ARTIKEL BARU

BILA MASA PARTI UMNO MEMBELA NASIB ORANG MELAYU?


Berita TV jam 8 pm, Pengerusi BN Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan BN tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti. Ini bermakna pengundi DUN Penanti, majoritinya orang Melayu, samada mereka penyokong setia BN dan UMNO, atas pagar atau pemerhati, mulai sekarang mestilah membiasakan diri untuk keluar mengundi tetapi tidak memangkah dacing lambang BN yang diwakili parti UMNO di kawasan majority pengundi Melayu.
Gambar: Mahatma Ghandi - kalah atau menang bukan ukuran satu perjuangan. Ghandi terbunuh sebelum India mencapai kemerdekaan. Namun perjuangannya menjadi inspirasi ke seluruh Asia menuntut kemerdekaan.

Barangkali keputusan BN, walaupun sebenarnya UMNO, yang memulau pilihan raya kecil itu kerana menganggap ianya sebagai satu “permainan politik” pembangkang ada hikmahnya kepada bangsa Melayu. Pertama, kepimpinan tertinggi UMNO telah menyampaikan satu mesej kepada orang Melayu bahawa selain daripada parti UMNO, parti politik seperti PKR, PAS atau DAP juga boleh membela nasib orang Melayu. Dalam konteks Penanti, PKR yang akan mewakili Pakatan Rakyat adalah alternatif kepada orang Melayu selepas UMNO.

Seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan Rakyat sekarang, belum dengar berita orang Melayu tertindas. Semasa PAS memerintah Terengganu selama satu penggal dan dalam keadaan serba kekurangan kerana royalty minyak tidak dibayar, tiada juga cerita orang Melayu tidak dapat biasiswa atau orang Melayu mati kebuluran.

Inilah barangkali mesej sebenar parti UMNO kepada orang Melayu di seluruh negara. Saya kaitkan satu cerita dari seorang kawan dari Terengganu. Dia bekas Naib Ketua UMNO bahagian. Dalam pemilihan November tahun lalu, walaupun dia gagal mempertahankan jawatannya, tapi masih menjadi penyokong setia UMNO.

Dalam keluarga saya ada tujuh orang yang layak mengundi. Termasuk saya, isteri, tiga anak dewasa dan dua orang menantu”. Katanya memulakan cerita.

Menurutnya, dia tidak pernah berbincang soal politik dengan isteri dan anak-anak, walaupun ramai orang-orang politik datang ke rumah. “Saya memberi anak-anak dan menantu kebebasan kerana mereka berpendidikan dan boleh menilai sendiri” Tetapi pada pilihanraya Mac tahun 2008 lalu, sebaik sahaja balik daripada pondok mengundi, tergerak hati saya bertanya kepada mereka.

Pangkah apa tadi?”

“Kami pangkah PAS papa” kata mereka berlima seperti berpakat menjawab serentak. Mulanya saya tergamam tetapi sebagai orang lama dalam politik saya tenangkan diri dan tanya mereka.“Kenapa tak pangkah BN. Papa kan pemimpin UMNO?”

Anak kedua saya menjawab “Selama ini papa tak pernah tanya, dan kami tak pernah cakap. Saya dah berumur 25 tahun. Sejak ingatan saya, papa selalu beri duit kepada orang-orang UMNO. Bantu orang-orang yang sama. Baru sekejap tadi dekat Pusat Mengundi, papa juga beri duit kepada mereka. Tetapi nasib mereka masih juga seperti itu. Nasib mereka tidak berubah papa. Jika parti UMNO yang papa sokong itu bantu orang Melayu kenapa orang Melayu masih miskin sampai sekarang?”.


"Bila masa parti UMNO membela nasib orang Melayu... papa?"

4 Responses to "BILA MASA PARTI UMNO MEMBELA NASIB ORANG MELAYU?"

1 BORNEO said...

Semasa kami bersembang di "Sembang-Sembang Cafe" di The Mall pada 12 Mei 2009 seorang warga PPIM yang diperkenalkan kepada saya oleh Setiausaha Eksekutif PPIM sebagai "ustaz" yang saya percaya adalah antara kumpulan intelek melayu yang sangat perihatin dengan nasib dan senario orang melayu di tanah tumpah dara sendiri sebagaimana saudara maksudkan sebagai "Tetapi nasib mereka masih juga seperti itu. Nasib mereka tidak berubah papa. Jika parti UMNO yang papa sokong itu bantu orang Melayu kenapa orang Melayu masih miskin sampai sekarang?”. INI MERUPAKAN satu persoalan yang perlu dijawab dengan penuh keihklasan oleh para pemimpin melayu atau rumpun peribumi

mohd azrone sarabatin said...

Tak kan Melayu hilang di dunia kata Laksamana Hang Tuah... betul... tapi apa guna wujud di dunia jika hilang kuasa di bumi sendiri, kata Embo Ali, pahlawan yang disembunyikan perjuangan murninya untuk agama dan pertiwi.

Anonymous said...

good one bro...straight to their heart. BULLeyes...!!
Satu persoalan yang mungkin dapat membuka minda orang-orang Melayu tentang pengorbanan UMNO pada mereka. Kini... mereka harus tanya diri mereka sendiri... SUDAH DITOLONG/DIBANTU DEMIKIAN RUPA...KENAPA MASIH DOK SITU-SITU JUGA???

feeza said...

Melayu ni, bantulah banyak mana pun , tak pernah nak dihargainya....celik IT pun dek kerana dasar kjaan BN gak....jadi kita biarkanlah mereka rasa pulak duduk di bawah telunjuk DAP macam yang berlaku di Perak tu. DEB yang ada pun nak dihapuskan, mereka rasa mereka dah hebat...biarlah si Luncai terjun dengan dagu-dagunya.