ARTIKEL BARU

APAKAH BN TERKENA SUMPAH NAIB PRESIDEN ?







Foto: Anwar Ibrahim-"Siapa lagi Naib Presiden dan bekas Naib Presiden nak keluar BN?....Dipersilakan masuk…!






Setakat ini dua orang bekas Naib Presiden, Datuk Chua Jui Meng (MCA) dan Datuk S.S Subramanian (MIC) telah keluar parti masing-masing dan menyertai PKR. Manakala seorang lagi Naib Presiden, Huan Gheng Guan yang digantung 3 tahun CWC parti GERAKAN telah menyatakan hasrat meninggalkan parti itu.
Huan adalah tokoh popular GERAKAN tetapi secara terbuka mengkritik kepimpinan Presiden Tan Sri Koh Tsu Khoon bagaimanapun tidak menyatakan parti politik yang akan disertainya.

UMNO kehilangan bekas menteri dan bekas Ketua UMNO Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai PKR baru-baru ini.

Di Sabah, parti SAPP yang diketuai Datuk Yong Teck Lee (taraf Naib Presiden BN) juga telah keluar dari BN pada bulan June tahun lalu. Dua ahli parlimen SAPP, Chua Boon Hui dan Datuk Eric Mojimbun kini adalah MP Bebas dalam Dewan Rakyat.

Musibah yang melanda BN ini kelihatan belum berakhir kerana krisis dalaman MCA belum ada tanda-tanda akan berakhir selagi Timbalan Presidennya tidak meninggalkan parti MCA. Datuk Chua Soi Lek adalah seorang tokoh politik yang popular dikalangan grass roots pengundi Cina. Dalam pemilihan MCA tahun lalu dia telah terpilih sebagai Timbalan Presiden walaupun moralnya dipersoalkan kerana isu video lucah.

Presiden MCA pula terus mengeluarkan kenyataan yang bersifat terlalu sinis terhadap timbalannya. Dendam Dato Ong Tee Keat terhadap Chua jelas kelihatan bila baru-baru ini Jawatan Kuasa Displin MCA terus menyiasat dan telah meminta Chua menjelaskan isu video lucah, sungguhpun beliau telah memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia.

Parti MIC juga dijangka akan kehilangan beberapa tokoh setelah presidennya Datuk Sammy Vellu secara terbuka memberi sokongan kepada Dato G. Palanieval sebagai Timbalan Presiden. Ini tentu sekali kurang disenangi penyokong-penyokong Dato S.Subaramaniam dan Sotinatahan yang juga bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Sudah timbul "teori konspirasi" tujuan Sammy Vellu membiarkan orang kesayangannya, Sothianathan bertanding ialah untuk memecahkan undi Subra (Subra dan Sothi dari puak Gounder). Subramaniam diketahui adalah seorang tokoh politik India yang popular. Namun ini bukanlah perkiraan pemimpin yang "gila kuasa" seperti Sammy Vellu.

Umum melihat permasalahan yang melanda parti-parti BN adalah berpunca daripada sikap kepimpinan parti-parti politik dalam BN yang telah “hilang keyakinan” terhadap kemampuan diri dan partinya berikutan kekalahan teruk parti-parti itu dalam PRU12 Mac lalu.

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin agar parti-parti komponen BN jangan "jemur cadar kotor diluar rumah" memang dialu-alukan. Malangnya UMNO sendiri sebagai sebuah parti teras juga menunjukkan contoh dan teladan yang buruk kepada anggota BN. Bukan cadar kotor saja dijemur, malah tilam ada air mani pun di letak depan rumah,

Ada pemimpin UMNO yang popular dan menang MKT digugurkan. Ada pemimpin UMNO yang berpengaruh diperlekehkan pandangan dan pendapatnya. Ada yang menang MKT dikatakan akan digugur jawatan dalam GLC dan diganti pemimpin yang kalah dalam MKT semata-mata kerana penggantinya mempunyai hubungan rapat dengan pucuk pimpinan. Parti UMNO juga sebenarnya berhadapan dengan krisis “keyakinan diri” seperti rakan-rakan dalam BN.

