Artikel ini dipetik dari buku KONSPIRASI POLITIK MELAYU
Foto: Tun Mustapha. Tokoh politik yang bercita-cita menyatukan rakyat Sabah dibawah satu panji-panji perjuangan..
Rakyat Sabah begitu liberal dalam soal agama kerana itu rakyatnya boleh hidup harmoni tanpa mengira soal agama. Namun dalam soal bangsa dan suku, mereka agak sensitif dan orang politik mesti hati-hati.
Sejarah telah diajar di sekolah, masyarakat di seluruh kepulauan Melayu termasuklah kepulauan Borneo hingga pulau Cocos dan Irian Jaya semuanya dari rumpun Melayu. Asalnya mengamal animisme dan selepas itu menjadi penganut agama agama Brahma, atau agama Nabi Ibrahim. Diikuti pengaruh agama Hindu, Kristian dan seterusnya agama Islam.
Semua bangsa-bangsa yang mendiami kepulauan nusantara adalah berbangsa Melayu. Hanya perlembagaan Malaysia sahaja yang mensyaratkan bangsa Melayu mesti beragama Islam. Tetapi di Sabah, bangsa bumiputra yang beragama Islam, mengamalkan budaya Melayu tidak pula di kategori sebagai bangsa Melayu. Mereka dikenali sebagai bumiputra Islam dan yang tidak beragama Islam sebagai bumiputra bukan Islam.
Pengklasan rakyat mengikut ugama ini sebenarnya telah menimbulkan konflik politik yang berpanjangan di Sabah. Sebelum merdeka, jelas perebutan kuasa antara kepimpinan yang didokong bumiputra Islam dan kepimpinan yang disokong bumiputra bukan Islam.
Selama hampir 30 tahun persaingan kuasa berlaku antara bumiputra Islam dan bumiputra bukan Islam. Antara USNO dan UPKO (1963-1967), USNO dan BERJAYA (1976-1985), USNO dan PBS (1985-1994) dan UMNO dan PBS (1994-2001).
Di era pemerintahan Tun Mustapha, beliau telah berusaha mengembangkan dakwah Islam untuk menyatukan semua bumiputra dibawah satu obor perjuangan USNO. Beliau berjaya melalui USIA dan sebilangan besar kaum Kadazandusun telah memeluk Islam. Malah pemimpin Huguan Siow Kadazandusun yang merupakan seteru politik Tun Mustapha, iaitu Donald Stephens (Tun Mohd Fuad) telah memeluk Islam.
Namun perpecahan berlaku semula selepas KL campurtangan berikutan isu royalti minyak. KL yang menubuhkan parti BERJAYA. Dengan penubuhan BERJAYA kaum bumiputra bukan Islam telah memberi sokongan padu setelah Tun Mohd Fuad mengambilalih kepimpinan BERJAYA dari Datuk Harris Salleh.
Persoalan yang saya bangkitkan ialah, bolehkan pengklasan bumiputra berdasar agama di Sabah dimansuhkan supaya bangsa bumiputra hanya dikenali sebagai bangsanya sahaja. Umpamanya kaum Kadazandusun sahaja tanpa merujuk kepada mereka sebagai bumiputra bukan Islam kerana hampir separuh kaum itu beragama Islam. Begitu juga dengan suku Bajau, Bisaya, Brunei dan lain-lain yang beragama Islam. Janganlah mereka dikenali sebagai bangsa bumiputra Islam.
Ini sebagai mengelak berlaku perpecahan politik kerana isu ugama di masa akan datang. fikir-fikirkanlah..
10 Responses to "KONSEP AGAMA BANGSA DI SABAH."
salam, salah satu tanda kemajuan adalah tidak bertanya soal agama kepercayaan. Kerana agama adalah hubungan kita dengan pencipta. Tiada ada manusia yang boleh memastikan iman seseorang itu. Demikian juga tiada ada manusia yang boleh memberi jaminan bahawa seseorang itu masuk syurga maupun neraka. Jika dahulu istilah pengklasan ini tiada alangkah seronoknya, tetapi ini lah hasil penjajahan: perintah dan pecah!
