ARTIKEL BARU

BILA SUARA YB SEPERTI SUARA ANAK ANJING MENYALAK BUKIT!

Datuk Rubin Balang dalam pakaian tradisional Murut. Beliau juga presiden PMS (Persatuan Murut Sabah)



Hari ini saya menjadi pemerhati sepenuh masa Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah yang masuk hari ke empat. Saya sempat bertanya dengan beberapa wakil rakyat BN, kenapa semua backbencher sokong dan puji Bajet 2010. Apakah benar Bajet Sabah 2010 yang terbaik setakat ini? Bagaimana dengan bajet-bajet terdahulu? Tidak baikkah?

“Bajet itu yang terbaik kerana jumlahnya bertambah” Jawab YB Anita Baranting, ADUN kawasan Tandek. Analogy yang mudah. “kalau begitu jawapan YB, bermakna Bajet Malaysia 2010 yang Datuk Seri Najib bentang di parlimen baru-baru ini tidak baiklah kerana jumlahnya berkurangan daripada tahun 2009?” YB Anita hanya sekadar tersenyum.

ADUN Sugut, Datuk Surady Kayong yang telah empat penggal menjadi wakil rakyat pula bertanya kepada saya, apa yang harus dikritik mengenai bajet. Saya kata tidak semestinya wakil rakyat BN Sabah yang menjadi backbencher mengkritik itu tidak menyokong BN.

Di Parlimen, ramai juga wakil rakyat BN yang menjalankan tugas seperti wakil rakyat pembangkang. Mereka tidak bimbang kerana kritikan mereka itu mereka akan digugurkan sebagai calon. Siapa tidak kenal Datuk Bung Mokhtar dari Kinabatangan dan Datuk Mohammad Aziz MP Seri Gading.

Sebenarnya banyak soalan boleh dikemukakan YB Sabah. Semalam PM umum kerajaan akan mensasarkan pertambahan pendapatan perkapita rakyat daripada RM7,000 kepada RM13,000. Saya harapkan ada wakil rakyat yang bertanya, apakah kerajaan Sabah juga mempunyai sasaran seperti itu, disamping program membasmi kemiskinan.

Kekecewaan saya bagaimanapun terubat bila tiba giliran wakil rakyat Kemabong, Datuk Rubin Balang. Saya berada dalam dewan menonton ‘live’ ketika dia berucap. Saya amat menghormati keberanian beliau berucap dan memperjuangkan masalah rakyat yang diwakilinya.
(Ulasan lanjut dalam paradigm.com.my)

4 Responses to "BILA SUARA YB SEPERTI SUARA ANAK ANJING MENYALAK BUKIT!"

YANG GAMBI said...

Salam Musli, amat beruntung kalau kawasan DUN yang memiliki Wakil Rakyat sebegitu..... boleh dikatakan semua tempat yang mempunyai Wakil Rakyat perihatin masalah rakyat ada kemajuannya...

Transformasi Kepimpinan said...

salam tuan,
mau tanya ba macam mana mau dapatkan pas masuk sana dewannnnn aaaaaaa mau juga mr. aki tingok bah

Admin CCZ said...

A'kum Mosli..Serasanya dengan adanay Shafie Afdal, mungkin perkara ini boleh diselesaikan dengan secepat mungkin. Harap ada tindakan segera dari Kerajaan Pusat.

boaukb said...

asslamualaikum...boleh tuliskan tentang calon irranun? contohnya ag laiman dari calon pkr tempasuk...saya mahu tahu mgenainya.