APABILA Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata isu pembangunan bukan lagi isu yang "laku" saya teringat cerita salesman syarikat Triumph. Penjual baju dalam wanita atau bra yang terkenal di Eropah. Awal tahun 50an, syarikat itu menghantar salesman ke Afrika memperkenal produk baru bra keluaran Triumph.
Sebaik sahaja kapalnya sampai ke pelabuhan, salesman itu tergesa-gesa menghantar teleks ke ibu pejabat di London, "hantar saya balik, saya akan buang masa di sini kerana wanita Afrika tidak memakai bra". begitulah bunyi teleks salesman itu.
Selepas beberapa bulan seorang pengurus baru mengambil alih marketting division syarikat Triumph. Syarikat sekali lagi menghantar seorang Salesman. Kali ini seorang yang lebih muda, lebih bersemangat dan baru berkerja. Sebaik sahaja sampai ke pelabuhan, salesman itu terus hantar teleks "Hantar 2 kontainer bra, saya akan memperkenalkan baju kutang kepada wanita Afrika".
Satu situsasi yang sama tetapi salesman yang pertama melihatnya sebagai masalah. Manakala salesman kedua melihatnya sebagai satu peluang.
Menurut Datuk Seri Dr Zahid, isu pembangunan yang lumrahnya dijadikan isu semasa kempen pilihan raya tidak lagi mendapat sambutan. Istilah yang beliau gunakan “can no longer sell well”.
“Pengundi hari ini menurut Dr Zahid, bertanggapan bahawa menyediakan kemudahan dan pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan, oleh itu mereka tidak seharusnya terhutang budi kepada kerajaan”.
Oleh itu katanya, pendekatan terbaik ialah pemimpin UMNO mesti kerap bertemu dengan rakyat biasa, mendengar masalah mereka dan berusaha mencari jalan penyelesaian. Beliau berkata demikian dalam ucapannya merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO bahagian Sungai Besar.
“pemimpin boleh membantu mereka mendapatkan bantuan kerajaan untuk pertanian mereka atau perniagaan kecil mereka, serta membantu golongan yang miskin mendapatkan biasiswa untuk anak-anak mereka.”
Apa yang dikatakan Dr Zahid itu memang benar kerana hari ini rakyat semakin bijak terutama pengundi muda. Apabila mereka mendapat biasiswa, mereka akan kata itu adalah hak mereka sebagai rakyat yang layak dan sebagai rakyat yang membayar cukai. Wang biasiswa bukan wang UMNO atau BN.
Demikian halnya dengan perbelanjaan pembangunan yang merupakan perbelanjaan kerajaan yang memerintah. Malah ada yang kurang senang dengan signboard “Projek Barisan Nasional” disetiap projek-projek kerajaan yang sedang dilaksanakan. Golongan muda dan pengundi baru mengatakan ayat sesuai sepatutnya “projek kerajaan Malaysia”. Ini kerana perbelanjaan membuat projek bukan wang Barisan Nasional tetapi wang kerajaan Malaysia.
Memang benar. Jika kerajaan yang memerintah itu bukan parti UMNO dan BN, kerajaan juga akan melaksanakan tanggungjawab membangunkan negara dan rakyatnya. Hanya barangkali keutamaan pembangunan itu akan berbeza. Pada kebiasaannya, mengikut keperluan rakyat yang mendokong perjuangan parti yang memerintah.
Dalam hal ini kelihatan pemimpin UMNO kurang bijak menjual isu pembangunan itu. Ramai yang memberi gambaran seolah-olah jika UMNO dan BN tidak memerintah, maka pembangunan tidak akan dilaksanakan. Sepatutnya mereka menjelaskan jika parti memerintah itu tidak bertunjangkan kekuatan politik Melayu, pembangunan kerajaan mungkin tidak akan memberi keutamaan kepada bangsa melayu dan bumiputra.
Dasar Buku Merah dan pembukaan tanah-tanah baru melalu skim FELDA dan sebagainya adalah bukti kepimpinan UMNO memberi keutamaan kepada orang Melayu dan bumiputra.
Itu cerita dulu. Sekarang apakah dasar kerajaan yang membantu bangsa Melayu dan bumiputra? Di sinilah perlunya kebijakan si penjual atau salesman menjelaskan dasar-dasar dan falsafah UMNO yang diterapkan menjadi dasar kerajaan. Makanya pembangunan masih merupakan isu yang relevan, hanya penjelasan dari sudut yang senang dan mudah difahami rakyat.
Oleh itu saya mencadangkan pemimpin UMNO yang bertaraf Phd seperti Dr Zahid perlu lebih banyak mengadakan kursus kepada kepimpinan UMNO disemua peringkat. Pendekatan yang baru memang baik tetapi isu pembangunan masih advantaj kepada UMNO dan BN.. Fikir-fikirkanlah...

