ARTIKEL BARU

BILA DEMOKRASI TAKUT DENGAN RAKYAT


We cannot just think tomorrow today. We cannot merely plan for tomorrow today. Our task must be to build tomorrow today. Let us together build tomorrow today”. Begitulah ayat penutup ucapan Gordon Brown, PM Britian kepada US Congress pada 4hb March 2009 lalu. Gordon Brown adalah antara beberapa tokoh dari Britian termasuk, Churchill dan Margaret Thatcher yang diberi keistimewaan berucap dalam Kongress Amerika Syarikat.
(gambar: Tunku Abdul Rahman: Bapa Kemerdekaan dan Pencinta prinsip demokrasi)
Terjemahannya lebih kurang “Kita tidak boleh hanya memikirkan esok hari ini. Kita tidak boleh sekadar merancang esok hari ini. Tugas kita mesti membina esok hari ini. Marilah bersama membina esok hari ini.”

Bagaimanakah rupa bentuk Malaysia esok, yang kita bina hari ini? Masa depan yang bagaimana untuk anak, cucu dan generasi akan datang yang ingin kita bina? Apakah dengan menangkap rakyat kerana mereka memakai baju warna tertentu dan makan di restoran tertentu memberi gambaran esok yang menggembirakan?

Rakyat hari ini telah dipengaruhi globalisasi. Teknologi maklumat tanpa tapisan telah meniupkan sentimen universalime dan kesamaan sejagat yang menjangkaui kepentingan kaum dan golongan, sebaliknya rakyat hari ini mencari kebenaran dan keadilan. Dimanakah kebenaran dan keadilan?

Pemimpin kita bercakap soal reformasi dan transformasi. Soal persamaan hak semua rakyat dalam satu Malaysia. Namun soal pokok dan asas terbentuknya negara ini iaitu soal demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia tidak disanjung dan dihormati. Apakah keputusan demokrasi akan hanya diputuskan dalam mahkamah? Atau demokrasi itu berada ditangan rakyat?

“Marilah kita membina masa depan Malaysia hari ini”.

1 Response to "BILA DEMOKRASI TAKUT DENGAN RAKYAT"

yusoff said...

jangan tulis panjang3..sapa nak baca.. buat point aje kan lebih mudah...
+nanti jika tak baca kamu merajuk lah... salam hjyusoff