ARTIKEL BARU

SAYA TIDAK PERCAYA ANWAR MELAKUKAN LIWAT !! - ZAABA






Anwar Ibrahim: Pengkhianat atau penyelamat politik Melayu?






“Abang percayakah Anwar Ibrahim main jubur?”soalan itu tiba-tiba keluar dari mulut pemandu teksi KL itu. Saya tidak terus memberi jawapan. Namanya Zaaba dalam usia sekitar lewat 30an. Nama Zaaba itu nama besar, saya mengusik. Zaaba tersengih. “saya orang kecil bang”.

“Abang nak ke mana?”

Hantar ke Plaza Low Yat, nak tenguk computer, jawaban saya dengan ringkas.

“Abang kerja apa?”

“Penulis politik dan blogger. Walaupun saya dari Sabah tetapi saya banyak masa di KL dan menulis politik nasional”.

Bila saya kata saya penulis bebas, Zaaba tak yakin. Dia kata saya mesti menyokong mana-mana pihak. Saya tersenyum. Bijak juga pemandu teksi ini. Saya terus mengakui "sekurang-kurangnya dalam tulisan saya cuba tidak memihak mana-mana parti politik"

Berbalik kepada soalan Zaaba, saya jelaskan yang saya tidak percaya Anwar Ibrahim melakukan perbuatan terkutuk itu. Walaupun apa cara sekalipun propaganda kerajaan untuk meyakinkan saya.

“Saya tak percaya Zaaba. Saya tak percaya Anwar main jubur!, Walaupun saya tidak bersetuju dalam beberapa perkara dengan Anwar tetapi tuduhan itu saya tak percaya. Sehingga sekarang saya tak percaya”

Tuduhan keatas Anwar adalah satu pembunuhan karakter. Pada tahun 1996, tersibar khabar angin kononnya Anwar akan cabar Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO. Orang-orang yang rapat dengan Tun Mahathir seperti Tun Daim, Tengku Adnan dan lain-lain tahu jika tuduhan lain, selain daripada character assination ia tidak akan berjaya kerana majority pegawai kerajaan di belakang Anwar. Pegawai-pegawai kanan, termasuk Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu.
Oleh sebab itu, sehingga sekarang rakyat Malaysia, bukan orang Melayu sahaja tidak percaya tuduhan sodomi atau liwat keatas Anwar. Malah rakyat telah membenci kerajaan kerana tuduhan itu.

Jika BN atau UMNO hendak menentang Anwar mestilah gunakan isu dan taktik lain. Bukan isu main jubur yang ternyata backfired. Mungkin isu pengkhianat Melayu yang di war-warkan Tan Sri Muhyiddin satu pendekatan lain. Tapi mungkin juga akan gagal jika "over" sehingga Anwar langsung tidak pernah memperjuangkan Melayu.

Saya melihat Anwar sebagai seorang yang mempunyai kebolehan yang istimewa. Dia sepatutnya menjadi Perdana Menteri. Cita-cita itu tidak pernah pudar dan Anwar akan buat apa sahaja untuk mencapai cita-cita politiknya. Anwar sanggup ubah kontrak sosial dengan kaum-kaum bukan Melayu. Orang Cina dan India lebih berkuasa dan sekarang sudah besar kepala dalam Pakatan Rakyat. Orang Melayu dan bumiputra tak boleh ada "new deal" dengan bangsa-bangsa ini.

Di pihak kerajaan, Najib pula terpaksa saingi strategi politik Anwar. Beliau pun cuba menarik hati pengundi Cina dan India. Setiap polisi kerajaan dalam slogan 1Malaysia melepaskan sedikit demi sedikit hak Melayu dan kaum bumiputra. Kedua-dua pihak yang berebut kuasa menghakis hak kita sebagai rakyat pribumi.

Bangsa Melayu dan bumiputra pada hakikatnya bersaing dengan tamadun bangsa yang telah berusia 5000 tahun! Ketika orang Melayu baru nak belajar membuat hulu keris, beratapkan rumah dengan daun rumbia, bangsa-bangsa ini telah membina tembok besar, Angkor Wat dan Borobudur! Di Singapura, negara maju tetapi orang Melayu hanya kerja peon dan menjadi kerani sahaja. Inilah berlaku bila Melayu yang lembut dan sopan santun ini tiada kuasa politik..

