ARTIKEL BARU

MAHALNYA OTAK ORANG MELAYU...





Satu ketika dulu, otak-otak manusia dipamer dan dilelong di London. Otak yang pertama di lelong berwarna agak gelap. Ditandakan  reserve price 1,000 pound. Kedengaran dua orang sedang berbisik. "Otak siapa ini?" Tanya yang pertama, "Otak orang India" jawab yang kedua. "Kenapa harga seribu pound sahaja, bukankah orang India bijak?" Memang orang India bijak tetapi otak orang lain lagi bijak, bisik kawannya. Otak orang India selalu diguna oleh peguam sahaja.

Kedua-dua sahabat itu beralih ke otak yang kedua. Otak kedua berwarna agak putih. Harga reserve 10,000 pound. "Yang ini otak siapa pula?" tanya yang pertama.  "Otak orang Cina".  Harga lebih  mahal dari otak India kerana sering diguna untuk berniaga dan mencari kekayaan. Kadang-kadang digunakan untuk putar belit berniaga. "Ooooh..." jawab kawannya.

Sampai ke tempat otak ketiga, kedua-dua sahabat itu tertarik kerana otak berwarna putih berkilat. Harga reserve 100,000 pound. "Mahal otak ni. Siapa punya?" Tanya yang pertama. "Yang ini otak orang putih, Mesti mahal. Otak ini digunakan untuk mencipta barang baru dan menjelajah negara baru. Kadang-kadang digunakan untuk menjajah negara lain". Jelas sahabatnya.

Kedua sahabat sampai ke Otak terakhir dalam pameran. Otak  keempat ini berwarna-warni dan berkilau-kilauan. Harga reserve 2 juta pound. "Wow mahalnya" jerit sahabat yang pertama. "ssst...jangan bising nanti terkejut otak tu. Cakap pelan-pelan"  Arahan sahabat kedua. Dengan berbisik yang pertama bertanya "Otak siapa ini?" Sahabat jawab " Ini otak orang Melayu." "Haaa...Otak Melayu? Kenapa mahal dari otak orang lain?" Tanya sahabat tu dengan mulut ternganga. "Otak Melayu mahal kerana belum pernah diguna. Sekarang ni pun otak tu  masih tidur…" Jelas kawannya seperti berbisik....

"Oooo....macam tu pulak..."  Fikir-fikirkanlah..



13 Responses to "MAHALNYA OTAK ORANG MELAYU..."

roserasidi said...

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

roserasidi said...

bestnya otak melayu.... boley kaya tokey

Mohd Amini said...

Oh begitu, baru saya tahu otak orang Melayu paling mahal harganya.Tapi apa pula kategori otak Peribumi di sabah misalnya suku kaum Baju,Dusun,Irranun,Murut dan lain-lain itu?

Unknown said...

Itu cerita lama, sekarang otak melayu sudah digunakan untuk menindas melayu dan membela kaum lain.

Saya rujuk semula tulisan saudara tentang brickfield dan petaling street yang diagung-agungkan pm kita sedang kampung baru terbiar...

Orang kampung labuan, wakap, sembirai dan jawi-jawi merana siapa peduli?

abd naddin said...

tulisan yang sangat menarik.perlu direnung secara mendalam

Anonymous said...

Berbisanya....

Anonymous said...

Mahalnya disebabkan jarang digunakan. Otak ini hanya dihidangakan dengan komisen-komisen dan subsidi-subsidi. Bangsa subsidi inilah yang jarang sangat berfikir dan hanya mengiyakan sahaja. Yes bos, ok bos.

Bawal said...

lagi sekali org melayu memandang hina org2 Melayu sendiri..

Dirinya sendiri jadi hebat dan cemerlang kerana diberi peluang dan gunakan peluang trsebut..

Sepatutnya dia yg trpilih dan diberi peluang..membantu yg lain atau yg trsisih.
__
Org India bijak..pergilah jalan2 kat negeri India. Dan kemudian pergilah jalan2 dinegeri sendiri, Malaysia. Biasanya negeri org yg bijak2 ni..aman sentosa lagi sejahtera.
__
Kita kutuk melayu..seolah2 diri kita bukan melayu. Tak kesian ke kat diri sendiri menghina diri sendiri? Langsung tiada harga diri, seolah2 tiada langsung kemuliaan dan kehormatan..

Bawal said...

melayu subsidi?..wahai penghina melayu..

Setiap rakyat M'sia menikmati subsidi..subsidi minyak, subsidi gula, subsidi minyak masak dll..

