Gambar: Tun M dan Tun Lah. Jeling-jeling pandang-pandang. Dua mantan PM yang boleh membantu BN di Permatang Pasir. UMNO mesti hati-hati dengan isu pengkhianat Melayu..
Hari ini saya bercadang ke Ipoh sebelum bertolak esoknya ke Permatang Pasir. Malam ini saya akan bermalam di Perak.
Petang semalam saya sembang dengan seorang kawan yang pernah menjadi Naib ketua UMNO bahagian. Pada pemilihan lalu beliau gagal pertahankan jawatannya. Kalah 7 undi sahaja. Kini beliau banyak menghabiskan masanya di Kuala Lumpur dan selalu berjumpa di kawasan The Mall.

Menurutnya dia beberapa kali dihubungi kawan-kawan yang telah menyertai parti pembangkang terutama dari PKR dan PAS. “Mereka tak macam orang UMNO hantar sms atau kol. Mereka datang ke rumah. Berbincang elok-elok dan tawar jawatan dalam parti mereka”.
“Tetapi sampai la ni saya tolak, saya masih sokong UMNO, walaupun saya tak ada jawatan dalam parti. Orang lain saya tak tahu.” Begitulah cerita kawan saya itu. Sebenarnya ramai “mantan” pemimpin UMNO yang menjadi target PKR dan PAS untuk menyertai parti mereka. Umumnya mantan pemegang jawatan parti atau bekas YB adalah orang-orang yang berpengaruh.
Di permatang Pasir UMNO dijangka berhadapan dengan ramai mantan termasuk DSAI sendiri adalah mantan MP UMNO, mantan Timbalan Presiden UMNO dan mantan Timbalan Perdana Menteri. Bagaimana dengan mantan Adun Permatang Pasir, Dato Ahmad Saad?
Saya kenal Dato Ahmad Saad sebagai seorang pemimpin yang cakap lepas saja. Dia akan cakap apa dia nak cakap. Dulu beliau orang penting ketika era Anwar Ibrahim. Pada pilihan raya 1999, Dato Ahmad Saad gagal pertahan kerusi Permatang Pasir bila kalah kepada calon PAS dengan majority 3,194. Apakah pendirian beliau ketika ini?
Sejak tahun 1999, Permatang Pasir yang termasuk dalam kawasan parlimen Permatang Pauh, menjadi kubu parti pembangkang. Pada pilihan raya 2004, Permatang Pasir dapat dipertahankan PAS dengan majority berkurangan iaitu 679 sahaja. Tetapi majority bertambah kepada 5433 pada pilihan raya umum2008.
Pada PRK kali ini UMNO di wakili seorang pemimpin muda Rohaizat Othman berhadapan dengan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man. Orang baru lawan orang lama. Senario hampir sama dengan Manek Urai. Baru lawan lama. Salleh Man telah beberapa kali bertanding tetapi tidak berjaya menjadi wakil rakyat. Mungkinkah Permatang Pasir membawa tuah kepada Salleh Man?
Saya menjangkakan PRK Permatang Pasir akan terus menjadi medan isu sensasi dan sensitive kedua-dua pihak yang bertanding. Pengundi Melayu akan jadi tumpuan kerana 72% daripada pemilih adalah orang Melayu. 25% adalah pengundi Cina. UMNO dijangka akan terus menggunakan isu Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

13 Responses to "SIAPA PENGKHIANAT MELAYU? ANWAR IBRAHIM ATAU UMNO?"
salam. Senjata itu tak akan makan tuannya sendiri. Kubu Anwar selagi namanya dihentam dan diperkosa, akan bertambahlah sokongan kepada Anwar.Cari taktik lain, jangan tertakuk pada cara lama. Jangan ketandusan taktik, kalau tak mampu, jemput lah kita-kita ini.
Mungkin juga ada rasionalnya orang UMNO berhati-hati mengunakan isu "Anuar Pengkhinat Bangsa", kerana dibimbangi isu ini belum bolih diterima oleh orang Melayu secara keseluruhannya.Dalam orang UMNO sendiripun ada yang tidak setuju dengan slogan seperti ini.Jasa dan pengorbanan Dt.Anuar dalam UMNO dahulupun tidak ternilai dan mungkin tak terbalas oleh bangsa Melayu, juteru itu tak tepatlah gelaran pengkhinat dilebalkan kepada beliau. Ingatlah tamsilan daripada kisah Hang Tuah dan Hang Jebat. Siapa derhaka, siapa penghinat?
tak perlu hentam anwar atau siapa-siapa.umno perlu perkukuhkan perpaduan.jangan disisihkan mereka yang pernah tewas dalam pemilihan apatah lagi orang lama yang masih setia dalam umno tapi jika orang-orang begini jika tak diberi perhatian habislah.takut-takut makan hati berulam jantung.siapapun peneraju umno di peringkat cawangan ataupun bahagian perlu ikut slogan buang yang keruh ambil yang jernih,baru teguh kehormatan parti.
salam sdr Musli..
Lama dah tak dengar khabar?
DSAI merupakan tokoh yang rapat dgn jiwa rakyat. Dari dulu semasa menjadi ketua mahasiswa..pun menjadikan rakyat sebagai sandaran perjuangannya....aktivis sosial sezamannya.
