ARTIKEL BARU

BERI CEK, BUAT SEKOLAH, BUAT KUIL, BERJAYAKAH KONSEP 1MALAYSIA?

Saya mengimbas kembali kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam The Star pada 18hb Mei yang lepas tentang perlunya kerjasama dengan rakan-rakan dalam BN dalam program turun padang, mengelak persepsi umum bahawa pemimpin UMNO hanya berkhidmat untuk orang Melayu sahaja.
Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pagoh.
Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Pagoh itu menyampaikan cek bantuan kerajaan kepada sekolah-sekolah Cina dan India ketika melawat kawasan pengundi Cina dan India dalam kawasan parlimennya. Daripada pemerhatian saya, upacara penyerahan cek kepada Pengerusi Sekolah Cina atau India untuk tujuan membina sekolah baru atau menambah bangunan sekolah atau menyerah cek kepada Pengerusi gereja, kuil, pagoda atau rumah ibadat telah menjadi satu budaya pemimpin kerajaan setiap kali berjumpa dengan pengundi-pengundi Cina atau India.

Selain daripada program menyerahkan cek, atau replica cek, yang terlalu kerap dilakukan, apakah sebenarnya dasar kerajaan terhadap kaum-kaum Cina, India dan kaum-kaum bukan Melayu yang diilhamkan dan dilakukan sendiri pemimpin Melayu terhadap kaum-kaum itu?

Apakah masalah kaum Cina dan India di negara ini sekadar masalah sekolah dan rumah ibadat sahaja? Apakah kaum Cina semuanya kaya raya? Apakah mereka tiada masalah kemiskinan? Masalah perumahan? Bagaimana dengan pengangguran dikalangan mereka?

Saya teringat pula program Briggs semasa kerajaan penjajahan British yang membina rumah dan membuka kampong-kampung baru untuk kaum Cina. Matlamat projek inisiatif Harold Briggs ini sebagai mengasingkan kaum-kaum Cina daripada dipengaruhi atau membantu perjuangan Kominis di Tanah Melayu.

Saya terfikir mungkin satu masa nanti akan muncul pemimpin UMNO yang merasmikan projek perumahan PPRT untuk kaum Cina atau kaum India yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Atau pemimpin Melayu yang mengumumkan pengujudan biasiswa khas kepada kaum Cina dan India yang mendapat kelulusan cemerlang. Bukankah dalam konsep 1Malaysia, tidak ada rakyat yang merasakan dirinya sebagai second class citizen? Barangkali ini boleh berlaku dimasa akan datang. Bukan sekadar pemimpin kerajaan Melayu merasmi sekolah-sekolah Cina dan Tamil sahaja seperti yang diamalkan sekarang.

Baru-baru ini semasa lawatan Dato Seri Najib ke Sabah, PM telah meluangkan masa bertemu rakyat di kawasan pasar kraftangan UNHCR atau di Sabah di kenali sebagai pasar Pilipina. Saya pernah bertanya, siapa rakyat Sabah yang Dato Najib salam dan bertanya khabar di pasar itu? Adakah mereka rakyat bumiputera atau rakyat pelarian yang yang sekadar memegang dokumen IMM13 dan tidak layak mengundi?

Lebih kurang 10 meter dari pasar UNHCR itu terdapat pasar orang-orang tempatan Bajau yang menjual pisang, buah-buahan dan kuih-muih. Keadaan tempat mereka berniaga tidaklah selesa dan cantik seperti pasar Pilipina, lagipun ada ura-ura Dato Mayor Kota Kinabalu, mahu merobohkan bangunan pasar mereka, tetapi mereka rakyat bumiputera tulin yang layak mengundi.
Jika peniaga-peniaga Bajau ini yang kebanyakannya kaum wanita dapat bersalam dengan Perdana Menteri Malaysia, sampai tujuh keturunan peristiwa itu akan menjadi kenangan manis mereka dan keluarga mereka akan terus setia kepada kerajaan BN. Fikir-fikirkanlah

12 Responses to "BERI CEK, BUAT SEKOLAH, BUAT KUIL, BERJAYAKAH KONSEP 1MALAYSIA?"

mrakunman said...

Biasalah. Kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan. Nak dapat sokongan orang bukan sebangsa kaaan, mestilah bagi wang, sebab wang sahaja yang ada nilai. Ajaklah TPM ke kampung-- misalnya di perkampungan di Kota Belud, cuba tengok sekolahnya.. standard tak? kalau bangunan OK, guru-gurunya bagaimana? Matematik dan sains di ajar dalam bahasa Inggeris, guru-guru yang mengajar..slang orang putih.. tapi sukar dipahami... cubalah bawa cek.. untuk yang pensin seperti kita-kita ini, sanggup juga kita mengajar bahasa inggeris, matematik atau sains.. anak-anak kampung.. kalau periksa UPSR pasti lulus bahasa Inggeris... betul kan...

1Pendidikan said...

