Kesultanan dan Kerajaan Melayu terawal di pulau Borneo.
Hari ini saya mendapat maklumat sejarah yang begitu berharga dalam konteks status bangsa Melayu di Sabah dan Sarawak.
Menurut Pengarah Arkib Negeri Sabah, Datuk (Datu) Tiga Belas Datu Zainal Abidin, kenyataan beberapa ahli sejarah bahawa orang-orang Melayu berasal dari Semenanjung Malaysia harus dikaji semula.
Foto: Sultan Brunei - Sabah dan Sarawak asalnya dibawah pemerintahan Kesultanan Brunei sebelum masing-masing dihadiahkan dan di serahkan kepada Sultan Sulu dan Rajah Brooks.
Hakikatnya, kecuali suku-suku Orang Asli seperti Jakun, Temiang, Negritos dan lain-lain, sebahagian besar orang Melayu di Semenanjung Malaysia berasal dari Sumatra, Jawa, Sulawesi (Bugis dll), Acheh, Borneo (Banjar) dan pulau-pulau sekitar.
Penemuan bukti-bukti sejarah juga mengesahkan Kesultanan Melayu Brunei yang jajahannya merangkumi hampir seluruh kepulauan Borneo telahpun ujud seawal kurun ke 6 iaitu sekitar tahun 516 masihi.
Walaupun pada ketika itu Islam belum sampai ke nusantara namun Kesultanan Melayu yang berpusat di negara Brunei sekarang telah menggunakan bahasa lingua franca bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan dan kemudian sebagai penulisan dalam huruf Jawi selepas kedatangan Islam. Serta rakyatnya mengamalkan budaya dan cara hidup Melayu. Dan Kesultanan Brunei adalah antara Sultan yang terawal menerima Islam di Nusantara seawal kurun ke 12.
Kesultanan Melayu di kepulauan Borneo yang termasuk Sabah dan Sarawak dibawah kuasa dan pemerintahan Sultan Brunei adalah bukti keujudan satu tamadun pemerintahan Melayu di Pulau Borneo. Malah jika kita mendengar khutbah jumaat di kampung-kampung terutama kawasan Pedalaman Sabah, termasuk kampung saya di Kota Belud, masih ramai yang menyebut ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei.

Maka itu saya timbulkan persoalan perlukah definasi Melayu dalam perlembagaan Malaysia yang dibuat sebelum tertubuhnya Malaysia ditakrifkan semula untuk mengiktiraf bangsa Melayu yang memang telah turun temurun di bumi Sabah dan Sarawak?
Atau mengekalkan status sebagai bumiputera Sabah atau bumiputera Sarawak yang statusnya kebawah berbanding bangsa Melayu?
Kesultanan Melayu Melaka hanya ujud pada awal kurun ke 15 iaitu sekitar 1402 bila Parameswara tiba di Melaka. Dan sejarah membuktikan bahawa Islam lebih dahulu tiba di Borneo sebelum Melaka. Memang ada bukti-bukti sejarah bahawa Kesultanan Melayu di Trengganu, Kedah dan Kelantan telah ujud lebih awal.
Berdasarkan Batu Bersurat Terengganu, Islam juga tiba awal di Tanah Melayu sebelum Parameswara memeluk Islam. Namun ini tidak boleh menafikan fakta bahawa kesultanan Melayu di Borneo juga bangsa Melayu yang bertamadun dan setaraf dengan bangsa Melayu di bumi Semenajung Malaysia.
Saya bercadang membuat kajian terperinci mengenai fakta sejarah ini untuk menguatkan hujah saya dalam paparan akan datang .

10 Responses to "DEFINASI MELAYU PERLU DITAKRIFKAN SEMULA?"
Khabarnya selain Kesultanan Berunei yang telah wujud; dua lagi kesultanan yang mempunyai pertalian kekelurgaan dengan kesultanan berunei ialah Kesultanan Sulu dan Kesulatan Bulungan. Mohon juga kaji dua kesultanan ini.
Dlm ceramah perdana tun M dlm kolokium mengantarabangsakan rumpun melayu d ums pada 2004 mengatakan "etnik bumiputera di sabah juga adalah rumpun melayu..termasuklah dusun/kadazan dan murut...)
Ngam..bana-bana..perlu dikaji.
1. Sekiranya saudara menerima hipotesis migrasi Melayu ke utara (dari kepulauan Indonesia moden ke Semenanjung Malaysia) seperti yang dikemukakan beberapa ahli sejarah, maka bukankah saudara bersetuju dengan golongan-golongan tertentu yang mengatakan hak-hak Bumiputera yang berdasarkan hipotesis orang Melayu sebagai penduduk asal (dan bukan orang Asli) adalah kurang benar?