Kini bila menjadi pembangkang, popularitinya melonjak kerana banyak kelemahan kerajaan yg diketahuinya..
perjuangan memansuhkan ISA,membongkar kepincangan dan rasuah dlm kerajaan dilihat sealiran dgn jiwa rakyat terutama golongan muda. Justeru label apa saja dgn DSAI, pengkhianat, pelampau,agen kuasa asing, peliwat, penzina dan sebagainya...rakyat akan tetap bersimpati dgn DSAI...Hanya yg belum lagi ialah "Pengganas".
Kerajaan kena turun ke bawah menyelami hati dan naluri rakyat jika mahu menumbangkan pengaruh DSAI...
Wassalam..
kalau korang dok main isu aljuburi.. kirim salamlah kalau nak menang.. ramai orang dah muak dengan citer tu..
tapi kalau semangat manek urai masih dapat diteruskan, umno boleh menang....kot?
Soalan ini bagi balik dengan UMNO, pd saya PENGHIANAT BANGSA hanyalah perang psikologi semata-mata untuk mengabui rakyat terutama sekali oreeng MELAYU.
Ni blog proBN atau proPR??
Nampak isi macam orang umno punya, tapi tang komen nampak mcm PKR atau PAS.
PR tu tak kuat mana pun. Kuatnya kerana kelentong anu war dan kuncu kuncunya yang berterusan saban hari dan malam. Ada kekuatan lain??? Yilek!!
Hebat tang mananya anu war?? apa jasanya?? rasuah?, kronism?? dialah bapaknya semasa dalam umno - apa orang umno tak tahu lagi?
Berpuluh isu yang ada depan mata-datang tanpa diduga, untuk memenangkan umno dan menghancurkan PR - dah macam itu tak mahu juga berusaha untuk menang??
Yang penting masyarakat yang tertipu itu harus disedarkan. Ceramah atau ceramah kelompok kena buat sebanyak mungkin, risalah kena edar dan sepanduk kena naik.. tonjolkan semua isu dari kes saiful, Teoh Beng Hock,Arak, Babi, Rasuah, Perak, Hina Raja, Hina Islam, Hina Melayu ...banyak lagi ooo. Isu juga yang dimainkan oleh anu war..tapi versi putar belit, kita kena tujukkan fakta, alasan, hujjah pada masyarakat supaya mereka faham ..kalau orang fahamlah kelentong anu war, tentu tak ada siapa nak sokong dia..tapi orang umno tak nak buat kerja..habislah mereka telan dakyah anwar sampai licin!!!
Tankan umno masih nak layan ahli mereka yang kalah dan yg merajuk tak abis abis tu ..
Aku ni dulu totok PR - ahli PAS tegar - tapi klu mcm ini pimpinan punya main - klu mcm itu nik aziz punya cakap .. sorrylah..good bye terus!! cuma aku belum lanyak PAS pasal hormat dengan Hj Hadi jer - tapi dah banyak lari ..jauh, tak tahulah Hj Hadi sempat atau berani nak repair atau tidak!! Semuanya jahanam kerana anwar al juburi- hancur dasar dan prinsip di rasuk anwar melalui geng erdogannya!!!
Orang lama PKR dah ramai blah .. yang ada muka baru jenis boleh dikencing-berhingus lagi!! Geng yang sokong Nuar tu jenis kecewa dlm umno, bila masuk PKR kecewa lagi ... hahahaha..sian pepuak ni, akhirnya balik kampung meramaikan kedai kopi - habuk pun tak dak!
Aku ingatlah kalau umno bagi Ezam and the gangnya seramai 12 orang tu buat kerja sepanjang kempen..alah..kacang jer bagi mereka!!
Salam..
Adapun akan menjadi menarik pertandingan di Permatang Pasir.. mungkin BN tidak akan berjaya seperti di Manek Urai kerana faktor undi bukan melayu..
Siapa pengkhiamat melayu ? Paklah, Anuar,Nik Aziz, Zaid, Nizar,, KJ dan banyak lagi dalam umno, Pas dan PKR.Cina ada Lim DAP, India ada hindraf sebagai pembela kaum. Melayu SIAPA aah ? Yang ada cakap aja meleyup-letup...... habuk pun tidak..
Spt mana PAS lakukan..
masa diManek Urai..
Kempen national...teruskan, Anwar tu pekhianat.
Tapi dipermatang pasir..usah disebut.
Leh up sikit..bukan pengkhianat Melayu..tapi juga pengkhianat Islam.
UMNO tak perlu jawab apa2 pun..spt mana Anwar, dia tak pernah jawab apa2 pun atas segala lontaran padanya..malah ditukaunya jadi "bullet".
So setiap serangan Anwar, jadikan juga "bullet"..
siapa sebenarnya pengkhianat nagara? bagi saya pengkhianat nagara adalahlah org yg tahu akan kesalahan RASUAH dan projek IC di sabah tapi mendiamkan diri tanpa mempertikaikan semua benda tersebut, Anwar mungkin melakukan kesilapan pada masa dulu tapi Anwar telah menerima balasan ketika ditahan dibawa ISA, dan Anwar berubah bukan seperti sesetengah manusia atau pemimpin yg mengelarkan diri sebagai pejuang tetapi tidak pernah berubah malahan menjadi RASICT!
Post a Comment