ARTIKEL BARU

MUSIM BANGUNAN RUNTUH - SELEPAS STADIUM, KEDAI RUNCIT AKU PULA RUNTUH!



Tun Mahathir tidak pernah menjadi wartawan atau journalist tetapi pernah menjadi kolumnis dalam NST ruangan Che Det. Seorang tokoh yang sentiasa peka terhadap perubahan sekeliling dan blog Chedetnya dilayari jutaan pembaca.

Betullah kata kawan, menjadi seorang blogger sama seperti kerjaya seorang peniaga kedai runcit. Hari-hari mesti buka kedai. Sehari kedai tutup, pelanggan akan serik untuk datang lagi. Apa lagi kalau kedai tutup lebih dari sehari. Pelanggan tentu beralih ke Kedai runcit lain. Kata kawan itu lagi, untuk lebih menarik minat ramai pelanggan, cuba jual barang baru atau pelbagaikan produk setiap hari.

Setelah sebulan menjadi blogger, saya terpaksa mengakui kebenaran kata-kata kawan saya itu. Kadang-kadang pening juga mencari bahan untuk dipaparkan dalam blog. Walaupun telah menulis 8 buah buku politik, tapi dunia blog ini satu dunia baru kepada saya kerana hari-hari mesti menulis. Ada isu dan mencari isu, dua perkara yang amat berbeza. Jika ada isu, mudah kita mengulas dan memberi pandangan terhadap isu berkenaan. Tetapi kalau tiada isu, tugas menulis tambah sukar untuk mencari isu yang menarik minat pembaca.

Penulis dan blogger yang berpengalaman ada stail dan gaya penulisan yang menarik. Ada kalanya mereka tulis satu atau dua para sahaja, cukup memuaskan dan mesejnya sampai kepada pembaca. Seperti seorang pelukis, penulis ada trade-mark masing-masing. Mereka mempunyai stail tersendiri. Kalau pelukis gaya memberus dan menconteng lukisan di kanvas. Penulis pula melalui gaya bahasa dan susunan ayatnya. Sebab itu penulis terkenal, guna nama samaran pun pembaca dapat tahu siapa mereka sebenarnya.

Penulis dan blogger yang baik biasanya berlatarbelakangkan kerjaya seorang wartawan atau journalist. Golongan ini mempunyai kelebihan kerana menulis sudah menjadi roti dan mentega (bread and butter) mereka. Berbanding dengan dengan penulis dan blogger yang tiba-tiba sahaja ingin menulis kerana dia merasakan dirinya serba tahu. Pantang ada isu dia akan tulis. Pantang nampak tulisan orang, dia akan balun dan bantai.

Pencerita yang baik juga tidak semestinya akan menjadi seorang penulis yang baik. Pencerita yang baik barangkali kerana tone suara yang baik, gaya bahasa yang menarik, diselang seli dengan kisah lucu sehingga seronok ditelinga pendengar (teringat cerita abang Matnor di The Mall tentang nasib orang Melayu seperti nasib beruk di negeri Selangor). Tetapi bila cuba menulis, siapkan sebaris ayatpun akan terkial-kial. Seumpama si bisu bermimpi bercumbu dengan gadis cantik dan cuba ceritakan mimpinya. Kita sepatah tak faham, si bisu syok sendiri, air liur meleleh sampai ke dagu.

Setakat itu sahaja paparan hari in sebab saya dah tak ada isu dan tak ada idea nak tulis apa-apa. Jangan sampai saya pulak jadi seperti si bisu yang bermimpi jadi calon BN di Manik Urai. Daripada kedai runcit tutup dan diruntuhkan esok, baiklah saya buka kedai hari ini. Selamat membeli.

8 Responses to "MUSIM BANGUNAN RUNTUH - SELEPAS STADIUM, KEDAI RUNCIT AKU PULA RUNTUH!"

Senjaliza said...

Adik Musli...Akakpun buka kedai kampung. Tak payah bayar parking, tak payah berbadan besar mcm "Giant". Tapi pelanggan ako pedestrian. Yg bekerita suka bayar parking. Silap..silap...suka tunjuk kerita milik bank masuk garage shopping center. Maklumlah org besar "giant". Kata nak boikot barang buatan Zionist tau-tau beli pula barang komunist. Jadi kedai ako org2 PTI lah yang masuk. Kelmarin, Ibu manohara beli ketupat "made in Kelantan" kat kedai ako..dia tu pun PTI-Pengaut Tunai Istana.

feeza said...

