Sudah hampir 3 bulan saya tidak menulis blog SEKALI KETUK. Jari jemaripun tidak lancar dan sepantas dulu. Dalam tempuh itu saya cuba "blank' pemikiran dari politik. Berbagai cara saya cuba untuk mengisi masa lapang. Antaranya bermain catur dan berniaga nasi lemak.
Berniaga nasi lemak tak susah jika ada pengalaman dan tahu membuat sambal yang sedap. Arwah emak memang pakar memasak dan kami dibesarkan hasil daripada perniagaan makanan. Pengalaman saya lebih 4 tahun diluar negara bekerja dengan berbagai restoran (France, Italian, Indian dan Chinese) memberi saya kemahiran tambahan
Perniagaan membekal nasi lemak tak perlu overhead dan running capital yang banyak.Tak perlu sewa kedai dan membayar gaji pekerja. Saya, isteri dan pembantu rumah masak dan membuat persediaan di rumah.Kerja tak banyak, hanya masak nasi, masak sambal dan proses membungkus.
Kerja bermula jam 11malam. Sekitar jam 4.30-5 pagi, semua telah siap dan saya hantar antara 200 hingga 300 bungkus "nasi lemak Pak Mus" ke kedai-kedai kopi berhampiran kawasan rumah.
Jam 6 pagi, beres. Sebelah petang giliran isteri pulak pergi ke kedai-kedai tersebut mengutip hasil jualan.Sehari boleh jual sekitar RM500.Untung bersih RM200 hingga RM300 sehari.
Sungguhpun bisnes nasi lemak menguntungkan, tidak pula pernah terlintas untuk saya jadi pengusaha nasi lemak yang berjaya. Dunia berniaga bukan dunia saya. Ini bukan hidup saya. Saya tidak boleh hidup dalam dunia orang lain.
Saya tidak mau diibaratkan seperti seekor udang, yang meninggalkan air dan tinggal di atas daratan semata-mata untuk melarikan diri dari ikan-ikan jerung yang mahu memakannya. Sudah pasti udang akan mati kerana daratan bukan dunianya. Apakah peluang survival udang dalam air laut? Sudah tentu, ia seribu kali lebih baik dari atas darat...
Saya sudah jadi penulis dan aktivis politik melebihi 25 tahun.Lebih separuh hidup saya telah dikenali sebagai Musli Blogger atau Musli Penulis Buku. Saya telah menerbitkan 12 buku politik nasional. Sebuah buku saya "Bermula Atau Bermula 1Legasi" terbit bulan Mei 2011, dibeli parti UMNO untuk bahan bacaan para perwakilan parti.
Saya tidak lah mau meninggalkan legasi sebagai seorang peniaga nasi lemak.Walaupun saya menghormati perniagaan itu.
Dilema saya bermula disini. Setelah menyertai parti pembangkang pada November 2011, dan dilantik sebagai anggota MPN parti PKR, tulisan saya dianggap tidak adil dan berat sebelah. Sebaik mana saya mengolah tulisan supaya isu yang saya kupas tidak memihak, namun persepsi masyarakt pembaca tetap menganggap tulisan saya tidak bersikap adil malah menuduh saya memfitnah!
Bagus mana sekalipun tulisan saya, ia gagal mencapai sasaran dan matlamat. Sebagai penulis, saya gagal mencapai kepuasan diri. Ini amatlah mengecewakan. Apakah pilihan saya? Berhenti jadi penulis dan meninggalkan dunia saya seperti seekor udang tadi?
Pada minggu lepas, saya membuat keputusan menulis surat kepada pucuk pimpinan PKR untuk melepaskan semua jawatan saya daripada parti itu. Saya tidak perlu keluar daripada parti itu, kerana hakikatnya saya tidak pernahpun menjadi ahli PKR sebelum saya dilantik sebagai Timbalan Ketua Penerangan negeri Sabah.
Meninggalkan jawatan dalam PKR bermakna saya tidak menyokong politik kepartian. Tetapi perjuangan untuk negeri Sabah saya tidak berganjak. Saya tetap menyokong tuntutan autonomi untuk Sabah, tambahan 20% royalti minyak, pemansuhan Cabotage Policy dan lain-lain lagi.
Hakikatnya saya hanya meletakkan jawatan politik tetapi tidak lari daripada perjuangan politik..Saya akan meneruskan perjuangan sebagai aktivis NGO dan penulis politik yang bebas. Sebagai penulis non-partisan saya boleh menulis segala kepincangan dan kebobrokan dalam masyarakat tak kira dalam parti mana sekalipun....jumpa lagi, Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin.
2 Responses to "ANTARA NASI LEMAK, POLITIK DAN DUNIA PENULIS"
Syabas pak,
Saya paling lega dengan keputusan ini - sama sebagaimana saya menjadi paling serabut bila bapak memilih untuk menjadi antara orang hadapan PKR, khususnya di Sabah.
Kita seharusnya kekal menjadi 'kita', dan dengan 'cara kita'
Guess who?
Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?
Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.
TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.
Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?
Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?
Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.
Post a Comment