ARTIKEL BARU

JANGAN SAMAKAN KAMBING DENGAN MELAYU!




Petang semalam saya posting dalam facebook kata-kata Tun Razak mengenai orang Melayu. “Jika seekor kambing jatuh ke dalam perigi buta, jangan baling tali sahaja, kerana kambing itu tidak tahu gunakan tali itu untuk naik ke atas. Kita kena turun dan ikat kaki atau badan kambing itu untuk selamatkannya”. Lebih kurang begitulah ayat Tun Razak menggambarkan betapa lemahnya orang Melayu dizamannya.

Zaman saya, pemimpin Melayu yang saya tahu kerap berfalsafah dan membuat kiasan dan bidalan bila bercakap mengenai bangsa Melayu ialah Tan Sri Sanusi Junid. Zaman Tun Razak saya masih kecil dan tidak berkesempatan berjumpa dan mendengar ucapannya secara live. Tetapi saya berkeyakinan pemimpin Melayu terdahulu tidak bercakap berterus terang mengenai sikap dan kelemahan orang Melayu. Mereka banyak menggunakan bahasa-bahasa kiasan dan bidalan.

Malah tokoh ilmuan seperti Prof di Raja Ungku Aziz dalam kuliah dan ucapannya jarang berterus terang bila bercakap mengenai kelemahan dan kekurangan orang Melayu. Ungku Aziz berpendapat untuk memajukan bangsa Melayu kita perlu sabar kerana orang Melayu adalah bangsa yang sukar mengakui kelemahan diri dan terlalu emosi. Jika kita nak didik Melayu, menangkap ikan laut dalam adalah lebih baik, kerana akan dapat ikan besar, orang Melayu tidak percaya. Kecuali kita bawa orang Melayu ke laut dalam dan tangkap ikan besar dan tunjukkan, “Nah! Ini ikan besar!” barulah mereka percaya.

Kecuali Tun Mahathir. Tidak ramai pemimpin Melayu yang berani berterus terang mengenai kelemahan dan kekurangan bangsa Melayu. Tun Mahathir bukan sahaja menyatakan kelemahan Melayu melalui kata-kata dan ucapannya, malah beliau menulis kelemahan-kelemahan itu dalam dalam buku “The Malay Dilemma”. Tetapi menjadi PM selama 22 tahun tidak cukup untuk Tun Mahathir memperbaiki kelemahan bangsanya sendiri. Sebaliknya pada penghujung karier sebagai PM, Tun mengatakan bangsa Melayu “haprak”.

Mandela memimpin bangsa Afrika 27 tahun dari dalam penjara Robben Island. Mandela keluar pada Februari 1990 dan menjadi presiden pertama Afrika Selatan yang dipilih secara demokratik pada 1994. Mandela hanya menjadi presiden selama 5 tahun. Mandela berhenti jawatan presiden pada 1999. Tiada yang desak beliau letak jawatan seperti kita desak Tun Abdullah Badawi letak jawatan. Mandela juga tidak menangis seperti Tun Mahathir menangis. Namun bangsa Afrika Selatan tidak tergugat kedudukan politik mereka di tanah air mereka sendiri seperti bangsa Melayu di Malaysia.

Barangkali hari ini bangsa Melayu sudah lebih bijak daripada ketika dikiaskan seperti kambing jatuh dalam perigi buta. PM Najib tidak lagi seperti ayahnya yang bukan sahaja membaling tali kepada kambing tetapi  kena turun bersama-sama tali untuk ikat kambing. Sekarang baling tali sahaja, sang kambing sudah pandai naik ke atas. Tak perlu tunjuk ajar kerana bangsa Melayu telah bijak dan hebat. Jangan lagi samakan Kambing dengan bangsa Melayu!  Ye ke begitu? Fikir-fikirkanlah!

14 Responses to "JANGAN SAMAKAN KAMBING DENGAN MELAYU!"

adf55650 said...

Kalau macam kambing tak pe jugak. Tapi Melayu dalam PAS dan PKR macam anjing. Kite cube nak selamatkan tapi kite pulak digigitnya.

Unknown said...

ye ke, mungkin saudara adf55650 yang tak tahu iedntity sendiri. Inilah sikap dan sifat utama kenapa Melayu saling bertelagah. semua ingin mengaku hebat dan pejuang tapi sebenar adalah Pengkhianat....! Cakap bukan main tuduh sana tuduh sini tapi hakikatnya diri sendiri tu ......Hati2 bila meludah takut terpercik ke muka sindiri.




Insan Penyayang

roma said...

The malays has a bigger role to play,the Muslim world are hoping for Malaysia to shade some light in the Muslim world nowadays,we are at the lowest level now,we connot depend on the Arabs,they disunite amongst them,we r respected by the east and the west,so why must we kill the goose that lays the golden eggs?UMNO are the goose,our independence and a successful malaysia are the golden eggs.to UMNO leaders and members,go back to basic,go back to amal Islami,our niat and our action must in line with Al-Quran and sunnah.

roma said...

The malays has a bigger role to play,the Muslim world are hoping for Malaysia to shade some light in the Muslim world nowadays,we are at the lowest level now,we connot depend on the Arabs,they disunite amongst them,we r respected by the east and the west,so why must we kill the goose that lays the golden eggs?UMNO are the goose,our independence and a successful malaysia are the golden eggs.to UMNO leaders and members,go back to basic,go back to amal Islami,our niat and our action must in line with Al-Quran and sunnah.

ikan said...