“Inilah dilemma yang kita hadapi Zaaba kerana manusia yang genius bernama Anwar bin Ibrahim ini. Hati kecil saya berkata, mungkin setelah menjadi PM, Anwar akan satukan semula bangsa Melayu, baik dalam PR atau dalam UMNO dan memperkuatkan semula hak Melayu. Tetapi mungkinkah ini berlaku bila politik kaum Cina dan India sudah semakin kukuh?”

“Sebenarnya saya sendiri tak percaya Anwar lakukan liwat. Tapi bang, saya tak yakin Anwar akan berjaya. Anwar begitulah keadaannya, bijak dan popular sehingga dia mati. Tetapi dia tidak akan tercapai cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri” tiba-tiba Zaaba menyampuk.

Rupa-rupanya tidak semua pemandu teksi KL ini sokong parti pembangkang.

15 Responses to "SAYA TIDAK PERCAYA ANWAR MELAKUKAN LIWAT !! - ZAABA"

anaklangkawi said...

Percaya @ tidak kita biarkan Mahkamah tentukan.. tapi bila melihatkan DSAi yg cuba mengelak pertuduhan ini menunjukkan beliau seperti menyembunyikan sesuatu..

DEPU-DEPU said...

salam sdr...

Disaat DSAI dicap sebagai pengkhianat Melayu...isu liwatnya terus tenggelam...kenapa?

Di mana DSAI ketika Rakyat menghadapi Pendemik H1N1?..

Memperjuangkan kematian teo..tetapi tidak kepada 44 orang mangsa wabak merbahaya ini...sekurang-kurangnya memberikan idea mengatasi permasalahan ini...

sekadar pandangan.Wassalam

Senjaliza said...

Kes Liwat I Anwar; Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Anwar melakukan liwat. Kalo pemandu teksi menjadi pedoman dan inspirasi untuk membuat keputusan saya kurang yaki. Baca ini..

http://www.kehakiman.gov.my/judgment/fc/archive/05-6-2003%28W%29dato%20hamid.htm

"Keputusannya Anwar Liwat", Cumanya saya hairan kenapa Anwar tak berani sumpah laknat..

supirteksi said...

saya sangat percaya dia memang peliwat....

kalau dia berani buat siaran lansung dengan tv alternative(jika media arus perdana tidak mahu siarkan) di internet dengan bersumpah cara Islam sejujurnya sepertimana Saiful lakukan....

Anwar sangat berkuasa seketika lebih dari Mahathir semasa dia menjadi TPM...saya sendiri kenal rapat dengan kroni2nya...ternyata Anwar juga seorang perasuah kuat...

Anonymous said...

Dr. M juga tidak percaya. Sebab itu beliau menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

SI RENGIT said...

salam...

Nampaknya masih ramai yang tidak faham sumpah laknat dalam Islam...Sila perbanyakkan bacaan mengenai Sumpah Laknat Dalam Islam...tq

rojokobog said...

Salam,
Melihat kpd susur galur cerita liwat Anwar Ibrahim dari awal hingga sekarang, memang agak susah utk kita membuat keputusan yg tepat, di mana kebenaran dan ketelusan dlm mengendalikan kes ini di Mahkamah dan andaian luar mahkamah, hanya Allah, juga Anuar Ibrahim saja yg mengetahui kebenaran cerita al-juburi ini.

CUCU TOK WAN said...

Kita seringkali direndahkan dan menyusutkan tanggapan serta kepercayaan kita bahawa Melayu di Kepulauan Melayu yang berpusat di Semenanjung Tanah Melayu hinggalah melangkaui keseluruhan Pasifik sehingga ke Pulau Easter, mempunyai tamaddun lebih rendah dari kaum lain di Tanah Melayu. Kita seringkali terpaksa meyakinkan diri kita yang merupakan Melayu - tanpa mengira suku atau sama ada Polinesia atau Melanesia mahupun Deutro - bahawa kita sebenarnya ketinggalan jauh dalam serba-serbi.

Kenapa perlu menipu diri? Kenapa perlu mengundurkan peradaban yang telah dibina oleh nenek moyang Melayu dari jalur keturunan Keturah, isteri ketiga Nabi Allah Ibrahim a.s? Sedangkan Melayu itu sendiri wujudnya jauh lebih lama dari bangsa Cina yang hanya muncul sebagai Cina pada Dinasti Pertama pemerintahan Tanah Besar? Dan Melayu (atau kelompok penduduk yang menguasai kawasan Timur) telah pun membina peradaban yang dianggap lebih dinamik berbanding Atlantis iaitu Lemuria.

