Bagan Pinang: 30% undi bukan Melayu akan menjadi penentu. Ujian sebenar slogan 1Malaysia?
Pada 17hb September lalu parti PAS telah melancarkan Jentera Pilihanraya Bagan Pinang dengan melantik YB Salahudin Ayub sebagai Pengarah PRK N.31 Bagan Pinang. Sepanjang minggu pertama Hari Raya, saya difahamkan para pemimpin PAS Negeri Sembilan diketuai Pesuruhjayanya Zulkifli Omar keluar dari rumah ke rumah bertemu dengan orang kampong. Kempen PAS dah mula.
Rumah terbuka? Ramai pemimpin UMNO buat rumah terbuka. Salam-salam "eat and go". Tak sempat kempen, ramai orang dari jauh datang rumah. Tak sempat nak jumpa orang kampung. Layan media. Layan taukeh. Layan member-member dari KL
Bagan Pinang bukan kerusi PAS. Pada PRU 2004, UMNO pertahan kerusi itu dengan majority 4411. Pada PRU 2008, UMNO juga pertahankannya dengan majority merosot 2333. Menyedari hakikat itu PAS mula kerja awal. Seperti Sang Kura-Kura yang ingin menang satu perlumbaan dengan Arnab, kura-kura kena jalan awal ketika Arnab masih terkial-kial mencari formula nak menang.
PAS tidak timbulkan isu calon. Dalam UMNO Tun Mahathir yang dah pencen pun terlibat dengan isu calon. Tun Mahathir pula ulangi kenyataan itu ketika berada di rumah terbuka Datuk Mohamad Hasan, MB Negeri Sembilan. Ada kumpulan yang sokong Isa Samad. Ada kumpulan yang tidak sokong Isa. Namun kumpulan Arnab masih tidak risau. Arnab boleh lari laju, lena sekejap pun tidak apa. Banyak lagi rumah terbuka pemimpin UMNO nak di kunjungi.
Factor sokongan Cina dan India yang merupakan 30% daripada pengundi Bagan Pinang sekali lagi mendapat perhatian. Kaum Cina tidak sokong BN di 8 PRK lalu, terutama di Bukit Gantang, Kuala Terengganu dan Permatang Pasir. Kaum India pula bersikap tidak menentu. Isu kepala lembu dan pembinaan kuil mungkin mempengaruhi sokongan kaum India. Macam-macam dituntut kaum India, tapi sokongan entah kemana. Slogan 1Malaysia bagaimana? Masih lagikah kaum-kaum ini menolak gagasan Najib di Bagan Pinang?
Pada PRU, jumlah undi pos yang menyokong PAS ialah 1189, iaitu 25% daripada jumlah undi pos. Menurut Anwar Ibrahim, kali ini undi pos akan memihak kepada PR. Katanya, ramai pegawai tinggi tentera telah menyatakan sokongan kepada PR. Secara keseluruhan 33.7% daripada 13,664 pengundi adalah undi pos. Satu jumlah yang signifikan. PAS dah mula kempen dengan anggota tentera. UMNO masih di rumah terbuka.
Kalau pilih Tan Sri Isa Samad semua kata gerenti menang. Kalau tak pilih jentera bahagian akan meradang dan mungkin calon BN akan kecundang. Arnab tidur dulu….

6 Responses to "BAGAN PINANG - SEPERTI CERITA ARNAB DAN KURA-KURA"
arnab memang kuat tidur. masa kempen pun arnab datang dari jauh pun datang tidur pun. kalau benarlah undi pos memihak pada PR sudah pasti PR tentu menang dengan majoriti lebih dari seribu. saya sependapat dengan ramai orang faktor calon adalah penentu.BN seperti hidup segan mati tak mahu disebabkan jika isa samad dipilih sudah tentu akan menang tetapi imej parti di peringkat nasional sudah tentu hancur kerana mencalonkan orang yang terlibat dengan rasuah. tetapi jika tidak memilih isa samad atau orang kepercayaannya BN pasti tewas dan imej parti tetap juga tercalar. paling selamat minta isa samad pilih dikalangan orangnya jika tidak mahu BN disabotaj macam biasa. Apapun saya tetap memberi sokongan penuh kepada PAS! TAKBIR!!
Setahu saya laa, kalu letak TSI atau anaknya .. BN pasti kalah. itu yang saya faham kerana bukan orang tak suka , bukan orang tak sayang , bukan orang benci dan bukan orang rindu pada TSI tapi meluat dengan tlatah BN dan sikap pemimpin yang masih tidak sedar, masih tidor , masih mimpi dan masih-masih!!!! terlupa angin perubahan yang melanda kancah politik Malaysia.
Jadi untuk kemenangan BN seMalaysia seperti kata TunM , lupa kan utnuk mencalunkan TSI atau anaknya kerana kita kena belajar mencari PELAPIS mana tahu kalau TSI kecundang....
Sayang UMNO
masalahnya isu tempatan lebih mendapat tempat dihati pengundi berbanding isu nasional. kalaulah pelapis bukan dikalangan orang tsi dicalonkan saya yakin dan pasti kemenangan dipihak PR. TUN M hanya mahu memulihkan imej umno dtperingkat pusat tapi tidak pastikesannya. yang pasti UMNO hidup segan mati tak mahu. Saya doakan kemenangan di pihak PAS bakal memulakan titik perubahan lanskap politik NS. TAKBIR!!

salam...
masa belajar biologi dulu, cikgu kata arnab makan najis sendiri.
aku pun masih menanti si arnab bertindak,kalau nak harapkan sistem anak angkat ataupun sistem yg telah sedia ada memang nampak macam boleh menang.Namun kekadang jika tersilap percaturan walaupun seinci,boleh habis terlungkup satu parti..
Post a Comment