ARTIKEL BARU

PM NAJIB NAK RASA PISANG GORENG KAK TINI



TUN MUSTAPHA DAN TUN MOHD FUAD. DUA TOKOH UTAMA YANG MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA.

“Tak sah datang ke KK kalau tidak makan goreng pisang Kak Tini” terngiang-ngiang ayat Datuk Hamed Mandela. Dia memang minat goreng pisang Kak Tini. Begitu juga ramai pemimpin UMNO yang lain dari seluruh negara. 

Goreng pisang Kak Tini memang popular!! Datanglah ke Kedai Dah Hin Kartini yang terletak bersebelahan gerbang Malaysia Monument. Kedudukannya memang strategic di tengah-tengah Pantai Street dan Gaya Street.

“PM mau ke sini”

Tiba-tiba saya diberitahu Chin Tek Ming. Kami bertemu sebentar tadi di kedai Kartini. Chin adalah seorang pemimpin kanan parti  PBS dan pernah jadi calon BN untuk kawasan Parlimen Kota Kinabalu, tetapi tewas kepada calon DAP.

“Saya chairman organizing committee, very proud and happy kerana PM sanggup datang ke Gaya Street” ujar Chin lagi. Wajahnya kelihatan  ceria. Kelihatan beberapa orang pekerja sedang membersihkan dinding kedai.  

“Tentu PM mahu rasa goreng pisang” saya tanya dengan berseloroh.

“Ya! PM memang mahu duduk dalam ini kedai” Jawap Chin.

Wow! Jerit hati saya. PM nak rasa pisang goreng kah? 

Sudah tentu program ialah sempena sambutan Tahun Baru Cina melihat  tenguk tarian Singa. Namun jauh dihati kecil saya berharap PM akan melawat Tugu peringatan Malaysia.

Tugu Malaysia atau Malaysia Monument seperti perkataan yang tertulis di atasnya dibina pada tahun 1963 sebagai mercu tanda terbentuknya sebuah negara baru yang bernama MALAYSIA. Tugu itu dibina mengikut rekabentuk sebuah mahkota maharaja China. Barangkali tugu itu sumbangan peniaga-peniaga Cina pada masa itu.

Kira-kira 100 meter dari monument tugu Malaysia ialah Padang Merdeka iaitu tempat pengistiharan Malaysia Pada 16 September 1963 oleh Almarhum Tun Abdul Razak bin Hussien.

Sepanjang ingatan saya, tugu Malaysia bukanlah satu monument yang menarik perhatian rakyat Sabah. Kita tidak nampak orang ramai mengambil gambar atau menjadikan tugu sebagai latar belakang gambar mereka. Kenapa begitu sedangkan tugu itu memperingati peristiwa amat bersejarah?

Barangkali antara sebabnya ialah kurang pendedahan pelajaran sejarah dikalangan anak-anak muda. Orang ramai melihat Tugu Malaysia itu tidak lebih dari sekadar binaan batu berwarna putih yang tidak membawa sebarang kesan sentimental walau tertulis perkataan "Tugu Peringatan Malaysia" dan "Malaysia Monument".

Dewan Bandaraya KK telah berusaha menjadikan kawasan monument itu cantik dan menarik. Jabatan Lanskap Negara membina sebuah taman yang dikenali sebagai Lintasan Deasoka yang dirasmikan pada 5 September 2005.

Tetapi sedihnya tiada fakta sejarah yang tercatat di tugu itu. Saya berharap Persatuan Sejarah Sabah atau Muzium Sabah akan berkerjasama dengan Dewan Bandaraya KK mempastikan peristiwa bersejarah itu dicatatkan untuk tontonan umum.

Barangkali jika sejarah penubuhan Malaysia difahami rakyat tugu Malaysia Monument menjadi tumpuan seperti Trafalgar Square atau Tugu Negara.

Saya harapkan pada 28 Januari, jam 9 malam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib akan datang ke Lintasan Deasoka seterusnya ke Kedai Dah Hin Kartini dan melawat Malaysia Monument.

1 Response to "PM NAJIB NAK RASA PISANG GORENG KAK TINI"

windi said...

kerana itulah buku teks sejarah harus dikaji semula..banyak fakta pembentukan malaysia yang tidak diketahui rakyat Malaysia.