ARTIKEL BARU

Sembang Selasa - golongan parasit mengaku bijak

Dalam sembang Isnin semalam saya sentuh tentang Ketua UMNO Kedah yang baru. Pagi tadi ada kawan habaq kat saya, “Hang tahu tahu tak, lima orang sahaja Ketua Bahagian yang hadir perjumpaan dengan Dato Shafie Afdal di Langkawi” macam-macamlah cerita dan persepsi daripada peristiwa itu. Ada kata boikot. Ada kata Ketua UMNO Langkawi lambat panggil. Terdapat 15 ketua UMNO Kedah. Mungkin mereka sibuk kot…

Orang Melayu dan penyokong UMNO (jika masih ada lagi) hakikatnya ada tiga pilihan sahaja:
i. Pro- Najib sebagai presiden UMNO dan PM - maknanya bersetuju dan memberi sokongan terhadap apa juga dasar, wawasan, perlantikan yang dibuat Najib. Setiap tingkah laku, percakapan, tulisan, sms, atau berhujah mestilah mencari point-point yang positif.

ii. Anti-Najib – maknanya tidak bersetuju membantah apa juga wawasan, dasar, perlantikan yang dibuat Najib sebagai PM dan Presiden UMNO. Mengkritik anggota kabinet, kritik One Malaysia, kritik Ketua-Ketua Perhubungan yang dilantik, kritik perlantikan 10 MKT. Maka carilah point-point yang negative tentang apa sahaja yang dibuat Najib. Maksudnya carilah kesalahan!

iii. Keluar dari UMNO! Sertai parti-parti politik lain yang berlambak kat Malaysia ini atau non-partisan dan kritik apa sahaja yang pemimpin buat.

Anda tanya sendirilah termasuk dalam kategori yang mana? i,ii atau iii? Tentu sekali yang paling ramai ialah kategori yang ke iii. Golongan bijak pandai dan golongan yang maha tahu segala-gala. Mereka ini sebenarnya golongan yang paling ramai dalam UMNO sekarang. Mana-mana sahaja mereka ada. Kat concorde, Pan Pac, Mall, dan semua coffe house hotel mereka ada.
Sambung esok..(Sembang Rabu-Pemimpin Melayu perlu diberi telur)

0 Response to "Sembang Selasa - golongan parasit mengaku bijak"