ARTIKEL BARU

KONFRANTASI DENGAN PENGUNDI CINA

Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negeri Sabah, pengundi Cina secara terang-terang tidak memberi sokongan padu kepada BN seperti yang mereka tunjukkan dalam pilihan raya ke 12 lalu. Semasa parti USNO-SCA kalah pada tahun 1975 kepada BERJAYA pengundi Cina hanya “swing” di saat-saat akhir setelah ternyata BERJAYA mendapat sokongan daripada Kuala Lumpur.

Pada pilihan raya 1985 sungguhpun parti BERJAYA kalah setelah sokongan kaum Kadazandusun beralih kepada PBS dan parti USNO menarik semula sokongan pengundi bumiputera Islam, namun majoriti pengundi Cina masih menyokong BERJAYA (BN)

Pada pilihan raya 8 mac 2008 lalu, sungguhpun DAP hanya menang satu kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan Bebas mendapat satu kerusi DUN tetapi jika diperincikan jumlah undi jelas bahawa hanya perpecahan undi antara parti pembangkang DAP, PKR dan calon Bebas sahaja yang memberi kemenangan tipis kepada calon BN di semua kawasan majoriti pengundi Cina.

Oleh itu, apabila Dato Seri Najib membuat cadangan kes Patung Dewa Mazu di Sabah diselesaikan diluar mahkamah selaras dengan konsep 1Malaysia, jelas Najib telah mengetahui latar belakang sebenar isu kaum Cina di Sabah. Najib faham isu patung Mazu bukan sahaja menjejaskan sokongan kaum Cina di Sabah tetapi juga memberi kesan keatas sentiment kaum itu seluruh negara jika tidak ditangani dengan bijak.

Apakah reaksi daripada kepimpinan BN Sabah? Apakah kepimpinan negeri masih dengan strategi berkonfrantasi dengan pemimpin-pemimpin Cina seperti Tan Sri Chong Kah Kiat dan Datuk Yong Teck Lee? Dan menerima kesan buruk dalam pilihan raya ke 13?

Daripada 60 kerusi DUN Sabah, 57 adalah kerusi BN dan 1 kerusi Bebas dan 2 kerusi SAPP yang telah meninggalkan BN. Semua tahu bahawa pemimpin SAPP, Datuk Yong Teck Lee keluar BN kerana janji kepimpinan negeri melantiknya sebagai senator tidak dipenuhi setelah namanya tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum. Ramai juga sedar bahawa Yong Teck Lee adalah seorang tokoh politik yang berpengaruh bukan sahaja dikalangan kaum Cina tetapi juga dikalangan golongan grass root bumiputera.

Kini dua tokoh politik Cina yang berpengaruh, kedua-duanya bekas Ketua Menteri Sabah berada diluar BN iaitu Datok Yong Teck Lee dan Tan Sri Chong Kah Kiat. Apakah BN Sabah akan menerima nasib seperti negeri Perak atau Selangor?
Read More....

0 Response to "KONFRANTASI DENGAN PENGUNDI CINA"