ARTIKEL BARU

PERPADUAN MELAYU BAIK UNTUK BUKAN MELAYU - AHMAD MASLAN



Dipetik dari depa-kata.blogspt.com

‘UMNO merasa ada kejujuran Presiden dan Timbalan Presiden PAS untuk berbincang tentang perpaduan, sama ada kerajaan perpaduan atau dasar perpaduan atau persefahaman perpaduan. Alangkah mulianya hasrat itu yang telah disambut baik oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dengan fikiran terbuka. Tentunya kita ingin tahu perincian yang lebih lanjut dari PAS… apa yang berlaku selepas ini terpulang kepada perbincangan pimpinan tertinggi UMNO.


Saya kira PAS tidak semestinya perlu melibatkan perbincangan dengan DAP dan PKR kerana mereka mempunyai kekuatan sendiri. DAP dan PKR tentu boleh dianggap menumpang pada kekuatan PAS dalam pakatan pembangkang itu. Jika ada ikhtiar dan iltizam yang baik untuk manfaat rakyat terbanyak, semua pihak wajar mengalu-alukannya dengan rasa penuh kesyukuran. Sayugia diingat bahawa Melayu/Bumiputera yang merupakan 2/3 penduduk negara ini sudah lama mengimpikan dua parti terbesar Melayu agar dapat duduk bersama berbincang untuk kebaikan.


Perpaduan sebenarnya baik untuk semua rakyat yang 1/3 lagi tanpa mengira bangsa di negara ini. Amatlah sesuai hasrat itu dengan gagasan 1Malaysia yang bertema rakyat didahulukan. Perpaduan sememangnya bersandarkan kepada kepentingan rakyat terbanyak. Barulah kita dapat memastikan pencapaian atau prestasi martabat negara ini dapat diangkat dan diangkasakan. Masalah dalaman PAS akibat cadangan ini hanyalah cabaran yang tidak mustahil untuk diselesaikan. Tiada jalan mudah untuk mencapai sesuatu hasrat yang mulia. Mudah-mudahan Allah memberkati segalanya.’ – Ahmad bin Maslan
*YB Haji Ahmad Maslan ialah Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

4 Responses to "PERPADUAN MELAYU BAIK UNTUK BUKAN MELAYU - AHMAD MASLAN"

Rantong said...

Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™

mrakunman said...

Cuma merasa, belum dirasa. Feeling, bukan bererti telah jatuh cinta. Boleh kah feeling diteruskan agar jatuh cinta dan seterusnya kahwin?

1SEMPORNA said...

Persoalan membuat keputusan dan persoalan keputusan diterjemahkan dalam tindakan. Persoalan sikap dan world view. Persoalan pengaruh dan mempengaruhi.

2.Paksi atau asas utamanya adalah dipengaruhi oleh keutamaan tanggunjawab komuniti melayu khususnya yang beragama; perpaduan itu adalah dituntut dalam agama kerana dengan adanya perpaduan banyak kebaikan yang boleh dilakukan.

3.Isu ekonomi dan masalah sosial yang dihadapi oleh orang melayu dan rumpun peribumi yang lain adalah isu yang mendesak dan mesti diberi keutamaan yang utama dalam setiap keputusan. Rumpun melayu adalah komuniti mejoriti dan masyarakat teras di Malaysia. Tanpa memberi keutamaan yang utama kepada rakyat mejoriti dalam sebarang pertimbangan akan hanya mengundang permasaalaan yang lebih kronik. Biarkan proses asas demokrasi iaitu mejority memerintah minority. Dan setiap ahli komuniti mejoriti pula haruslah bermuhasabah dengan mengkaji dan memperbetulkan world view dan pola pemikiran yang telah mempengeruhi pendirian mereka sebelum ini yang mungkin pendirian yang dimaksudkan boleh menentukan baik dan disebaliknya keatas kemaslahatan bangsa, negera dan agama

musli oli said...

salam 1Semporna, pandangan yg bernas, kepimpinan Melayu dan bumiputra perlu mencari gagasan perpaduan. terima kasih.