ARTIKEL BARU

FENOMENA ANWAR IBRAHIM


Soalan yang kerap berlegar-legar di kepala setiap warga Malaysia. Mampukah Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia? Selepas pilihan raya Mac 2008 dan kemenangan Pakatan Rakyat dalam empat PRK: Permatang Pauh, Kuala Trengganu, Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau. Apakah pengaruh Anwar akan terus menguggat Barisan Nasional?

Pada pilihan raya ke 10 tahun 1999, Anwar berada dalam penjara, tapi Anwar’s wave masih berjaya menawan negeri Trengganu dan mempertahankan Kelantan. Parti pembangkang di Semenanjung meningkat sokongan dan keseluruhan menang 42 kerusi Parlimen-PAS 27,DAP 10 dan PKR dapat 5 kerusi (2008: 83 kerusi Parlimen-PKR 31, DAP 28 dan PAS 24).

Pada pilihan raya 2004, pembangkang mengalami kekalahan teruk dan PKR dapat 1 kerusi iaitu hanya dapat pertahankan Permatang Pauh dengan majority 500 undi. Tokoh pembangkang seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh kalah di kawasan masing-masing. Anwar dianggap tidak relevan lagi dan sudah tidak berpengaruh. Membebaskan Anwar tidak membawa apa-apa kesan terhadap pengaruh BN.

Menurut William Liddle, seorang Professor Political Science dari Ohio State University, Columbus, USA, faktor karisma adalah antara faktor yang kerap dikemukakan sebagai daya tarikan luar biasa yang dimiliki seseorang sebagai bakat semula jadi yang boleh menarik sokongan rakyat.

Konsep karisma diperkenalkan sociologist terkenal Jerman, Max Weber. Ianya bermaksud anugerah istimewa yang dimiliki hanya para nabi dan raja yang mampu membawa perubahan menyeluruh dalam dunia mereka. Dengan sendirinya konsep ini sukar diterapkan pada sistem politik masa kini, dimana tempat dan orang-orangnya adalah manusia biasa yang dibatasi pelbagai rintangan dan masalah.

Menurut Max Weber, seseorang yang berkarisma bukan sahaja mampu menarik perhatian dan sokongan orang ramai terhadap ucapan-ucapan dan pendapat serta pandangannya, tetapi juga lebih penting lagi ia berupaya memberikan rangsangan dan menetapkan halatuju.

Seorang yang berkarisma juga mampu menggerakkan orang ramai untuk melakukan perubahan menyeluruh yang menyentuh soal ekonomi, sosial, politik dan seumpamanya seperti yang diucapkan atau dianjurkannya. Apakah Anwar mempunyai karisma seperti demikian…? BERSAMBUNG.
(dipetik dari buku KONSPIRASI POLITIK MELAYU, Musli Oli, Feb 2009 – disiarkan selepas diubah suai. Penulis)

1 Response to "FENOMENA ANWAR IBRAHIM"

Your Niece & Supporter - Nining said...

Tidak dinafikan, aura Anwar Ibrahim sungguh menakjubkan. BN kini semakin goyah kerana pengaruh Anwar Ibrahim. Bukan sekadar di Semenanjung Malaysia, tetapi kini BN di Sabah juga sudah semakin goyah. Hal ini saya saksikan sendiri di kawasan 'Pantai Timur Sabah'. Daripada 20 responden yang ditemuramah, 15 daripadanya memilih untuk berpaling kepada PR, 3 atas pagar dan hanya 2 memilih BN. Mungkinkah itu petanda bahawa Anwar mempunyai karisma tersebut?

Nota Sisipan: Pakcik, saya rasa karisma itu juga ada pada saya. Mungkinkah saya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia wanita yang pertama? Hehe...