ARTIKEL BARU

AHLI PARLIMEN TAK FAHAM KONSEP 1 MALAYSIA

RAKYAT TANYA,
1. BENARKAH KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA TIDAK BERTUNJUNGKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN?

2. BILA RISALAH RASMI 1 MALAYSIA DIEDARKAN?

Dalam Dewan Rakyat, Ahli Parlimen BN Tenggara meminta penjelasan daripada DS Najib tentang gagasan 1 Malaysia. Perdana Menteri terpaksa membuat penjelasan. Hari ini, muka depan akhbar Utusan Malaysia siarkan penjelasan itu.
Soalnya, jika rakyat yang bertaraf Ahli Parlimen dari parti yang memerintah pun tak faham apakah itu gagasan 1 Malaysia, apatah lagi dengan rakyat biasa?

Kira-kira sebulan lalu saya tulis artikel KONSEP NEGARA BANGSA. APA ITU 1 MALAYSIA? (rujuk dalam blog ini). Dan saya pernah bertanya bilakah JPM akan mengeluarkan buku atau risalah menjelaskan gagasan 1 Malaysia.
Zaman Tun Mahathir, sebelum satu dasar atau slogan diumum, risalah atau booklet dah siap untuk edar kepada rakyat. Booklet ini menjelaskan secara detail dasar-dasar itu. Seperti Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Penswastaan, Wawasan 2020 dn sebagainya.

Jawapan diberikan orang yang paling rapat dengan PM, booklet tentang 1 Malaysia sedang disiapkan, akan diedar tak lama lagi. Itu cerita kira-kira sebulan lalu. Pengalaman sebagai penulis dan penerbit buku, biasanya menerbit buku tak sampai dua minggu. Takkan JPM mengambil masa berbulan-bulan untuk terbitkan risalah 1 Malaysia?

Semakin hari, rakyat semakin bingung dengan pelbagai artikel dan rencana yang menjelaskan konsep 1 Malaysia kerana tidak ada penjelasan rasmi dari kerajaan. Saya difahamkan 1 Malaysia itu tidak ada bezanya dengan konsep muhibbah. Itulah penjelasan orang PM. Saya teringat lagu

“Muhibbah, Muhibbah, itulah amalan kita semua…”
“satu bangsa dan satu negara…”

4 Responses to "AHLI PARLIMEN TAK FAHAM KONSEP 1 MALAYSIA"

Senjaliza said...

Barangkali kerana konsep "Malaysian Malaysia" juga tidak dibukukan maka "1Malaysia" juga tidak membukukan. Kenapa pula masa harga minyak dinaikkan banyak bahan cetak mengenainya...?. Baiklah kalau ada "tukang siul" @ whistle blower mcm adik Musli..Sharp and good thinking

musli oli said...

Salam Kak Liza, ayat "barangkali konsep "Malaysian Malaysia" tak dibukukan maka..." tajam sindiran tu Liza, pedih ke ulu hati orang PM baca. Sebenarnya saya jumpa SETPOL DS Najib cadangkan booklet segera terbit. Dia kata sedang compiled. barangkali mereka pun tak pasti apa itu 1Malaysia, pasal tu lambat sgt..anyway thanks

Anonymous said...

itu la pasal...aku pn tak paham sgt ngan konsep 1 malaysia ni...rakyat perlu tau apa itu 1 malaysia yg diwar2kan oleh pm...dan apa fungsi ketua penerangan di setiap negeri dn bahagian...sepatutnya mereka diberi tugas utk menerangkan apa itu 1 malaysia...edarkan risalah pn dh cukup...xyah panjang2 pn xper...

Anonymous said...

Kau sape? Nak Pakai Berape?......Wak Din ingin bertanya.