ARTIKEL BARU

ISU JUAL TANAH UNIVERSITI MALAYA. KENAPA ANNUAR TIDAK LETAK JAWATAN?





Foto: Annuar Zaini, antara orang yang paling rapat dengan Tun Abdullah Badawi tetapi tidak sempat dilantik senator.



Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini sepatutnya meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Universiti Malaya Holding Sdn Bhd dan apa-apa juga jawatan dalam IPTA di negara ini berikutan isu jual tanah Universiti Malaya untuk dimajukan pembinaan kondomonium. Ahli lembaga pengarah Universiti Malaya telah menolak cadangan Datuk Mohd Annuar tersebut.

Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Ghaut Jasmon berkata tanah itu adalah untuk kegunaan generasi akan datang.
Siapakah yang tidak bersetuju dengan penjualan itu sehingga BOD Universiti Malaya menolaknya? Difahamkan Perdana Menteri kurang bersetuju dengan idea penjualan tanah tersebut. Tentu sekali ramai bagai bekas pelajar Universiti Malaya seperti saya, yang mencintai keindahan dan kehijauan kampus Universiti Malaya, juga menentang keras cadangan tersebut.

Pada January 2008, Naib Canselor Universiti Malaya ketika itu, Datuk Rafiah Salim berkata bahawa BOD Universiti Malaya akan meminta kelulusan kerajaan untuk membangunkan tanah tersebut. Syarikat Glomac Berhad Group adalah syarikat yang dinamakan mengendali projek berkenaan.

Alasan Datuk Annuar menjual tanah itu untuk mencari sumber kewangan sukar diterima akal yang rasional. Jika sekadar menjual tanah untuk mencari seumber kewangan, tidak perlu lantik seorang yang mempunyai latar belakang akademik dan pengalaman seperti Datuk Annuar Zaini. Annuar Zaini adalah Pengerusi Bernama disamping menjadi penasihat khas kepada Perdana Menteri.

Menjual tanah di pusat bandar KL siapa pun boleh lakukan deal tersebut. Harga dan komisen tentu sekali tinggi. Tapi jika ingin mencari kekayaan janganlah membabitkan tanah yang disediakan untuk generasi muda dan generasi pelajar akan datang.

Sebagai seorang tokoh dikenali berintegriti tinggi, jalan terbaik kepada Mohd Annuar membersih namanya ialah meletakkan jawatan segera. Saya tidak mengandaikan Mohd Annuar berkepentingan dalam deal ini, tetapi persepsi rakyat menghala ke arah itu. Malah satu ketika ada cadangan “land swap” dari pihak tertentu yang didalangi syarikat besar mengambil tanah Universiti Malaya dan membina kampus baru di kawasan lain yang harga tanahnya lebih murah.

Kawasan tanah universiti sepatutnya dikhaskan hanya untuk membina bilik-bilik kuliah dan penginapan pelajar bukan membina kondomonium. Saya bimbang jika Annuar Zaini tidak meletakkan jawatannya, dia pula akan mencadangkan padang rugby dan padang bolasepak Universiti Malaya itu untuk membina hotel lima bintang. Fikir-fikirkanlah..

0 Response to "ISU JUAL TANAH UNIVERSITI MALAYA. KENAPA ANNUAR TIDAK LETAK JAWATAN?"