Walau ada pendapat mengatakan pemimpin yang keluar dari BN adalah golongan yang kecewa tidak mendapat tempat dalam politik. Namun jangan dinafikan mereka ini ada pengaruh setidak-tidaknya keluarga mereka akan turut menyertai perjuangan mereka.
Barangkali kita boleh katakan Zaid, Chua Jui Meng dan S.S Subramaniam sebagai orang kecewa. Bagaimana pula dengan Huan dan lain-lain pemimpin yang masih muda dan berpengaruh?
Rakyat sentiasa memerhati pergolakan yang berlaku dalam BN terutama UMNO. Setiap kenyataan pemimpin, setiap aktiviti atau program akan mendapat pelbagai reaksi dari rakyat. Pemimpin UMNO mesti tunjukkan kredibiliti dan kekuatan. Jangan terus melompat bila Tok Guru sebut ayat "kerjasama". Nampak sangat pemimpin UMNO desperado mahukan sokongan PAS. Lupakan dulu isu kerajaan perpaduan buat seketika.
Pemimpin UMNO adalah pemimpin negara dan buktikan kepada orang Melayu/bumiputra, bahawa UMNO dengan sendirinya boleh memerintah negara tanpa sokongan parti-parti lain apa lagi parti pembangkang seperti PAS. Renung-renungkanlah...

6 Responses to "APAKAH BN TERKENA SUMPAH NAIB PRESIDEN ?"

Senjaliza said...

Kalo "Sekali ketuk" saja BN tak mati . Tak juga kena sumpahan. Yang terkena sumpahan adalah mereka yang sudah kehilangan pengaruh dan sokongan ataupun sudah kehilangan "daya kepimpinan tetapi masih juga "berperap" dalam BN. Bukankah lebih baik yang berkarat dan berperap ini memberi ruang kepada pemimpi pelapis yang baru untuk memimpin. Yang lari itupun "suspect" takkan akan dapat layanan istemewa dari "perahu baru" mereka. Kalau yang lari itu lebih disanjung sebagai "negarawan" lebih baik semua orang lari untuk jadi Negarawan". Rasanya mereka yang lari itu adalah atas dorongan rasa kecewa kerana tak dapat "candy". Lihatlah Zaid Ibrahim yang pernah menyuarakan supaya Tan Sri Muyihiddin Yassin dipecat dari UMNO. Mana Zaid?Kecewa kan! Jadi wajarkah Pakatan Rakyat berbangga dengan mereka yang kecewa ini? Benarkan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain sedia dan sanggup dipinggirkan demi memberi ruang kepada bekas musuh mereka ini? atau mereka akan melakukan "durjana" sekali dalam PR kerana itu memang "original sin" mereka?

Unknown said...

salam SL,

berikutan komen SL kenalah dua kali ketuk dan sedikit tambahan dalam paparan saya.

terima kasih

SUARA RAKYAT said...

Salam.. yang keluar itu pun ada masalahnya sendiri. Adakah masalah sendiri ada kaitan dengan organisasi yg mereka pernah nikmati buahnya. Biasalah.. apabila bermasalah, maka organisasi tak guna lagi, lain dengan kacang lupakan kulit, lain dengan habis manis sepah dibuang. Akan kuat kah rumah tumpangan baru itu, kerana ikut didiami orang yang kononnya beralih arah ini?

jeanbara said...

Pak,
Barangkali, dalam zaman di mana orang tinggal dalam bangunan berdinding kaca ini, cadar yang kotor itu sudah tidak patut disorok-sorok. Keluarkan saja, jemur -lagi terdedah tempatnya, lagi baik. Kemudian putuskan sama ada cadar itu mahu terus dipakai, dibuang atau dijadikan kain buruk.

BN sebenarnya sedang mengalami proses 'pemutihan'. Kesan PRU ke-12 menyebabkan segala sampah dan habuk, segala hati yang kaudu dan busuk tidak boleh disembunyikan lagi.

Biarkanlah mereka lari. Biarkan yang tinggal dalam UMNO dan BN cuma segelintir. Tiga empat butir intan lebih baik daripada selori batu, pak.

UMNO/BN mampu pulih dan bangkit (pernahkah ia rebah?)kalau di dalamnya tinggal orang-orang yang 'tulen' walaupun cuma sedikit.

rojokobog said...

Salam,
kena sumpahan masih boleh diubati, jgn kena Busung boleh bawa maut.

Anonymous said...

SEMUA ORANG TELAH JEMUR CADAR KOTOR KECUALI ANUAR ALJUBURI SAJA YANG BELUM JEMUR CADARNYA