2. Bukti arkaeologi menunjukkan bahawa manusia telah mendiami pulau Borneo sejak sekurang-kurangnya 35,000 tahun. Harus diingati bahawa pada suatu masa dahulu Laut China selatan tidak wujud dan manusia dan binatang waktu itu boleh berjalan kaki dari Sumatra ke Borneo.
3. Dengan itu, adakah kehadirang kesultanan Melayu di Brunei pada kurun ke 6 boleh digunakan sebagai asas hak-hak bumiputera?
Adakah kehadiran selama 1500 tahun cukup untuk menuntut hak sebagai "penduduk asal" negara ini?
4. Pada hakikatnya, konsep Bumiputera ini sendiri kurang logik dan kurang justifikasi. Kita tiada cara untuk membuktikan bahawa mana-mana kaum mahupun bangsa merupakan orang-orang pertama yang sampai i bumi Malaysia.
5. Selain itu, pada asasnya, selain orang Asli semenanjung, hampir semua bahasa orang-orang Kepulauan Inonesia dan Malaysia dan Filipina bertutur dalam bahasa kumpulan Malayo-Polynesia.
Malah, kumpulan bahasa ini telah berkembang ke Madagascar dekat Afrika, Hawaii dan juga New Zealand.
6. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan daripada orang-orang Malaysia mempunyai asal-usul yang sama (keluarga bahasa yang sama) dan juga menunjukkan bahawa "cultural cross-pollination" boleh berlaku. Maka, perpisahan antara kaum dengan mengkategorikan masyarakat Malaysia berdasarkan kaum adalah amat kurang tepat.
7. Akhir sekali, budaya manusia adalah sentiasa berubah. Walaupun dikatakan sebuah kesultanan atau kerajaan (kerana konsep 'sultan' hanyaada selepas ketibaan Islam) i Brunei, tapi adakah pasti mereka adalah orang Melayu?
Sedangkan orang Melayu 1000 tahun lalu pun mempunyai banyak variasi budaya, bagaimana kita boleh membuktikan "continuity" orang melayu hari ini dengan orang Melayu dahulu?
Adakah berdasarkan genetik? saudara mesti akan terkejut dengan betapa bezanya genetik orang-orang Melayu, bagaikan mereka dari kaum-kaum lain.
Adakah berdasarkan budaya? Sudah ditunjukkan bahawa budaya orang Melayu 1000 tahun dahulu suda berubah dan berevolusi banyak.
Jadi, bagaimana menunjukkan talian keturunan?
salam Joh, dalam kolokium Tun M, saya salah seorang yg bertanya mengenai status bumiputra Sabah. Pentakrifan budaya memang di kategori rumpun Melayu tetapi takrif perlembagaannya TIDAK. Sdra 1Borneo, paparan akan datang saya akan membuat kajian terperinci.tq
Salam sdra Matrasad, dari segi status kedudukan bumiputera Sabah di tempat ketiga selepas Orang Asli dan Bangsa Melayu. memang penduduk asal adalah orang asli dan orang Melayu adalah "orang lari" dari kepulauan Indonesia.
Bangsa dab bahasa adalah antara dua elemen yang di kurniakan oleh Allah SWT sekali sahaja. Kalo hilang atau "dikaburkan" untuk hilang keasliannya Dia tak akan beri untuk kali kedua. Maka jadilah ia "bangsa dan bahasa yang tidak ore" atau buatan manusia atau bangsa da bahasa "Made in Malaysia". Maka negara yang cuba menggubah elemen itu akan menjadi miskin macam "kelopak-kelopak bunga teratai" yang gugur menghodohkan bunga itu, lalu layu. Tapi bunga akan tumbuh lagi dan semakin cantik tapi bangsa dan budaya akan berganti tetapi tidak akan asli lagi. Barangkali babrok?
SELAMAT HARI BAPA....moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG PUTERI LABUAN...
ada org2 di KK mengolok2 org2 di area LD/Semporna yang mengaku mereka berbangsa melayu dari suku kaum bajau.. sbb mengambil konteks kita ini rumpun melayu. sama seperti org brunei jugak dikira rumpun melayu?
dan yang bikin heran ayng mengolok2tu rata2 mereka yang non. cuba cek banyak tu forum2 org2 sabah...dorg mendabijk dada kononnya sabah tu dorg punya..ko tahu apa maksud ku...
Post a Comment