ARTIKEL BARU

BN TANPA MCA, GERAKAN DAN MIC




Tun Razak: Menubuhkan BN dengan menambah bilangan anggota parti komponen dengan matlamat memperkukuhkan politik Melayu. Lebih banyak parti politik dalam BN yang mewakili kaum bukan Melayu maka lebih kuat bargaining power orang Melayu. Tidak pernah terlintas bahawa keujudan BN itu untuk menghakis hak dan keistimewaan orang Melayu.
KELMARIN, Rabu saya tertarik membaca satu artikel “BN minus MCA, Gerakan?” tulisan Syed Akbar Ali dalam akhbar The Malay Mail.

Saya lebih berminat dengan tajuk artikel itu, dan membincang tajuk tersebut berdasarkan hujah dan pandangan saya bukan isi kandungan artikel akhbar itu. Namun kredit kepada Syed Akbar kerana mengilhamkan saya membincangkan tajuk menarik ini.

British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Malaya berasas kepada persetujuan ketiga-tiga kaum, Melayu, Cina dan India akan bersatu dalam satu formula perkongsian kuasa. Pada ketika itu jumlah penduduk Melayu hanya sedikit sahaja melebihi 50%.

Jika barangkali tidak berlaku world depression akhir tahun 30an yang menghentikan kemasukan kaum imigran, jumlah penduduk Melayu akan dapat diatasi penduduk dari China dan India.

Perkongsian kuasa antara UMNO, MCA dan MIC terjalin dengan terbentuknya parti Perikatan yang kemudiannya dikembangkan keahliannya dan dikenali sebagai Barisan Nasional. Penubuhan Perikatan tidak sepenuhnya mendapat persetujuan daripada orang Melayu.

Persatuan Ulamak Malaya yang kemudiannya menjadi parti PAS keluar dari UMNO kerana membantah kerjasama dan perkongsian kuasa tersebut. Hari ini tentu ada alasan PAS menyokong perkongsian kuasa dalam Pakatan Rakyat.

Selepas PRU 12, MCA dan Gerakan pula yang mengugut dengan kenyataan beberapa pemimpinnya untuk mengkaji semula kedudukan mereka dalam BN.

Bila perpaduan Melayu retak dan kuasa politik Melayu lemah, maka kaum Cina terutamanya yang diwakili MCA dan Gerakan menuntut bermacam-macam keistimewaan. Begitu juga dengan MIC. Parti UMNO sebagai tunjang BN seperti kehilangan akal. Barangkali ada pemimpin tertinggi UMNO teringat istilah memberi salah tak beri kalah.

Dan apabila timbul isu siapa pengkhianat Melayu? Anwar? atau UMNO? tajuk ini menjadi tambah relevan untuk dibincangkan.

UMNO dan PAS adalah dua parti politik “based” Melayu/bumiputra. PKR tidak termasuk dalam kategori Malay based kerana bersifat multi racial dan banyak bergantung kepada ketokohan Anwar Ibrahim. Parti ini mungkin bersifat sementara untuk merealisasikan cita-cita Anwar Ibrahim.

Pada pilihan raya Mac 2008, daripada 140 kerusi yang dipertahan BN, 79 daripada kerusi itu adalah kerusi UMNO, 65 kerusi di Semenanjung dan 14 di Sabah. Parti PAS hanya menang 23 kerusi parlimen dan PKR hanya menang 20 kerusi Melayu daripada 31 kerusi parlimen yang mereka menang.

Ini bermakna Jumlah kerusi Melayu/bumiputra semua gabungan parti-parti pembangkang dalam PAKATAN RAKYAT hanya 44 iaitu termasuk kerusi parlimen Kuala Terengganu yg dimenangi PAS dalam pilihan raya kecil. Parti DAP yang menang 28 kerusi tidak satu pun ada kerusi Melayu/bumiputra dalam Dewan Rakyat.

Kerusi UMNO jika dicampur dengan semua kerusi bumiputra Sabah dan Sarawak, iaitu parti PBB 14, SPDP 4, PRS 6, PBS,3, UPKO 4, PBRS 1 iaitu sebanyak 32 parlimen bumiputra dari Sabah dan Sarawak, maka kerusi Melayu dan bumiputra yang menyokong BN ialah 79 kerusi UMNO campur 32 kerusi bumiputra BN jumlahnya 111 kerusi.

