ARTIKEL BARU

BERMULA SATU LEGASI?


Hari ini masuk sebulan setengah Dato Seri Najib menjadi PM Malaysia. Dalam UMNO, hanya beberapa suara sumbang yang tidak bersetuju dengan perlantikan beberapa nama dalam jawatan parti. Termasuk perlantikan pengerusi perhubungan negeri-negeri. Memang perkara biasa dalam politik, apa juga keputusan yang diambil tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Tambahan pula yang tidak puas hati ini ialah orang-orang politik atau “player” yang kenal pada Najib dan Najib sendiri kenal mereka secara peribadi. Rakyat biasa tidak bercakap apa-apa. Mereka lebih banyak mengharap apa juga perubahan yang dilakukan Najib adalah untuk kebaikan mereka.

Setelah lebih 33 tahun dalam politik Najib sudah masak dengan karenah “player-player” politik dalam UMNO. Selepas orang-orang ini dipanggil, bawa “berbincang” maka diamlah mereka. Tetapi rakyat biasa. The silent majority memerhati sahaja apa yang berlaku disekeliling mereka. Setiap dasar, ucapan, gerak geri Perdana Menteri mereka yang baru ini ikuti dengan penuh perhatian dan harapan.

Najib adalah orang lama dalam politik walaupun usianya masih muda dan masih nampak segak dikhayalak ramai. Mengatakan Dato Seri Najib tidak melibatkan diri dalam politik semasa ayahnya masih hidup adalah kenyataan kurang tepat kerana Najib sebenarnya aktif dalam politik Pelajar semasa di Univerisiti Nottingham, England.

Setelah balik ke tanah air sebenarnya beliau memang berniat untuk menyertai UMNO. Masalahnya pada ketika itu seperti yang pernah dikatakannya dalam satu temuramah selepas dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO pada pertengahan tahun 1987, bahawa untuk aktif sebagai ahli UMNO Pekan terlalu jauh kerana dia bertugas di Petronas, Kuala Lumpur.

Lagipun, Najib sendiri mengelak menggunakan naungan Tun Razak untuk aktif dalam politik kerana sudah tentu orang tidak lihat keupayaannya sendiri dan label itu akan melekat pada dirinya sehingga bila-bila. Maka itu Najib tidak menyertai politik secara aktif ketika ayahnya menjadi Perdana Menteri. Dan menurut Najibnya, Tun Razak inginkan dia menjadi seorang akauntan dan mengendalikan firma sendiri kerana tun Razak menurut Najib tidak mahu beliau menghadapi begitu banyak tekanan jika mencebur diri dalam politik.

Najib pada hakikatnya tidak ada mentor dalam politik. Mentor beliau ialah pengalamannya selama 33 tahun dalam politik. Beliau banyak menjadikan perjuangan, dasar, falsafah dan pendekatan politik Tun Razak sebagai panduan asasnya. Namun kekuatan sebenar politik Najib ialah hubungannya dengan pemimpin grassroots yang pernah dianggapnya sebagai pemikir-pemikir tempatan yang dijadikan sebagai kawan.

Mereka didekati kerana pengalaman lama berkecimpung dalam politik. Kata najib, pengalaman untuk membuat teori dan dasar ada pada dirinya tetapi pengalaman sebagai orang politik yang berdepan dan bersemuka dan berinteraksi dengan rakyat ada pada pemimpin grassroots. Pengajaran itu yang dianggap Najib sebagai tidak ternilai dan terbukti pengajaran itu menjadikan Najib seorang pemimpin yang begitu tenang menghadapi cabaran politik termasuk cabaran terhadap dirinya secara peribadi.

Satu perkara yang menarik dalam pendakian politik najib dalam UMNO tidak mendapat tentangan yang hebat. Empat kali sebagai naib ketua pemuda tanpa bertanding dan sampai masanya menjadi ketua pemuda juga tidak ditanding. Najib hanya merasakan saingan sengit pertandingan dalam parti bermula pada tahun 1993 bila bertanding sebagai Naib Presiden UMNO.

Dalam pilihan raya umum, titik tolak yang memberi satu pengajaran politik yang begitu bermakna kepada Najib berlaku pada tahun 1999. Pilihan raya parlimen P80 Pekan, Dato seri Najib mendapat 13148 manakala calon PAS Ustaz Hj Ramli bin Mohamad dari parti PAS memperolehi undi 12,907 majoriti yang tipis 241 undi. Harus diingat daripada 11 kerusi parlimen Pahang, majority tertinggi diperolehi BN di P83 Bentung, bila calon BN, Liow Tiong Lai memperolehi majority 10,715.

Ramai yang menawar kawasan selamat tetapi Najib tidak lari daripada kenyataan dan terus mempertahankan Pekan. Kemerosostan majority itu benar-benar menyedarkan Najib bahawa perjuangannya perlu dipertingkatkan dan hubungan dengan grassroots perlu di perhebatkan. Pada 2004, majority pilihan raya kawasan P 85 Pekan, najib mendapat undi 31,956 berbanding calon PAS yang hanya mendapat 9,034 undi. Dengan majority 22,922 memberi kesedaran bahawa perubahan telah membawa kejayaan kepada beliau.

Pada pilihan raya umum 2008, diketika tsunami politik melanda BN dan UMNO tetapi Najib mendapat majority yang tertinggi dikalangan calon-calon parlimen iaitu melebihi 26,000.

Najib melihat keperluan pokok kepimpinan Melayu masa kini dan masa depan bukan lagi seorang pemikir atau idealist tetapi kepada orang yang boleh perform dan deliver the goods yang boleh melaksanakan program dengan berkesan dan membawa perubahan-perubahan secara realistic

Memang telah banyak dasar-dasar yang baik daripada pemimpin yang terdahulu seperti DEB. Tetapi bila berlaku kelemahan dari segi perlaksanaan, maka dasar itu tidak mencapai sasarannya.

(BERSAMBUNG: DIPETIK DARI BUKU “NAJIB RAZAK: BERMULA SATU LEGASI?” MUSLI OLI akan terbit pada 13 Julai 2009)

1 Response to "BERMULA SATU LEGASI?"

Anonymous said...

pasti hebat buku ini, jangan lupa ajak teman pada pelancaran.