Salam tuan, saya tidak hadir program pagi tadi sebab off day termasuk off day terkumpul sehingga Rabu depan. Terima kasih atas jemputan. Tun Mustapha tetap dikenang sebagai Bapa Kemerdekaan dan penyebar agama. Saya akan tunggu buku saudara mengenai tokoh ini, Insya-Allah.
Sokong penulisan ini. Saya setuju.
Dalam pilihanraya biasa dikelas kan BI=Bumiputera Islam, BBI=Bumiputera Bukan Islam, C=Cina dan LL=lain-lain.
Di Kuala Penyu sebahagian masyarakatnya lebih suka makan ambuyat dari nasi walaupun triple A. Saya sudah cuba dan memang sedap dimakan dengan masak kunyit asam pedas. Cuma kena belajar pakai sumpit. Saya pakai sudu makan ambuyat diketawakan pula.(betul tapi mengias).
Saya yakin penggunaan short form itu tidak akan berubah dalam pengklasifikasian politik terutama pilihanraya. Sama seperti di Semananjung di mana ianya di klasifikasi %Melayu, %Cina, %India dan %lain-lain.(Correct me if i'm wrong)
Pengklasifikasian Bumiputera atau peribumi juga sering celaru dan keliru bilamana ada sijil anak negeri dan ada sijil anak negeri yang diluluskan dengan "tidak teratur" atau dibeli sehingga ia mendapat taraf "bumiputera" dan timbullah isu Syarikat bertaraf Bumiputera yang dimiliki Bukan Bumiputera sebenar hinggalah ke Amanah Saham Bumiputera yang dilaburi oleh ramai bukan bumuputera Sabah sebenar.
Timbul pula isu Indigenous people of Sabah. Ada yang merujuknya sebagai "orang asal" dan ada yang merujuknya sebagai "orang asli" dan ada yang merujuknya "Bumiputera atau peribumi".
Idea saudara dalam tulisan ini baik namun merealisasikannya akan terpaksa mengharungi hambatan yang bukan mudah. Biasalah mencapai sesuatu yang baik itu itu biasanya tiada jalan yang sengkat dan mudah.
Sori Bro.. panjang betul bukan panjang sikit.
salam SabahKita, panjang tidak apa kerana memperkukuhkan lagi hujah saya...terima kasih kepada yang beri komen. teruskan memberi pandangan
tulisan yang menarik untuk diikuti.Saya fikir di kalangan masyarakat kadazandusun mereka tak pernah menyisihkan saudara mara dan rakan mereka yang beragama Islam.Begitu juga sebaliknya.Kita berbeza dengan budaya di semenanjung.Perpaduan dan keterbukaan telah lama wujud di Sabah.
Terlebih dahulu,terima kasih kpd.sdr di atas galakan utk membuka blog.Tulisan sdr terlalu menarik untuk diikuti.sepanjang pengalaman saya dengan rakan-rakan kadazandusun mereka saling hormat-menghormati saudara mara yang tidak seagama dengan mereka. perpaduan telah lama wujud di sabah.cuma saja kita masih mencari huguansiou untuk keseluruhan suku di sabah.
tulisan yang menarik untuk diikuti.perpaduan dan keterbukaan telah lama wujud di sabah.mungkin kita dalam pencarian huguansiou untk semua kaum di sabah.
semua sahabat yg beri komen terima kasih banyak, kepada sdra Azrone tahniah sekali lagi atas anugerah wartawan shell. teruskan perjuangan saudara. kepada suara hati teruskan minat saudara. ingatlah "if you cant do somethig that worth writing, then write something that worth reading"
Salam saudara MO.
Mungkin komen saya suda terlewat.
Isu 1- Bolehkan pengklasan bumiputra berdasar agama di Sabah dimansuhkan?
Pendapat saya untuk isu ini ialah boleh dilakukan kerana prosesnya mudah.
Isu 2-Begitu juga dengan suku Bajau, Bisaya, Brunei dan lain-lain yang beragama Islam. Janganlah mereka dikenali sebagai bangsa bumiputra Islam. Ini sebagai mengelak berlaku perpecahan politik kerana isu ugama di masa akan datang.
Bagi isu ini, saya tidak setuju dengan pendapat saudara. Sudah pasti bangsa2 ini tidak bersetuju.Prosesnya "hampir mustahil"
Post a Comment