ARTIKEL BARU

SABAH - A PENDULUM SWING!


Bapa Malaysia.

Dua tokoh kemerdekaan Sabah, Tun Mustapha dan Tun Mohd Fuad Stephens. Tanpa dua tokoh itu Malaysia tidak terbentuk. Kemudian, kedua-duanya menyesali tindakan mereka menyertai gagasan Malaysia dan kedua-dua mereka menjadi korban pemimpin UMNO.

Sabah mendapat kemerdekaan daripada British pada 31hb Ogos 1963 ketika Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera negeri Sabah. Pada 16 September 1963, negeri yang baru merdeka dua minggu itu bersama-sama Malaya, Singapura dan Sarawak menyertai gagasan Malaysia.

Donald Stephens dari UPKO dilantik Ketua Sabah yang pertama manakala presiden USNO, Tun Mustapha menjadi Gabenor yang pertama.

Sejak dari awal penubuhan Malaysia, rakyat Sabah tidak berpuashati  kerana perkara asas yang dipersetujui British dan pemimpin Sabah telah tidak dihormati Kerajaan Pusat yang ditunjangi UMNO.

Ketua Menteri Sabah yang pertama, Donald Stephens (Allahyarham Tun Mohd Fuad Stephens) telah menyatakan rasa tidak puas hati dan mendedahkan campurtangan pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur untuk mengawal Sabah secara direk dan menghapuskan autonomy yang telah dijanjikan dalam Perjanjian Perkara 20 dan Malaysia Agreements 1963.

Tapi pemimpin Pusat bijak melindungi perbuatan mereka dengan taktik ‘divide and rule’ yang menjadi punca perpecahan rakyat Sabah. UMNO  membawa politik perkauman dan sentiment agama yang diamalkan di Semenanjung  ke bumi Sabah sehingga politik Sabah tidak stabil dan Sabah bertukar Ketua Menteri sebanyak 13 kali.

Apabila Singapura keluar dari Persekutuan pada 1965, sentimen rakyat Sabah  mahu mengikuti jejak Singapura. Tunku akhirnya bertindak  menggugurkan Donald Stephens sebagai KM Sabah. Tun Stephens dilantik di Pusat sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah.

KM Sabah yang kedua ialah pemimpin SCA, Peter Lo.

Tun Mustapha selepas itu didesak berundur pada 1975 kerana enggan bersetuju dengan royalty 5%. Tun pada mulanya dilantik Menteri pertahanan Persekutuan. Bila dia enggan Tun Razak tubuh parti BERJAYA dan mendesak Tun Mohd Fuad dan Tan Sri Harris Salleh menentang USNO!

Bila USNO kalah dan Tun Mohd Fuad menjadi menjadi Ketua Menteri Sabah yang baru, isu royalty minyak timbul semula. Pada 6.6.1976, Tun Fuad enggan bersetuju dengan royalty 5% dan memohon majlis ditunda kerana mahu membawa perkara itu dibincang dalam Dewan Undangan Negeri Sabah.

Pada jam 4.30 petang hari yang sama, jet yang membawa Tun Fuad dan 11 orang lain terhempas di depan sekolah saya, dan semua terbunuh!

Atas faktor sentiment marah dan tidak puas hati dengan dasar BN diperingkat persekutuan, kerajaan Sabah bertukar kerajaan beberapa kali. Bermula pada 1976 bila USNO tumbang kepada parti BERJAYA pimpinan Tun Stephens.

Selepas itu kebangkitan PBS dibawah pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada pilihan raya 1985. Parti BERJAYA yang dapat sokongan ‘sink and swim’ dari Tun Dr Mahathir tinggal 6 daripada 48 kerusi DUN Sabah!

KL terus dengan taktik divide and rule dalam mengawal politik Sabah. Kaum KDM dipecah-belahkan kepada beberapa parti politik selepas PRN 1994. PBS, UPKO dan PBRS adalah parti-parti politik utama pimpinan KDM disamping jumlah yang agak signifikan KDM menyertai UMNO.

Setelah parti pembangkang PBS menyertai semula BN pada 2001 dan setelah persempadanan semula kawasan pilihan raya (48 kepada 60) kerusi majority pengundi KDM yang asalnya 20 menjadi 17 kawasan sahaja.

Dengan dua factor itu Kuala Lumpur dan UMNO berharap sokongan KDM tidak lagi menjadi “factor” menentukan politik negeri Sabah!

Walaubagaimanapun daripada 25 kerusi parlimen Sabah, 8 kerusi majority kaum KDM berada dalam situasi “tidak menentu” berikutan isu-isu politik mutakhir terutama janji PR dalam Buku Jingga begitu dekat dengan hati kaum KDM.

Antaranya yang mendapat sokongan KDM ialah:

1. Memulihkan Perjanjian 20 Perkara.

2. Menyemak semula Perjanjian Malaysia 1963.

3. Menaikkan royalty minyak daripada 5% kepada 20%.

4. Menubuhkan siasatan diraja RCI mengenai pendatang tanpa izin.

5. Memansuhkan dasar kabotaj yang menjadi punca harga barang keperluan di Sabah lebih mahal secara relative dengan Semenanjung.

6. Melaksanakan sepenuhnya dasar Borneonisasi.

Jika tidak ada perpecahan undi dan tercapai persetujuan satu lawan satu parti pembangkang, 5 kerusi parlimen KDM mampu dan boleh ditawan PR pada PRU 13.

Janji PR ini secara umum bukan sahaja menarik sokongan KDM yang terkenal dengan keberanian mereka menukar kerajaan tetapi juga mempengaruhi sokongan kaum bumiputera Islam yang masih dibelenggu kemiskinan.

Isu pengambilan tanah adat dan tanah warisan (NCR) yang didalangi Ketua Menteri Sabah juga benar-benar menyentuh hati dan perasaan rakyat Sabah.

Masalah parti-parti pembangkang di Sabah ialah mencapai persetujuan dan kerjasama dengan parti-parti bukan dalam PR seperti SAPP dan STAR. Jika persetujuan “satu lawan satu” gagal menjadi kenyataan, agak sukar gugat kedudukan BN yang mungkin menjadi dalang dibelakang parti-parti pembangkang ini.

4 Responses to "SABAH - A PENDULUM SWING!"

Anonymous said...

I just want Sabah to progress further and continue to enjoy the peace and stability in the State.

Anonymous said...

Sejarah Politik di Sabah penuh dgn ranjau, seluruh rakyat harus didedahkan mengenai sejarah ini.

Mumbai said...

jika Pakatan benar2 mampu menewaskan BN melalui pertandingan satu lawan satu, kenapa perlu ulang taktik 2007.. pada tahun 2007, perhimpunan Bersih yang pertama telah dilancarkan.. hasil dari perhimpunan itu, Pakatan berjaya merampas 4 buah negeri pada tahun 2008.. kali ini mereka lancarkan lagi perhimpunan yang sama yang bagi saya mempunyai tujuan yang sama itu merampas lebih banyak kerusi..

Rozie said...

kita tidak tahu apa cerita sebenar di zaman Tun Fuad.. dan pemimpin2 Zaman Tun fuad juga tidak menjangkakan apa yang berlaku kepada Sabah hari ini..