beri jawatan Kapitan Cina, beri tanah, kawasan lombong dan sebagainya. Mereka juga tuntut macam-macam daripada pembesar dan raja-raja Melayu. Dapat tanah, komisen pungut cukai dan sebagainya.

Bagaimana dengan ekonomi bangsa Melayu? Sejak dulu mengharapkan sumber alam yang diberikan Allah SWT. Menjadi nelayan dan menanam padi. Dimana tanah yang menjadi tapak rumah mereka, tanah itulah, yang bersempadankan pokok mempelam, pokok kelapa, pokok pandan yang menjadi milik mereka. Tidak lebih daripada itu. Dalam otak orang Melayu seluruh kampong termasuk kawasan tanah kuburan, sebagai milik mereka.

Sebab itu mereka tak risau apa-apa. Sampai masa musim angin bertiup, mereka main wau dan layang-layang, musim tengkujuh, mereka pesta air. Orang Melayu suka bersantai dan bergembira. Tidak perlu kejar harta dan kekayaan.

Politik Melayu begitu simple, hanya patuh kepada raja dan sultan atau pembesar mereka. Yang baik pada ketua baiklah pada mereka. Sampai sekarang beginilah keadaan kebanyakan orang Melayu. Mereka serah nasib kepada pemimpin termasuk raja-raja Melayu yang kononnya melindungi hak-hak istimewa orang Melayu.

Barangkali mengambil masa berpuluh-puluh tahun lagi untuk bangsa Melayu mencapai taraf kemajuan yang telah dikecapi golongan pendatang yang rakus, tamak dan ingin membolot segala hak orang Melayu.

Itupun jika, ayatnya JIKA, bangsa Melayu masih lagi mempunyai kuasa politik! Dua pulau dah ditawan, Pulau Singapura dan Pulau Pinang oleh kaum yang asalnya menjadi “kuli” Inggeris, tetapi pemimpin Melayu masih dengan “kebodohan” mereka.

Hari ini pemimpin Melayu yang berkuasa dan pemimpin Melayu yang ingin berkuasa kata, jangan lah nampak sangat kita terlalu membantu bangsa Melayu sahaja. Walhal tiada apa pun yang nampak kelebihan kepada orang Melayu, sungguhpun telah ada polisi kerajaan membantu mereka.
Maka mereka berebut-rebutlah pemimpin Melayu menarik hati kaum lain. Pemimpin UMNO sudah tahu MCA dan GERAKAN tiada sokongan tapi apa juga tuntutan dan desakan mereka dilayan dan semua lulus. Orang India pula telah mula tunjuk taring kerana sudah tahu Melayu rupanya lemah dari segi politik. Pemimpin PKR dan PAS pulak menjanji lebih banyak lagi dari UMNO supaya mereka juga boleh berkuasa.

Tidakkah mereka tahu semua penyokong DAP, MCA dan GERAKAN itu walaupun tidak tidur sebantal tetapi mereka mempunyai mimpi yang sama? Sampainya ketikanya mereka semua akan bersatu setelah berjaya menjadikan pemimpin Melayu kuda tunggangan mereka menuju matlamat bersama. fikir-fikirkanlah.

4 Responses to "POLITIK MELAYU - MASIH MENTAH ATAU TARAF OKU?"

PUTRA MERDEKA said...

suara pejuang melayu sejati, terima kasih

1Pendidikan said...

Coretan yang kena dibatang hidung, tepat sekali. Orang Melayu juga masih ramai tidak tahu memilih pemimpin, tidak kisah seranan agama atau gesaan "tuhan" tentang panduan bagaimana hendak memilih pemimpin. Contohnya, orang Melayu hanya percaya kepada seruan agama tetapi konsep kepercayaan orang melayu pada umumnya hanya pada peringkat percaya sahaja tetapi kepercayaan yang dimaksudkan kurang atau tidak mempengeruhi langsung keputusan mereka untuk bertindak terhadap sesuatu, contohnya seruan membaca itu adalah "ayat pertama" yang disampaikan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW dan pada umumnya orang melayu tahu dan faham TETAPI "tahu dan faham" itu tidak mempengeruhi perlaku melayu tentang membaca dan budaya membaca itu bukannya budaya kehidupan bangsa melayu. Apabila budaya membaca belum lagi menjadi asas pembinaan budaya ketamaddunan melayu, maka melayu akan berhadapan dengan belbagai isu dan masalah kerana orang melayu pada umumnya kurang bermaklumat dan kurang berilmu. Impaknya, banyak keputusan yang dibuat oleh orang melayu bukannya berasas maklumat yang sahih dan tepat dan berasaskan ilmu. Senario seperti ini menyebabkan banyak keputusan yang dibuat oleh orang melayu lebih diasaskan kepada dorongan hawa nafsu, dipengeruhi oleh sentimen dan akal yang kurang waras, dibuat secara tergesa-gesa dengan penuh prejudis dan buruk sangka. Senario tahap "EQ" orang melayu yang bermasalah ini menyebabkan budaya toleran yang tidak kena pada tempatnya selalu menjadi asas pertimbangan orang melayu sehinggakan jika kita analisis keputusan-keputusan yang pernah dibuat oleh pemimpin-pemimpin orang melayu dengan jelas menampakan betapa "paloi" nya jenis pemimpin yang telah dipilih oleh orang melayu seperti ini sehinggakan menghuru-harakan keadaan dan menimbulkan pelbagai krisis sehinggalah dasar yang baik seperti DEB pun tidak mampu untuk dilaksanakan dengan baiknya. Fikir-fikrlah !

mrakunman said...

Aneh tapi nyata. Orang Melayu dan bumiputera hampir menjadi pengemis di negara sendiri. Di restoran-restoran cuma dapat minum air suam berharga 20 sen, kerana itu yang terdaya dan mampu di bayar. Di Negara ini pada waktu ini, nasib melayu dan bumiputera ditentukan oleh bukan rakyat asal negara ini. Saya setuju sangat dengan paparan saudara, saya juga termasuk golongan bodoh kerana masih berparti UMNO dan berketuakan Datuk Salleh Said di peringkat Bahagian, manakala peringkat negeri adalah Musa Aman, kebangsaan pula DS Najib, yang pada masa ini masih tereggeh-eggeh menagih sokongan bukan kaum melayu dan bumiputera.

musli oli said...

Saudara Mrakunman, menjadi ahli UMNO atau PKR atau PAS sebenarnya tidak menunjukkan kebodohan. Saya hanya menyatakan adalah satu tindakan bodoh jika kepimpinan Melayu dari parti-parti pimpinan Melayu mengharapkan sokongan kaum lain untuk mendapatkan kuasa. Moral of the story is perpecahan telah melemahkan Melayu dan bumiputra di negara tanah tumpah darah mereka.Kebodohan itu tidak menjurus kepada menjadi ahli UMNO dan menyokong kepimpinan dato salleh, dato musa atau presidennya dato seri Najib.