Andai mungkin kambing itu melayu,mungkin juga India adalah ular dan Cina mungkin Babi..

adf55650 said...

I totally agree with you Mr Roma. The Malays are at their best especially under Dr.M's era. The problems arised when the thick-headed, lazy poops PAS see easy monetary gains through politics. Most Malays are still entrapped in their in-borned easygoing lifestyle. They refuse to change. They see changes only lead to complications. The PAS leaders as corrupted as they are, see and exploit them by using Islam as stepping stones.
PAS leaders are Malays too, and still with the same level of intelligence. They are in turn exploited by the Chauvinist DAP.

PAS supressed the folowers minds with selfish 'fatwa' so that they won't grow.

Look at how they live in Kelantan. That's about the best they want and the highest they can achieve. But they are proud. Yes...proud living like rats.

Cikgu Ibrahim said...

Kita mahu Melayu yang bukan sahaja dapat naik jika jatuh perigi, kita mahu melayu yang menjadi pulau jika jatuh ke laut, manakala ke darat menjadi gunung. Tetapi sikap perlu diubah kepada rajin.

Anonymous said...

saudara adf55650...
betul ka pas dan pkr mcm anjing???
UMNO PLAK MCM MANA???

Datu Sulaiman said...

Sdr.Musli...
Saya berpendapat orang Melayu kita terlalu suka berpolitik daripada berniaga, sedangkan aspek perniagaanlah sebenar yang akan menguatkan kedudukan sesuatu bangsa.Apabila kita berniaga maka kita akan menguasai ekonomi, apabilakita menguasai ekonomi maka sekaligus kekuatan politik kita akan bertambah..dengan ekonomi yang kuat, cakap kita akan bernailai..tetapi jika ekonomi kita lemah, siapa yang mahu dengar cakap kita ?

Kurangkan politik...jadi orang yang rasional, berfikiran terbuka,berani mebuat perubahan,kurangkan emosional yang tidak menentu.

Anonymous said...

Salam saudara Musli

Analogi kambing dan bangsa Melayu adalah terlalu 'sinister' bagi saya, bukan kerana saya bankang pandangan saudara, malah bersetuju. Apakah saudara Musli sudah terlalu dengkel dengan bangsa melayu sehingga sanggup menurunkan darjat bangsa setaraf dengan kambing ??

Kalau begitu persepsi saudara, saya cabar saudara untuk merubah anak2 muda di KB agar tidak seperti kambing...tanding bang, jangan tak tanding

Anonymous said...

good job Datu Sulaiman!
as usual, you always come up with one of the many solutions. you summed it up very well. who can argue with that abridgment?
Aziz AO

ONE NATION ONE LOVE said...

Salam Sdr Musli,
Sekali lagi perihal Melayu secara sinikal ditulis oleh Sdr.Seperti komen saya terdahulu dalam posting sdr "mahalnya otak orang melayu",saya tak pasti tujuan posting sdr ni.Dalam tiap penulisan mesti ada mesej yg nak disampaikan,melainkan bagi tujuan santai dan lawak.Kalau tujuan lawak,saya memang suka kepada lawak,dan boleh ketawa berguling-guling kalau motifnya lawak.Tapi kalau bertujuan menyindir,saya tegaskan saya tak boleh terima maruah bangsa saya diinjakkan sedemikian rupa.Saya mohon pendirian sdr dalam hal ni,melainkan sdr sememangnya seorang yang dah terlalu berjaya dan memandang rendah terhadap melayu lain yang masih merangkak di negara ini.Salam.

Unknown said...

One Nation One Love,

Yang mengkiaskan Melayu seperti kambing yg jatuh dalam perigi bukan saya tetapi Allahyarham Tun Razak. Makanya tun razak menggunnakan perkara 153 perlembagaan utk membuat dasar-dasar ekonomi yg mempermudahkan org Melayu.

Bangsa Melayu adalah bangsa Nusantara bukan milik sekumpulan manusia dari Semenanjung sahaja. Pulau Borneo juga termasuk gugusan pulau2 Melayu dan mewarisi norma dan budaya yg hampir sama dan beragama Islam.

Soal merendahkan maruah Melayu tidak timbul bila kita bercakap perkara benar. Memang betullah kata Prof Ungku Aziz, bangsa Melayu sukar mengakui kekuarangan dan kelemahan mereka.

salam MO

Anonymous said...

Sebenarnya apa yg dimaksudkan oleh Tun Razak tu ialah melayu UMNO.Melayu lain ok jer. Yalah melayu UMNO nak buat apa pun nak bantuan. Mesyuarat Cawangan pun kena ada peruntukan. Mungkin ada org kata melayu zaman tun mcm tu. Tapi melayu zaman anaknya TUN pun sama gak malah lebih teruk lagi. Sampai nak buat majlis kenduri kwin anak pun jumpa ketua UMNO bahagian minta sumbangan. Jadi tak payah lah nak samakan melayu bukan UMNO ni anjing atau apa saja. Saya pun bukan ahli UMNO dan tak pernah pun minta peruntukan apa. Boleh gak hidup mcm orang lain. Takat ni lom lagi isi borang pejabat kebajikan.