ARTIKEL BARU

KALAU "RACIST" KITA TIDAK MAKAN "CHINESE FOOD" MALAM INI...



Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Said Keruak berucap sebagai Presiden USBO ketika perjumpaan NGO kaum seluruh Malaysia di Kuala Lumpur

Tanggal 12hb Disember, kira-kira jam 8 pagi, ruang legar galeri pameran Tun Mustapha dan Paduka Mat Salleh yang berada di tingkat 3, Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu mulai dipenuhi pengunjung. Ada juga yang sedang mendaftar nama kerana pada pagi ini Perkasa cawangan Sabah menganjurkan Wacana Ilmu “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Sekadar Retorik?”.

Saya baru tiba dari sarapan pagi dengan rombongan Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali di Sutera Pacific. Saya mohon izin dengan Ibrahim ali  untuk ke tempat program lebih awal. Seorang pemandu dan kereta Camry telah saya tugaskan membawa Ibrahim yang akan merasmikan wacana ilmu pagi itu.

“Datuk Salleh ada dibelakang” ketua Wiranita Perkasa, Anne Abdullah seolah-olah berbisik. Ya Kah? Saya terkejut tapi amat terharu dengan sokongan Datuk Seri Salleh Said Keruak yang turut serta dan hadir mengikuti wacana ilmu pagi ini. Saya segera menemui dan bersalam dengan beliau. Sepatutnya Salleh Said hanya hadir pada sebelah malam merasmikan Pelancaran Perkasa.

Di Sabah, orang kenal Datuk Seri Salleh sebagai seorang yang amat toleransi dalam isu-isu kaum. Sungguhpun beliau adalah presiden pertubuhan kaum Bajau sejak 1986 iaitu Presiden USBO, tetapi tindakan dan hubungan beliau dengan kaum-kaum lain amat baik. Malah semasa menjadi Ketua Menteri Sabah selama 18 bulan, Datuk Salleh mengosongkan jawatan Presiden USBO untuk dipangku timbalannya. Mengelak ada persepsi mengatakan beliau adalah Ketua Menteri orang bajau.

“Kalau kita “racist” kita tidak dihidangkan makanan “Chinese food” malam ini” Begitulah antara lain ayat Datuk Salleh sewaktu merasmikan pelancaran Perkasa Sabah pada sebelah malamnya.

“Racist” adalah sentiment membenci kaum lain. Apa-apa tentang kaum lain kita tidak suka. Makanannya, pakaiannya, kebudayaannya, bahasannya. Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia.  Jika kita mempertahan atau memperjuangkan nasib bangsa kita, ianya bukan racist kerana kita tidak menanam sentiment membenci kaum-kaum bukan Melayu dan bukan bumiputra” Tegas Datuk Salleh yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Sabah.

Saya amat bersyukur dengan sokongan Datuk Salleh Said, kedua-dua program anjuran Perkasa telah berjaya. Seminar wacana ilmu juga mendapat sambutan. Penganjur menjemput 250 peserta terdiri daripada pemimpin dan ahli-ahli NGO seluruh Sabah. Walaupun ada NGO yang sepatutnya menjadi penganjur bersama tetapi tidak menghantar peserta namun saya berpuas hati kerana pendaftaran sudah sampai angka 235 orang.

Pelancaran pada malam itu juga amat berjaya dengan persembahan pentomin simbolik perjuangan Tun Mustapha serta persembahan kebudayaan. Saya sebagai pengerusi penganjur mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua AJK Perkasa kerana telah memberi kerjasama yang begitu baik sehingga program kita berjalan dengan licin dan teratur.



3 Responses to "KALAU "RACIST" KITA TIDAK MAKAN "CHINESE FOOD" MALAM INI..."

uop said...

Alhamdulillah.

Anonymous said...

Salam.Paparan menarik.

Anonymous said...

Salam
Sebelum persaraannya pada 2003, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mentadbir negara selama dua dekad, digelar sebagai “Bapa Pemodenan.

Kini, beliau diberi gelaran baru oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Beliau menggelar Dr Mahathir sebagai ‘bapa segala perkauman’.

Datuk Nazri meneruskan perang mulut dengan bekas presiden Umno itu berhubung kontroversi mengenai program Biro Tatanegara (BTN).

Menteri itu mahu kurikulum program tersebut dirombak semula, manakala Dr Mahathir pula mempertahankannya, dan berikutan itu, Nazri menuduhnya rasis.

Tun Mahathir membalas balik dengan mencabar Nazri meletak jawtan dari Umno, yang disifatkannya sebagai sebuah pertubuhan rasis.

Nazri pula menjawab, oleh kerana Tun Mahathir telah mengesahkan bahawa Umno sebuah parti rasis, maka beliau (Dr Mahathir) adalah ‘bapa segala perkauman’ kerana menjadi presidennya selama 22 tahun.