Saya tertarik dengan "posting" Saudara Musli dan komen Saudara mrakunman mengenai isu yang betul-betul saya mempunyai banyak maklumat mengenai. Beberapa tahun yang lalu semasa anak Tun Hussien On menjadi Menteri Pelajaran beliau telah mengarahkan "pegawai kanan kementerian Pelajaran" untuk mendapatkan penjelesan terhadap laporan akhbar tempatan (Sabah) yang menyatakan Kerajaan Negeri Sabah memberi bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah kepada semua murid tahap satu (tahun 1 hingga tahun 3) di semua sekolah rendah di Sabah (mulai tahun 2008 Kerajaan Negeri Sabah memberi dua (2) pasang pakaian seragam dan kasut sekolah kepada setiap murid tahap satu dan tahap dua)dan pegawai kanan yang diarahkan oleh Menteri Pelajaran menghubungi pegawai yang bertanggungjawab bagi pengurusan program bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah bagi negeri Sabah dan terus memutuskan untuk datang ke Sabah bagi mengadakan mesyuarat yang antara agendanya yang diminta oleh pegawai negeri dari Sabah ialah membincangkan penyelerasan bantuan dibawah program yang dipanggil "Program Perkhidmatan Sosial" Negeri Sabah dan program yang hampir sama yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan dilaksanakan oleh agensinya di Sabah iaitu Sektor Pembangunan Kemanusian, Jabatan Pelajaran Sabah (pada masa ini Ketua Sektornya adalah orang KB). Agenda penyelarasan di masukkan sebagai antara perkara yang dibincangkan adalah hasil perbincangan telepon antara pegawai dari Negeri Sabah dan pegawai kanan dari Kementerian Pelajaran Malaysia kerana pegawai dari Sabah berpendapat bahwa adalah lebih kos effektif dan lebih banyak kesan berganda jika bantuan program perkhidmatan sosial yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian dari Negeri Sabah diselaraskan kerana kedua-dua program yang dimaksukan mempunyai objektif sama dan kumpulan yang boleh dikatakan adalah sama. Agenda penyelarsan yang dimesyuaratkan adalah sebahagian dari perkara-perkara bagi melaksanakan konsep 1Malaysia yang muncul menjadi macam "imej" sosio-ekonomi dan politik pada tahun 2009 dan mesyuarat penyelersan bagi melaksanakan pengisian konsep 1Malaysia telah diinisiatifkan oleh pihak "kita" lebih tiga tahun lalu tetapi hasil mesyuarat sehingga hari ini "pihak kita" masih menungguh dan bekerja kearah pengisian konsep 1Malaysia. Harapan kita dengan usaha PM 1Malaysia diharap YAB Dato' Seri Najib menyokong inisiatif "pegawai kita" untuk ingin melihat setiap sen wang kerajaan dan wang rakyat mestilah dibelajakan secara cekap dan berkesan dengan pengutamaan harapan atau ekspektasi rakyat atau kumpulan sasar bagi setiap program sesuai dengan slogan "rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan". YB Ahli Parlimen KB mengetahui urusan bantuan yang saya maksudkan dan "pegawai kita' dari Sabah mengetahui penglibatan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia" itu tetapi MP Kota Belud itu tidak mengetahui bahwa maklumat "the nature" keterlibatannya sedikit sebanyak menyulitkan pelaksaan konsep 1Malaysia lebih tiga tahun lalu. bersambung..........

MSG Sabah said...

posting yang dilakukan oleh 1Pendidikan terpaksa di "potong" kerana sistem blog tidak menerimanya kerana mungkin tidak mampu untuk memuatkannya sekali dan sambungan seterunya hanya akan boleh dilakukan setelah Saudara Musli "meyiarkannya" untuk dipertontonkan.....Insyaallah 6.36am 28 Mei 2009

JomoSamaTuaran said...

mrakunman, takkanlah nak buat tuisyen freepun tak boleh.. untuk jomo diri juga bah.. cukuplah apa yang ada pada kita sekarang, kita sudah boleh berdikari sendiri.. yang kesian tu, anak-anak kecil tu.. apa salahnya kita yang `berkelebihan' sedikit ini mencurah ilmu didada untuk jomo kampung tei... secara gratis pak!!
SABAH BOLEH BAHHH.....

amirfitrihakimi said...

Sdr Musli..khabarnya ada yang tidak kena dalam politik Sabab. Dalam usaha Musa Aman KM kesayangan Sdr sedang mengukuhkan kuasa, ada usaha pula untuk menyingkirkan kumpulan yang menyokong Salleh Said Keruak dan kumpulan yang menyokong Shafie Afdal oleh kumpulan yang taksub kepada Musa Aman.

Sebagai orang Sabah, Musli mungkin mempunyai pengetahuan tentang ini. Dan benarkan Musa Aman akan memastikan dia menjadi KM sampai mati.

musli oli said...

sdra amirfitri, saya akan menulis lebih banyak tentang politik Sabah dimasa akan datang. soal KM Sabah dan soal pergolakan itu perkara biasa dalam politik.

feeza said...