Apakata saudara tulis tentang sikap kakitangan kerajaan atau kontraktor yang buat kerja sambil lewa. Mungkin orang atasan mereka rasuah tetapi bukan sekadar satu jabatan yang mengeluarkan kelulusan terhadap sesuatu bangunaan binaan itu. Contohnya stadium Sultan Mizan di Gong Badak. Ramai pihak yang terlibat. Dari peringkat bawahan hingga ke atasan (profesional).
Atau gempa bumi yang berlaku? hehehe.....

Seliu Liu said...

Dari runtuhan kita bina bangunan baru... seperti dari runtuhan kota melaka kita dirikan putrajaya

Seliu Liu said...

Dari runtuhan patut bina yang lebih baik umpama dari runtuhan kota melaka kerajaan bina putrajaya... bana ka

SUARA RAKYAT said...

perkahwinan Akil dengan istri pertamanya akan runtuh, dibangun semula dengan waheeda. biasalah jika ada yang runtuh,pasti membangun semula. Di gaza beribu bangunan runtuh, sebagai penganti beribu juga bangunan tumbuh. Bagi kontraktor semakin banyak bangunan runtuh merupakan peluang terbaik mendapat projek baru. Tepi ada juga yang runtuh susah naik semula, apabila usia mendekati pengakhirnya

md.ishak said...

Jamban belakang rumah saya jg sekejap lg nak runtuh..

jeanbara said...

Pak,

Saya sebetulnya pernah 'menyesal' kerana gatal-gatal berblog. Kerja suka-suka, bertukar menjadi 'penyakit' yang memakan diri. Macam nak gila sebab hari-hari terpaksa buka kedai, masukkan barang baru. Kerja sendiri pun banyak tergendala, sementelah kita ini jenisnya yang kalau 'ada kerja baru ada gaji'.

Pernah suatu saya tak jenguk langsung blog sendiri untuk tiga bulan. Mengharap dia mati sendiri - alangkah tak bertanggungjawabnya saya. Tetapi apabila dibuka, ia masih hidup, walaupun nyawa-nyawa ikan. Kesannya, timbul rasa bersalah pada sahabat-sahabat yang sedia mengunjung. Kesannya lagi, blog itu saya hidupkan semula sampai hari ini walaupun kadang-kadang saya sendiri rasa macam nak mati.

Saya tak tahu apa yang menarik saya untuk kembali berblog. Rasa cinta terhadap blog atau sebenarnya rasa kasih sayang pada dunia penulisan yang sudah terlalu sebati dengan jiwa saya.

Bapa bagi saya, pekedai baru yang berjaya. Kedainya cantik, barangnya elok. Kekalkan. Kalau perlu tambah 'bidadari' untuk menjaganya. He3x.

1SEMPORNA said...

Projek kerajaan yang menghadapi krisis seperti yang berlaku ke atas bangunan Stadium Negeri Terengganu adalah refleksi bahwa skop dan spesifikasi kerja yang ditetapkan ke atas bangunan berkenaan tidak diikuti atau dipatuhi kerana banyak sebab. Sebab-sebab yang kita sedia maklum akan mengundang kepada pelbagai persepsi yang boleh melakarkan corek imej kepada pihak kerajaan. Baik atau buruk corak imej yang terlakar akibat daripada episod ini tertakluk kepada sejauhmana pihak kerajaan berupaya mengurus persepsi umum implikasi daripada trajedi ini. SECARA kesimpulannya, trajedi ini boleh meletakkan imej kerajaan dalam keadaan disadvanteges dan kemungkinan besar akan dijadikan sebagai testimony oleh pihak pembangkang atau penganalisis bebas untuk menambah nilai lagi dapatan atau tuduhan bahwa pihak tertentu yang ada kaiatan dengan kerajaan adalah menghadapi masalah integrity - rasuah yang kronik dan perlu ditukar. Sejauh mana kaitannya dengan maksud kenyataan PM sebelum ini iaitu berkaitan dengan messej "Berubah atau Rebah" sama-samalah kita fikirkan !