Seelok-eloknya sebelum merendah diri, ada baiknya, tuan melakukan sedikit penyelidikan berkenaan Melayu dan sub-sub di dalam Melayu itu. Tentang peradaban mereka serta apa yang menyebabkan peradaban mereka hilang berbanding kaum-kaum lain yang lebih muda seperti Aztec, Maya mahupun Inca apatah lagi bangsa Cina...

Kaum Melayu sudah tua. Cuma orang Melayu sahaja yang tidak mahu mengakui mereka sudah lama menempuh peradaban kerana mereka lebih senang mendengar bukti daripada mencari bukti. Mereka lebih senang bermain emosi dan membuat pelbagai tanggapan berbanding bukti-bukti yang dilampirkan.

Kes yang sama seperti yang berlaku kepada Anwar Ibrahim. Para pengikut atau penyokongnya tetap tidak akan mempercayai sebarang bukti yang mengesahkan dia melakukan PENJUBURAN kerana mereka lebih percaya kepada konspirasi, mendengar pembelaan si tertuduh, simpati yang berlebihan dan mencari-cari nas qati'e untuk membenarkan Anwar Ibrahim dan perilakunya.

sara said...

Secara jujur dinyatakan saya juga tidak percaya anwar meliwat..Saya juga tidak yakin dengan proses mahkamah..

Saya juga setuju dgn pendapat driver teksi bahawa meskipun anwar bukan peliwat dia tidak akan berjaya jadi PM kerana kerajaan sekarang menggunakan semua cara untuk mengekalkan kuasa mereka..

Anonymous said...

yang jelas nuar ni penipu.dalam penjara bolih main badmiton dan jogging,tapi bila pergi mahkamah berlakun sakit.ini jelas.
TENGOK DENGAN MATA KEPALA SENDIRI.

onn said...

Seorang pegawai tertinggi POLIS tahun 1998 (kini telah bersara)telah mengakui Kes Anwar adalah kes politik... Menurut bekas tahanan ISA, kAPT zULKIFLI oTHMAN.

zol dabat said...

assalamualaikum
izinkan saya bahasakan diri anad "abang"
saya seorang plajar melayu
kini sdang mnuntut di Jepun
saban hari sya baca info trkini pasal msia
saya smakin takut
walawpon mnetap jauh dr tanah air
sya msti baca akhbar on9 lbih dr 3 kali
nak updatekan dri pasal info2 trkini
trutamnya politik
tp biasala, smuanya msti bias
baik utusan baik msiakini
stelah mngikut blog abang
sya rasa yg nk brinteraksi dgn abg scara personal
ini email saya
zulakmal_dabat@yahoo.com
kalaw abang sudi persilakanlah email saya
sbb sya x jmpak email address abg d blog
*komen sya ini kalaw boleh, x publish pon x pa
terima kasih
assalamualaikum....

Norawi said...

soal benar atau tidak,hanya tuhan sahaja yang tahu.tapi biarlah perpaduan melayu dipupuk sebai-baiknya.jangan kerana marahkan nyamuk,kelambu dibakar.

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Di dalam komen ini bagi Orang yang menuduh DSAI meliwat, ada lah penyokong kuat UBN, bagi yang tak percaya DSAI meliwat ada Penyokong kuat PKR, Kesimpulan nya di sini, bagi penyokong UBN jika saya kata anda di lahirkan dari Buluh Betong, tentu anda marah, Jadi kita sebagai manusia kita tidak boleh menjadi Hakim sendiri, untuk pengetahuan orang yang mahu bermain dubur itu erti nya Orang yang tidak Beriman, pasal sumpah Lagnat, itu ada lah sendiwara Dunia, sebab jika se se Orang bersalah, tetapi sangup Sumpah Lagnat, kerana untuk memperlihatkan kepada Umum bahawa dia ada lah benar. ada kah di waktu Saiful buat Sumpah Lagnat, Anda semua ada melihat Ibu jari kaki nya, bergoyang atau tidak, jika anda semua tak lihat, erti nya sumpah itu olok2. jadi, jangan jadi Hakim sendiri. insaf lah sebelum terlambat.

Punch Hasham said...

Apapun mahkamah Islam adalah mahkamah paling adil.Bawa tertuduh dan menuduh ke mahkamah syariah untuk keputusan yang adil dan saksama.Kalau main cakap2 saja presiden ulamak dunia masih menyokong dan percaya kepada DSAI