ARTIKEL BARU

MAMPUKAH MOMENTUM MANEK URAI DIPERTAHAN BN DI PERMATANG PASIR?



PRK Permatang Pasir. Percaturan pengundi muda.
Jam 6 pagi, telefon morning call berdering. Saya terjaga. Arab, Wak Din dan Yeop masih dengkur. Malam tadi menyaksikan Liverpool tewas kepada Spurs 2-1. Kalau Liverpool favorit boleh kalah, tidak mustahil PAS pun boleh kalah, kata Wak Din.

“Kita mesti berada di Sunway hotel jam 7.30 pagi” Arab membuat arahan. “Dato Hisham minta kita berkumpul di situ dan bertolak ke pusat penamaan calon”.

Seperti pesta di Seberang Prai. Semua bilik hotel penuh termasuk kawasan sekitar. Terpaksalah kongsi bilik Hotel Pearl View dengan kawan-kawan. Saya sebenarnya teruja melihat semangat setikawan orang-orang muda ini. Malah pada PRK Permatang Pasir kali ini, BN dan PAS banyak bergantung kepada golongan muda.

Kami tiba di Sunway Hotel sekitar 7.30am. Saya, Arab atau nama sebenar Anuwar dan Wak Din terus masuk ke coffee house. Kelihatan Datuk Aziz Rahim dan beberapa orang lagi. Kami belum sarapan tetapi tidak seorangpun yang ajak minum. Tak apalah. Tak lama kemudian, Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Koh Tsu Khoon dan seorang lagi yang tidak saya kenal keluar dari lif menuju ke pintu utama hotel.
“Selamat pagi Tan Sri”. Dia tidak pun menjeling. Mungkin fikirannya tertumpu kepada penamaan calon. Mungkin perhatiannya sedang mencongak strategi BN. Saya tak kisahlah samada Tan Sri balas atau tidak teguran saya.

Depan pintu, SETPOL Haji Yusof juga sedang menunggu. Dia juga seolah-olah tidak kenal saya walau telah beberapa kali berjumpa dan sekali datang ke pejabatnya di Putrajaya. Barangkali semua focus kepada pilihan raya. Saya dan Wak Din terus ke kereta.
“Tan Sri engkau tak salam?” tanya Wak Din. “Dia tak senyum pun bila saya tegur malulah nak hulur tangan?”. Saya jawab ringkas.

Kereta Harrier kami mengiringi Dato Hishamuddin Tun Hussien ke pusat penamaan calon. Laju tanpa kesesakan kerana ada “rider” sehingga kira-kira 20 meter sebelum sampai ke tempat penyokong BN berkumpul. Ramai penyokong termasuk yang membawa berbagai sepanduk telah berada di situ.

Pilihan raya kecil Permatang Pasir agak sukar di ramalkan. Namun saya menjangkakan factor pengundi muda akan sekali lagi menentukan trend sokongan. Jika di Manek Urai pengundi muda telah kembali memberi sokongan kepada BN, apakah trend ini akan berulang?
Pemimpin golongan muda termasuk Pengerusi Perhubungan Pulau Pinang, Dato Zahid Hamidi, Dato Hishamuddin, Dato Shafie Afdal, Khairi Jamaludin, Dato Rosnah, Dato Shahrizat perlu menggembeling tenaga muda jika BN ingin memberi cabaran di Permatang Pasir.

2 Responses to "MAMPUKAH MOMENTUM MANEK URAI DIPERTAHAN BN DI PERMATANG PASIR?"

Ekeng A/L Etong said...

Salam Ziarah Bro!

Terima kasih kerana sudi lawat Kedah baru-baru ini dan sanggup curah pengalaman kepada kami bloggers di Kedah.

Selamat berjuang!

Senjaliza said...

Cantik Gambar Cheese board tu. Mcm biasa nampak. Golongan muda sebenarnya adalah golongan yang memiliki dinamisma yang progresif. Nik dahlah pula keluaq fatwa pujangganya "Org UMNO tak masuk syurga" Ini kitab apa dia rujuk? Bila Islam Palestine juga dirimbatnya habis, samalah dengan Zionist yang menghentam Palestine! Akhirnya anak muda juga yang merana memperbaiki keterlampauan ini!