ARTIKEL BARU

Ketua Menteri Sarawak Bersara 28 Februari?

Artikel ini dipetik dari www.freemalaysiatoday.com

Angka 33 adalah angka bertuah. Angka itu juga yang dipilih Ketua Menteri Sarawak untuk bersara daripada jawatan Ketua Menteri Sarawak. 

Tan Sri Pehin Haji Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1981. Beliau menang kerusi DUN Sebandi dalam satu pilihan raya kecil. Selepas itu dilantik menteri negeri seketika sebelum menggantikan pak ciknya Tun Abdul Rahman Ya'kub sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keempat.

Menurut sumber,  beberapa minggu lalu, satu rombongan telah mengadakan pertemuan dengan Taib Mahmud di kediamannya di Kuching. Dalam pertemuan itu  Taib menyatakan hasratnya untuk bersara dari politik dan memberikan tarikh 28 Februari sebagai tarikh yang sesuai. Menurut sumber itu, tarikh yang dipilih itu untuk membolehkannya dilantik sebagai TYT Sarawak yang baru selepas persaraan TYT sekarang yang dijangka pada bulan March.
 
Taib Mahmud memegang rekod paling lama menjadi Ketua Menteri/Menteri Besar di Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen kedua paling lama selepas MP Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Kejayaan terbesar Taib Mahmud dalam politik Sarawak ialah kemampuannya mempertahankan kedudukan PBB sebagai parti yang dominan dan berpengaruh dalam BN Sarawak sungguhpun kaum bumiputera Islam adalah minoriti berbanding dengan bumiputera bukan Islam seperti kaum Dayak.

Taib juga berjaya mengekang campurtangan politik kerajaan Pusat secara langsung seperti yang berlaku di Sabah dengan kemasukan Umno ke negeri itu pada 1991.Berbanding dengan Sabah, bidang pentadbiran kebanyakannya masih dibawah  kuasa kerajaan negeri dan hanya sedikit campurtangan kerajaan Pusat. Taib juga pastikan pengarah-pengarah yang dilantik dalam jabatan Persekutuan dan agensi-agensi Persekutuan di Sarawak adalah terdiri daripada warga Sarawak.

Pada pilihan raya umum 1987, ramai yang menjangkakan Barisan Nasional Sarawak akan mengalami nasib sama seperti kerajaan Barisan Nasional Sabah yang tumbang kepada parti PBS yang ditunjangi kaum bumiputera bukan Islam.  Dalam pilihan raya negeri Sabah 1985, Parti BERJAYA pimpinan Tan Sri Harris Salleh gagal mempertahankan kerajaan BN, hanya menang 6 dari 48 kerusi DUN Sabah.

Sentimen kemenangan PBS telah sampai ke Sarawak. Parti Bansa Dayak Sarawak atau PBDS  pimpinan Tan Sri Leo Moggie yakin memperolehi kejayaan seperti PBS di Sabah. Keyakinan itu bertambah kerana PBDS mendapat  sokongan daripada bekas ketua menteri Sarawak, Tun Rahman Ya'kub dari parti PERMAS. 

Persaingan sengit dalam pilihan raya negeri 1987 bagaimanapun memihak kepada Barisan Nasional. PBDS hanya menang 15 kerusi, manakala PERMAS hanya dapat 5 kerusi. Secara keseluruhan BN Sarawak mengekalkan kemenangan 28 kerusi. Taib Mahmud berjaya mengekalkan sokongan kaum Tionghua yang menyokong SUPP (11 kerusi) disamping PBB mempertahankan 14 kerusi dan parti SNAP menang 3.

Pada pilihan raya negeri 2011, Perdana Mnenteri mengumumkan Taib akan bersara dalam tempuh dua tahun. Tempuh dua tahun itu sepatutnya pada 2013. Tetapi oleh kerana berdepan dengan PRU13, persaraan itu ditunda. 

BN Sarawak juga mendapat tentangan hebat pada pilihan raya negeri 2011, berikutan serangan-serangan peribadi ke atas Taib Mahmud dan keluarga, namun ternyata Taib adalah seorang tokoh politik yang hebat dan wajar diberi   penghargaan kerana terus mempertahankan kerusi-kerusi BN termasuk dalam PRU 13. 
dan sokongan orang Melayu yang masih yakin dengan kepimpinan Taib.

1 Response to "Ketua Menteri Sarawak Bersara 28 Februari?"

Anonymous said...

alangkah bertuahnya sarawak, berbanding kita di sabah semuanya dikontrol oleh kerajaan pusat. anak-anak kita ramai berkelayakan tetapi kebanyakan jawatan penting disandang oleh orang malaya,,