ARTIKEL BARU

MUSA DAN SALLEH SASARAN KRITIKAN


Sehingga rencana ini ditulis, Datuk Seri Musa Aman belum membuat sebarang pengumuman, samada bersetuju dengan cadangan bertanding jawatan VP Umno. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Barangkali Ketua Menteri Sabah itu hanya mempertahankan jawatannya sebagai Anggota Majlis Tertinggi atau barangkali mengikuti jejak MB Perak, Dr Zambery Kadir yang tidak bertanding dalam pemilihan Umno kali ini.

Keputusan beliau masih menjadi teka teki. Tapi isyarat amat jelas kepada UMNO bahawa ada tuntutan perubahan dari rakyat Sabah secara umum dalam hirarki kepimpinan tertinggi parti itu.UMNO Sabah inginkan pemimpin yang mewakili mereka memperjuangkan soal hak Sabah termasuk soal otonomi dalam mengurus dana pembangunan untuk negeri.

Menambah jumlah bilangan menteri Persekutuan dari Sabah tidak membawa sebarang perubahan kepada tahap pembangunan negeri itu jika sikap menteri-menteri yang dilantik masih seperti pemimpin daripada negeri-negeri lain di Semenanjung. Inilah yang berlaku pada hari ini bila menteri kanan dari Sabah yang mengetuai kementerian penting tapi tidak mengikut kehendak dan aspirasi kepimpinan negeri Sabah yang mahukan dana kementerian diurus kerajaan negeri.

Ekoran daripada cadangan Musa bertanding jawatan VP, sudah tentu ada kumpulan yang kurang selesa kerana jawatan VP adalah jawatan kanan yang menjanjikan kedudukan penting dalam kabinet Persekutuan. Mencadangkan Musa sebagai VP bukan bermaksud mengambil alih jawatan  menteri Persekutuan, tetapi memperkukuhkan kedudukannya dalam parti sebagai bargaining power membawa lebih banyak dana daripada kementerian Persekutuan untuk Sabah.

Dari segi populariti, kita akui Musa tidak begitu popular dikalangan perwakilan UMNO di Semenanjung kerana Musa tidak ada kuasa mengagih-agihkan projek diseluruh negara. Maka itu saya sifatkan kenyataan yang disiarkan dalam akhbar nasional oleh bekas MP Libaran, Datuk Alhbar Khan sebagai kenyataan nakal. Dia mencadangkan Musa bertanding kerusi timbalan presiden kerana kejayaan dan popularitinya di Sabah.

Hakikatnya, walau tidak popular Musa mendapat sokongan padu daripada bahagian-bahagian UMNO di Sabah. Setakat ini sekurang-kurangnya 20 bahagian telah menyatakan sokongan jika Musa bertanding sebagai VP.

Selain Musa,  Datuk Seri Salleh Said juga jadi sasaran kritikan kerana cadangan itu dia yang mulakan. Seorang bekas AJK bahagian dan bekas pegawainya dalam kementerian dulu, telah membuat kenyataan melalui Facebook  menawarkan diri sebagai calon Ketua UMNO Kota Belud. Apakah tentangan terhadap Dr Salleh itu ada hubung-kait dengan cadangan Musa tanding VP?

Dr Salleh juga diserang dalam beberapa tulisan. Speaker DUN Sabah itu katakan terlalu lantang mengkritik kementerian-kementerian Persekutuan berhubung dengan peruntukan yang tidak disalurkan kepada kerajaan negeri. Kenyataan beliau itu kononnya sebagai persediaan untuk beliau  menyertai parti pembangkang pada PRU akan datang. Apakah  merayu supaya Kementerian Pendidikan Persekutuan memberi lebih kuasa kepada Pejabat Pengarah Pelajaran negeri sebagai menentang BN sedangkan ianya janji menteri berkenaan dalam PRU lalu?

Apakah Musa akan bertanding VP? Apakah Datuk Shafie Apdal, penyandang VP dari Sabah akan mempertahankan kerusinya? Siapakah pilihan perwakilan UMNO?

Saya akan sambung....



0 Response to "MUSA DAN SALLEH SASARAN KRITIKAN "