ARTIKEL BARU

SOAL PERPADUAN MELAYU. BUKAN PAS DAN UMNO YANG NAK BERSETUBUH!!

Foto: 10 MP dari PAS yang tidak menyokong perbincangan kerajaan perpaduan.

Baru sebentar tadi seorang kawan minta saya beri komen dalam blog saya berhubung dengan tindakan 10 MP dari PAS yang menandatangani dokumen menyokong Musyridul Am, Datuk Nik Aziz menetang perbincangan perpaduan dengan UMNO. Mereka juga bersetuju menghormati keputusan muktamar PAS di Ipoh tahun lalu untuk memperkuatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
Saya jawap mudah sahaja. Ini soal perpaduan Melayu bukan isunya UMNO dan PAS nak disatukan atau disetubuhkan! sehingga semua orang alim ulamak marah dan mengatakan haram. Memanglah kalau berlaku persetubuhan tentu ianya haram kerana belum bernikah.

Saya tanya kalau 10 MP. Bagaimana pula pendirian yang lain iaitu 14 orang MP dari PAS? Semasa pemilihan baru-baru ini jelas PAS terpecah kepada dua puak. Iaitu puak yang pro kepada perpaduan yang diwakili Nasharudin dan yang anti perpaduan diwakili Husam Musa. Manakala Mat Sabu sebagai “anak bulan”. Terbukti yang menang adalah kumpulan yang pro termasuk mantan Ketua Pemuda PAS Sallahudin Ayub yang menang kerusi naib presiden. Juga pro kepada perpaduan Melayu.

Dalam hal ini saya bersetuju dengan Presiden PAS, Hadi Awang perbincangan ini masih diperingkat perbincangan ilmiah, belum ada keputusan yang kongkrit. Malangnya kepimpinan PAS terutama Nik Aziz marah bila sebagai Nahkoda, pemimpin lain tidak dengar cakap dia. Maka kumpulan Erdogan dalam PAS juga ambil peluang ini untuk menyerang golongan yang pro, walaupun sebenarnya perbincangan masih diperingkat media yang membincangkan.

Saya rasa, kepimpinan Melayu/Islam mestilah melihat perbincangan perpaduan ini dari sudut positif, diluar sempadan parti. Ini soal bangsa Melayu bukan soal PAS, UMNO atau PKR. Terlalu jauh lagi pilihan raya umum untuk menentukan siapa parti atau individu yang berkuasa. Mungkin esok lusa, bulan depan tahun depan individu atau pemimpin yang beria-ia ingin berkuasa mungkin tidak sempat berbuat demikian. Tetapi yang pasti bangsa Melayu akan kekal di bumi Melayu.

Maka itu perpaduan itu bukan soal menggabungkan atau mengujudkan kerajaan perpaduan atau kerajaan campuran. Tetapi survival politik bangsa Melayu. Fikir-fikirkanlah

3 Responses to "SOAL PERPADUAN MELAYU. BUKAN PAS DAN UMNO YANG NAK BERSETUBUH!!"

Senjaliza said...

DEKLARASI MANEK URAI yang "deleted".
dan "Forgotten".
http://senjaliza.blogspot.com/2009/05/najib-dan-tok-guru-nik-aziz-perlu.html

Rantong said...

Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™

Anonymous said...

Sdra Rantong harus berhati-hati kalau memberi ulasan dalam blog terutamanya apabila menggunakan ayat-ayat dari AlQuran kerana dikhuathiri penggunaan ayat-ayat berkenaan dilihat oleh orang lain kurang tepat dengan isu, senario dan persekitaran berlakunya sesuatu isu yang dibincangkan.

Implikasi jika perkara seperti ini berlaku kita khuathir akan mendedahkan messej yang disalut dengan ayat AlQuran dengan persoalan yang tidak relevan dengan isu yang dibincangkan memungkinkan terbukanya ruang yang boleh memberi imej negatif kepada maklumat dari "sumber agama" jika sumber agama berkenaan diguna secara tidak berhema atau teratur.