Dan setiap RM1 subsidi khusus utk Bumiputera, hanya 10 sen je yg sampai..90 sen sampai pada seluruh rakyat M'sia.
__
sepatutnya Melayu tak perlu prtikai keistimewaan subsidi atas melayu malah cuba pertahankannya..kenapa perlu gadaikan keistimewaan? Bijak atau trlebih pandai ni?

Sama gak ngan perlembagaan..dah elok2 ada ketetapan keistimewaan Melayu dari segi bangsa, bahasa, dan agama..ada jugak melayu yg bijak2 cuba gadaikannya..

Sebenarnya melayu ni trkena penyakit inferior complexity..

Tapi biasa ler melayu..sifat mulianya suka memberi..apa2 saja harta bendanya, maruahnya,subsidinya, keistimewaannya suka benor nak digadaikan..semata2 dapat utk dapat kepujian, wah!! bagusler melayu ni..open minded, liberal, dsb.

Apa yg kita pernah tuntut ngan cina, india dll..dan berapa banyak dah mereka tuntut dari kita, padahal kerakyatan tu mulanya hanyalah ihsan je..
__
Apa yg ada peliharalah..sekali ianya terlepas dari tangan, bukan mudah utk dapatkannya kembali.

Anonymous said...

Salam Tuan Musli!

AWESOME!!!

Hebat...hebat...hebat!!!

All malays must read this article. Provoking!

It encourages us to think beyond the words and beyond racial lines. Outside normal way of thinking.

If you take face value, for sure, you will be angry. It sounds racist and inflaming. You must apply the concept of 'HIJRAH'. Not in terms of physical Hijrah but Mental Hijrah, instead. Look at the positives. THE TRUTH HURTS SOMETIMES.

I do not see this article as down-grading or belittling any particular race, but a motivation and a challenge to dare us to look into ourselves and change our mindset.

I agree with abd naddin. Think beyond the obvious.

Subsidy is a good thing. But abuse of subsidy is a very, very bad thing. Public subsidy is almost similar to a Welfare System. People will forever be dependent on that subsidy unless a new way or system comes about.

Lets think positive. Lets talk about the real issue here.

Salam Hijrah to you all.

Aziz AO

Anonymous said...

Salam Saudara Musli.

Ku tujukan untuk Saudara Bawal

1. Tidak ada sebarang bentuk penghinaan pun terhadap bangsa melayu. Realitinya saudara sendiri pun mengakui subsidi tersebut. So, its true bangsa subsidi.
2. Siapa pula pihak yang cuba mengadaikan perlembagaan keistimewaan anda itu. Perlembagaan tetap perlembagaan.
3.Untuk pengetahuan saudara Bawal. hamba bukan melayu tetapi Bumiputera Sabah. Bumputera yang bermaksud kaum peribumi di tempat sendiri.
4. Mungkin saudara Bawal tidak akan terfikir jika seorang Cina Islam dan India muslim berhak mendapat layanan istimewa seperti orang melayu yang beragama islam. Adakah hak tersebut hanya untuk bangsa Melayu sahaja. Jangan kita melebihi saudara sebangsa daripada saudara seagama dengan kita. perjuangan bangsa sebenarnya bukan dalam tuntutan agama.. fikir-fikirkanlah.

Bulanmengembang

ONE NATION ONE LOVE said...

Salam,
Saudara Musli,apa sebenarnya tujuan cerita ni.Lawak jenaka,atau nak mengatakan bahwa org melayu ni malas bla..bla..Jangan kata "kita kena ambil perkara ni sebagai positif,kalau kita ambil sebagai negatif,maka negatif la jadinya".Ni kata-kata yang nak memperbodohkan saja.Straight to the point,kalau saudara nak suruh kita semua berfikir,saya fikir ni lawak bodoh.Saya tahu saudara mempunyai pemikiran yang bijak,saya cuma harap saudara dapat jelaskan tujuan saudara keluarkan cerita ni.Saya memang takkan membenarkan sesiapa pun memperbodohkan bangsa saya sebegini rupa.Dan saya harap saudara bersifat jujur dalam hal ni.

Anonymous said...

Macam vision juga cerita otak ni, yeee..?.

Vision Tan Sri Sanusi Jonid tentang cerita otang ni lain sikit.

Masa tu PM kita Tun Hussain On.

Ceritanya, tiga otak yang Musli cerita tu dah betul. Otak yang keempat itu, otak Melayu juga, mahal harganya, berjota-jota ringgit.

"OTAK ITU IALAH OTAK DR MAHATHIR" kata Tan Sri Sanusi.