Terdapat 27 kerusi majority pengundi Melayu/bumiputra yang “dihadiahkan” kepada parti komponen MCA, MIC,GERAKAN dan SAPP yang barangkali UMNO mempunyai peluang lebih baik merampasnya daripada parti komponen.

Oleh itu pada hakikatnya UMNO tidak perlukan komponen MCA, Gerakan dan MIC. Masyarakat Cina dan India di negara ini boleh diwakili lain-lain parti selain MCA, Gerakan dan MIC. Malah dalam parti UMNO sendiri boleh ditubuhkan biro-biro Cina dan India untuk menjaga kepentingan kaum-kaum tersebut.
Persoalanya, apakah kepimpinan Melayu terus menerus menyerahkan kepentingan Melayu atau bersedia menghadapi risiko dan mempertahankan hak bangsa Melayu dan bumiputra?Fikir-fikirkanlah!

6 Responses to "BN TANPA MCA, GERAKAN DAN MIC"

zm.azami said...

Asalam..

Sebenarnya rakyat dah bosan dengan ragam, MIC, MCA dan GERAKAN, manakala UMNO nampak macam bimbang kat gertak mereka ini... apa guna "kata nak keluar tapi tak keluar" keluarlah kita tengok camana jadinya.. kalau nak duduk sama-sama BN, jangan lah asyik 'tikam dari belakang' aje. dan UMNO nampaknya terlalu mengalah..

sebagai contoh di parlimen segamat; india cuma 11% sahaja tapi menang kerusi parlimen dan dapat jawatan menteri, itulah nikmatnya bersama BN..

izinkan saya copy & paste, artikel tuan ini, untuk kepentingan bersama..

wasallam

Man Dego said...

Itu yg saya tunggu-tunggukan. Umno akan hilang sokongan setia melayu jika ia terus dengan polisi yg Najib inginkan.Selara pengundi cina & india tidak akan berubah 10-15 tahun lagi.

Unknown said...

salam man dego, memang benar 10-15 tahun lagi trend pengundi cina dan india masih tidak berubah.

Sahabatku zm.azami, dengan besar hati saya beri kebenaran sahabatku..terima kasih atas komen

rojokobog said...

Salam,
Menjadi serba salah utk MIC,MCA dan GERAKAN utk mengerakkan kaki mereka meninggalkan BN, atas sebab yg mereka tahu sendiri..hakikatnya PRU12 rakan BN ini hanya membantu sedikit kemenangan utk BN memerintah, kita lihat saja nanti PRU13 apa akan jadi.

Senjaliza said...

Orang Melayu dan UMNO adalah jenis yang mengalamkan tolerasi yang cukup kukuh. "Dagang lalu ditanakkan" manakala anak sendiri dipertirikan. Inilah yang menyebabkan "kesempatan" pihak lain memasang lukah di air keruh. UMNO dan Melayu perlu menilai semula "sifat Toleransi yang memakan diri" ini. Berubah yang dicanangkan perlu mengambil kira konsep abusive yang diamalkan pihak sahabat. Lihatlah PAS sendiri yang mengamal konsep itu..lambat laun akan memakan dirinya dan membuat rumahtangganya berbalah. UMNO perlu berubah, MCA, MIC, PPP perlu berubah. Kalo orang politik (OP) tidak berubah, OP perlu direbah. Salam Adik Musli.

jumpover said...

kalau kita lihat bn umno tidak lah boleh dibangga seperti difikirkan. Seandainya tidak ada bantuan kerusi dari swk dan sabah pasti bn umno sudah rebah sekarang.

Persoalan nya kini ialah mengapa kalau hendak mengira pasal kerusi bumiputera baru nak sebut pasal bumiputera sabah dan swk. Tetapi pada hal yang berkaitan dengan peluang pekerjaan/jawatan dalam kerajaan, bumiputera bukan melayu sabah dan swk tidak diberi perhatian. Dengan kata lain jumlah pekerja ker. dikalangan mereka ini sangat kurang..