ARTIKEL BARU

PILIHAN RAYA DI SARAWAK DAN 30 TAHUN REJIM HOSNI MUBARRAK! APA KENA MENGENA??


Memang tiada kena mengena pilihan raya umum negeri Sarawak dengan kejatuhan rejim Hosni Mubarak. Siapa kata ada?

Tan Sri Mohd Taib Mahmud dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1981. Tanggal 26 hb Mac ini genaplah 30 tahun tempuhnya menyandang jawatan yang paling berkuasa di Bumi Kenyalang itu.

Ada pemerhati politik meramal, Taib akan bubar DUN Sarawak pada 2 April sebagai menghormati tarikh perlantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri pada 2009. Pilihan raya dijangka diadakan pada 11 April 2011.

30 tahun sebagai Ketua Menteri? Generasi X atau sekarang lebih popular dikenali sebagai generasi Facebook dan Twitter sudah pasti menjadikan tempuh 30 tahun sebagai satu isu yang menarik.

Apapun, keputusan PRU Sarawak sudah pasti membawa impak yang besar kepada kedudukan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah negara.

Persoalannya, apakah Najib bersedia menerima risiko hilang populariti BN dan kerajaan pimpinannya jika terus mengekalkan Taib sebagai KM Sarawak? Apakah tidak mungkin angka 30 tahun itu menjadi titik tolak kepada penolakan generasi X?

Secara kebetulan isteri baru Tan Sri  Mohd Taib ialah wanita berusia 28 tahun dari tanah Arab negeri Syria yang terkenal dengan gadis-gadisnya yang cantik dan menarik. Secara kebetulan isteri Mobarrak juga berdarah keturunanan dari negara Syria. Ada kaitan?  

Ada pemerthati politik dari Sarawak cadangkan supaya tokoh-tokoh veteran seperti Taib, Alfred Jabu, George Chan mengetuai PRU negeri tetapi tidak bertanding dan memberi laluan kepada calon-calon baru. Dengan harapan golongan muda, generasi Facebook dan Twitter akan beri sokongan kepada slogan "berubah atau rebah"

Peristiwa di Mesir pastinya menjadi pengajaran kepada BN.

2 Responses to "PILIHAN RAYA DI SARAWAK DAN 30 TAHUN REJIM HOSNI MUBARRAK! APA KENA MENGENA??"

deem said...

saya sebenarnya tidak minat politik tapi politik adalah sebahagian dari hidup kita.macam makan nasi.boleh juga tidak makan tapi jngan tidak makan terus sampai bila2.boleh juga tidak berpolitik tapi jangan tolak politik mentah2.pengaruh orang lama memang hebat dan berpengalaman.tapi kalau mau mencapai wawasan 2020 yang lagi cemerlang,bagilah peluang generasi muda.maaf ini hanya pendapat saya yang tidak minat dengan politik tapi tidak menolak politik mentah-mentah.

*saya follow blog tuan.salam sejahtera dan selamat petang :)

MuHaMaD NaZRi said...

Secara dasarnya tepat tekaan tuan. 30 tahun adalah satu tempoh yg lama. Sewajarnya Pehin Seri Taib Mahmud, Alfred Jabu dan Dr George Chan wajar berundur memberi laluan kepada orang baru.