ARTIKEL BARU

SEMBANG AHAD: ORANG MELAYU, JUARA TINJU DUNIA?JANGANLAH BUAT LAWAK!

Seawal jam 9 pagi Ahad ini, saya dah bersedia depan TV channel 971 menunggu siaran sukan tinju yang saya minati. Kali ini perlawanan tinju dunia antara Manny “Pac-Man” Pacquiao Vs Ricky Hatton. Manny adalah rakyat Filipina yang merupakan juara 5 kali dunia dalam lima berat badan yang berasingan. Manakala Hatton, rakyat Britian adalah juara dunia Junior Welterweight dan sepanjang 45 karier hanya tewas sekali. Tepat jam 11 pagi perlawanan bermula selepas dua aksi awal yang agak menarik juga tetapi bukan peninju bertaraf dunia.

Berjuta peminat tinju seluruh dunia yang menonton siaran langsung HBO ini menjangkakan satu persaingan sengit yang barangkali hingga 12 pusingan. Namun Manny Pacquiao telah membuktikan kekuatan tumbukan orang Asia (orang Melayu?) dengan menjatuhkan Hatton pada round 1. Pada round 2 Pacquiao melepaskan “flying left hook” yang tepat ke dagu Hatton dan semuanya berakhir.

Saya agak tergamam. Saya pernah menonton aksi Pacquiao sebelum ini ketika menentang seorang peninju dunia yang hebat, Oscar “The Golden Boy” De La Hoya. Tetapi perlawanan itu sampai 8 atau 9 round kalau tak silap saya, setelah De La Hoya tidak meneruskan pusingan seterusnya. Tetapi Hatton yang berusia 30 tahun seperti Pacquiao mempunyai reputasi yang hebat. Menang 40 kali dengan KO tetapi dia sendiri boleh KO round ke 2? Sesuatu yang ajaib.

Di Negara Filipina seluruh rakyatnya tentu berpesta sepanjang hari dengan kemenangan cemerlang Pacquiao itu. Dibandar KK dan Sandakan dimana warga Filipina lebih ramai dari rakyat tempatan sudah pasti rasa bangga dan gembira. Memang lumrahnya jika ada perlawanan tinju Pacquiao mereka akan memenuhi setiap ruang restoran yang menyiarkan perlawanan ini secara langsung.

Saya turut gembira kerana Pacquiao adalah rakyat Asia dan dari rumpun Melayu. Jika dikaji kebanyak juara tinju dunia dibawah berat badan welterweight kebanyakannya dari Amerika Selatan atau Latin America dan dari Asia termasuk dari Thailand, Jepun, Korea dan Indonesia. Dari Malaysia? Belum capai peringkat professional. Peringkat amatur, Sapok Biki, peninju dari Sarawak pernah mendapat pingat emas sukan Komenwell tahun 1988. Dan beberapa nama seperti Tiger Aman diperingkat Asia dan Asia tenggara suatu ketika dulu.

Kenapa sukan yang melibatkan orang Melayu di Malaysia masih belum mencapai taraf dunia? Jika diperkenalkan sukan gasing dan permainan congkak sekalipun barangkali orang Melayu sukar menang. Fikir-fikirkanlah.

0 Response to "SEMBANG AHAD: ORANG MELAYU, JUARA TINJU DUNIA?JANGANLAH BUAT LAWAK!"