Menjayakan konsep 1Malaysia bukan mudah, memerlukan penglibatan semua pihak, kalau ada yang sabotaj , susahlah sikit. Beri cek, buat sekolah , buat kuil memang tak cukup tetapi sekurang-kurangnya melengkapi.

feeza said...

Konsep 1Malaysia tidak akan tercapai jangankan sempurna tanpa sokongan Blogger seperti saudara. Disamping itu sikap matang dan bertimbang rasa pembangkang juga diperlukan agar tidak terus meracuni fikiran rakyat dengan pelbagai fitnah.

feeza said...

Hello semua, latest info aku baru dapat :www.pisau.net, Kak Min punya hal? Tak kisah, aku tak ngundi di penanti.

SOLYMONE said...

Salam Denakan Musli,
Satelah membaca artikel Denakan, pening juga memikirnya buat seketika.

Justru itu, saya terpaksa membuat rumuskan sendiri agar tidak tersalah sasar. Antara yang saya dapat petikkan (correct me if I’m wrong) ada lah saperti berikut;

i) program menyerahkan cek, atau replica cek kepada kaum-kaum Cina, dan India
ii) Persoalan sama ada kaum Cina semuanya kaya raya
iii) program Briggs membina rumah dan membuka kampong-kampung baru untuk kaum Cina. Matlamat projek inisiatif Harold Briggs ini sebagai mengasingkan kaum-kaum Cina daripada dipengaruhi atau membantu perjuangan Kominis di Tanah Melayu.
iv) mungkin satu masa nanti akan muncul pemimpin UMNO yang merasmikan projek perumahan PPRT untuk kaum Cina atau kaum India yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan
v) Untuk tujuan 1 Malaysia, pemimpin Melayu mengumumkan pengujudan biasiswa khas kepada kaum Cina dan India yang mendapat kelulusan cemerlang
vi) Dato Najib salam dan bertanya khabar di pasar Pilipina. Sedangkan Lebih kurang 10 meter dari pasar UNHCR itu terdapat pasar orang-orang tempatan Bajau yang menjual pisang, buah-buahan dan kuih-muih telah ter’overlooked’. Kira nya mereka ini dapat bersalam dengan Perdana Menteri Malaysia, sampai tujuh keturunan peristiwa itu akan menjadi kenangan manis mereka dan keluarga mereka akan terus setia kepada kerajaan BN.
vii) Lepas itu saperti sudah jatuh di timpa tangga timbul pula ura-ura Dato Mayor Kota Kinabalu, mahu merobohkan bangunan pasar mereka, tetapi mereka rakyat bumiputera tulin yang layak mengundi.

Dalam masa yang sama, saya sempat juga meneliti komen-komen sinis lagi provokatif dari blogger-blogger pelawat. Masing-masing dengan pandangan tersendiri. Terutama sekali komen dari sdra 1Pendidikan. Sangat detail..tahniah.

Rasa nya isu-isu yang Denakan 'Highlighted' kan pasti akan diambil kira, kalau teguran di sampaikan kepada saluran yang betul.

However , isu yang menarik perhatian saya ia lah ura-ura Dato Mayor KK mahu merobohkan bangunan pasar rakyat tempatan dari suku kaum Bajau.

Kalau lah hal roboh-meroboh ini menjadi kenyataan, siapa kah akan membela nasib mereka? (Pastinya bukan Dato mayor).

YB’s (MP dan ADUN) Kota Kinabalu ? mereka ini kan terdiri dari kaum cina kan? Selalu nya, priority kaum mereka didehulukan…1chinese!!

Mungkin kah Menteri Kerajaan Tempatan, Datuk Hajijji boleh bantu ? Beliau kan orang kita. Orang Bajau? Atau beliau terikat dengan procedure undang-undang Bandar Raya?

Atau masa nya telah tiba untuk Pertubuhan Warisan Bajau Sabah (USBO) bertindak turun padang untuk membantu masyarakat nya. Orang kata “ kalau bukan kamu siapa lagi? “. Fikir-fikirkanlah

musli oli said...

sdra solymone, saya cuba mengutarakan sebenarnya pendekatan kita terhadap kaum bukan Melayu/bumiputra harus dikaji semula, bukan setakat beri bantuan bina sekolah dan rumah ibadat sahaja.
tentang bangunan itu saya sendiri pernah berjumpa dengan pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil KK Puan Lipah yg mengatakan Hotel Meridian telah mendapat kelulusan utk membersihkan bangunan depan hotel menjadi kawasan espalande..tujuan pelancongan. bila? saya belum pasti kerana mereka telah memohon ditangguhkan. Harap ada perubahan. kesian juga bila dalam kemajuan bangsa kita dipinggir. di negara-negara maju, gerai-gerai seperti yg ada di KK di kekalkan kerana inilah scenic yg natural dan menarik pelancong. Espalanade di bandar2 mereka lagi lebih cantik. terima kasih atas komen denakan.

azrone said...

Ada orang kita yang mahu bersalam tetapi tidak dapat kerana PM di kelilingi orang besar yang mahu tunjuk muka.