ARTIKEL BARU

Sembang Isnin

Tulisan ini adalah sambungan dari sembang Ahad. Saya cuba sembang setiap hari jika tiada halangan yang besar. Sebenarnya walaupun telah lebih 19 tahun menulis dan telah menulis 8 buah buku politik (terakhir Konspirasi Politik Melayu, Feb 2009) namun hakikatnya saya tidak aktif menulis dalam blog. Hanya dalam 3 atau 4 hari ini sahaja selepas kawan ajak saya beli laptop dan broadband maka saya menjadi bloggers. Syukurlah kerana ramai juga kawan-kawan yang memberi sokongan dan mengunjungi web saya.

Petang ini sewaktu minum teh o ais di hots cafĂ©, The Mall, seorang kawan dari Kedah dengan nada suara yang agak emosi bertanya “Kenapa pilih orang Sabah jadi Pengerusi UMNO Kedah? Tak ada kah pemimpin Kedah yang layak?”

“Janganlah kita melihat Shafie sebagai orang Sabah tetapi lihatlah dia sebagai salah seorang naib presiden UMNO.” Saya tiba-tiba terpanggil menjawab kerana saya dari Sabah walaupun sebenarnya ayat dia barangkali tidak ditujukan kepada saya kerana kebetulan ada seorang kawan lagi yang duduk semeja.

“Sepatutnya orang Kedah gembira dan senang hati dengan pemilihan Shafie kerana jika UMNO dan BN menang semula di Kedah semua ADUN berpeluang jadi MB. Jika kekalkan Det (Mahadzir Khalid) tentu dia jadi MB” jawapan provokasi saya kerana saya tahu dia penyokong kuat Det.

Dia semakin emosi. Nada suara sudah tinggi. “Kenapa tak letak Shafie di Wilayah, kawasan berbilang kaum? Kalau pemimpin seperti Zahid Hamidi tak pa juga! Shafie tak tahu politik Kedah!”

“Bukankah bapa mertua Shafie orang Kedah? Tentu dia dah lama dan tahu perangai orang Kedah” saya berhujah.

Orang-orang UMNO menyokong pemimpin bukan parti. Memang betul, yang jaga kebajikan mereka bukan parti tetapi individu. Tetapi apa maknanya jika parti telah kalah dan majoriti orang Melayu tidak mendapat pembelaan.

Sebenarnya siapa dilantikpun akan dikritik kerana budaya orang Melayu suka berpolemik. Kalau pertahan Det sebagai ketua tentu ada yang cakap negeri dah kalah kenapa kekalkan Det jawatan ketua UMNO Kedah?. Begitulah adanya sikap orang Melayu.

2 Responses to "Sembang Isnin"

Anonymous said...

aku suka sembang isnin ni... aku pn dh kena marah ngan muslioli ni pasal tanya mcm 2...
tp tak kisah la sapa pn yg jd pengerusi badan perhubungan negeri kedah 2...
yang paling penting...kita dapatkan balik negeri2 yg kalah dlm PRU13 ni terutama negeri KEDAH...
tak kan la kalu bkn dr negeri kedah skali pn...datuk shafie tak tau pasai politik negeri kedah...dh nama pn pemimpin kan...kenalah tau keadaan semasa politik malaysia...
aku yg tak minat politik ni pn tau skit2 gak...
yg paling penting....melayu bersatu...

HIDUP UMNO....
HIDUP MELAYU...
PERJUANGAN BELUM SELESAI...

Anonymous said...

Saya pasti dia lebih tahu org Kedah sebab "malam-malam" dia peluk org Kedah..