10 Responses to "UMNO UBAH TAKTIK?.... .PRODUK MASIH LAKU TAPI SALESMAN TIDAK BIJAK!."
jadi apa cita umno ni en musli? umno or 'awam no'? why masa ada pemilihan di pust ramai orang tanding mau jadi wakil 7 ? time sekarang tiada pemilihan untuk AGM pusat sikit jak tanding? tentu sekali uncle musli paham persepsi orang luar dari umno. terutamanya pengundi muda.. so, why not young people tolak umno. fikir-fikirla uncle
salam kilu,
kan uncle Musli masih bertanding Wakil 7?
saya akan terus bertanding samada ada pemilihan atau tidak...inilah slogan dulu, kini dan selamanya.
Ha ha ha ! Bra tak laku ngan wanita julu di Afrika yang masih bujang. Malah ada special ceremony yang menentukan mereka yang tak pakai bra stay and still virgin!. Ingat Prince Charles dan Willian kena sambut dengan tarian "topless" semasa lawatan mereka di Afrika?.
Gelagat pengguna politik kini sudah berubah. Kerajaan menegakkan kebenarannya, pembangkang pula mau merobohnya. Asas kebenaran perlu ditegakkan walaupun ingin dirobohkan kerana akhirnya kebenaran juga yang akan menang. Ingat cerita "katak bisu yang berjaya memanjat tiang hingga ke puncaknya". Jika kita terlalu asyik mendengar melayan apa yang orang kata, kita lupa gagasan kebenaran kita seperti terlalu asyik memungut serpihan bebatuan akhirnya kita alpa memungut intan permata. Selamat bertanding adik Musli. Bertandinglah dengan niat menegakkan hak dan kebenaran.
di selangor saya & rakan2 dah mula menyampah lihat kelembapan ekonomi, kurang maintainance keindahan / kebersihan, terbaru rupa2nya Dap atur projek masuk tabung parti, pkr & azmin pun buat macam umno bagi projek kat syarikat, syarikat myumbang semula kpd rakyat & parti. tapi dap cuba kontrol macam2 bila dah pegang portfolio penting tanah, perumahan & pbt.
di p pinang, guan eng nampak ikhlas dan cuba sosialisme dap dengan sama rata & sama rasa... tapi sama juga, semua tu on d surface je. itulah gambaran awal kalau dia & dap jadi PM.
kedah, lagi lembap. tapi mb ni cuba sebaik mungkin jaga hati rakyat & kakitangan awam je, dia elak orang sakit hati agaknya senang nak pujuk & pikat hati. ada good feeling. tapi takut makin lama makin lembap negeri ini.
di pahang, bukan lagi darul makmur sebab balak dah habis. tapi ada priority bidang2 yang difikirkan priority. kuantan tu melimpah2 & smakin besar, boleh tumpang cari makan macam2 cara, kat bentong & janda baik pun. cuma sayang kalau tempat yang boleh dipelihara terpaksa membangun jadi 'togel' tak hijau.
kelantan ada lagi balak2 muda boleh djual. tapi macam tak sampai je hasilnya kpd keluarga saya. kampung tetap macam dulu, kb pun masih kotor, china town dah tumbuh & mbesar d jalan kebun sultan. projek2 besar semua bukan melayu kat belakang. kat kampung, tanah kita bagi YIK uruskan, tapi YIK pajak 90thn kat 'org luar puak', dia org macam tuan tanah sebab pajakan 90thn.
johor ni kalau dapat suntikan salesmen muda macam kisah triump tu bagus. melaka makin rancak, saya rasa ketinggalan sebab tak dapat sama2 berniaga & rebut peluang melabur kat situ.
sabah & sarawak banyak potensi maju. ada byk peluang bina empayar keluarga & niaga kat sana & mampu btahan lebih lama. maksud saya kalau banding dgn smenanjung pulak kita kena bsaing kuat utk kekal perniagaan.
ksimpulan saya, kita perlu resources / sumber manusia yang bagus, baik dr peringkat pucuk pimpinan sampai menteri / exco sampai kpd kakitangan awam / swasta & profesional. tiap org mesti jadi the best citizen 4 themself.
kalau boleh ditukar semua parti politik dgn 1 yg baru lagi bagus. tapi itu ideal, sebab mana ada kumpulan yang semua pmimpin & ahli terbaik.
org yang baik sangat pun tak dapat kawal pelbagai perangai org, org yang jahat pun tak boleh. kena pilih yg terbaik, berkesan & bijak urus pelbagai hal & macam2 jenis perangai. macam kat ofis, kalau ketua tak reti marah, baik hati & tahu ambil hati je, akhirnya anak2 buah naik lemak, malas, lembap. jadinya company lingkup.
jadi terpaksa kita pilih golongan yang bijak urustadbir. kita nak kmajuan spiritual, fizikal (makmur) & kekal teraju sdr kita. aku tak mau jadi macam fiji.
Salam sdr Musli..
Inilah kesilapan terbesar yang dibuat oleh UMNO tempat sdr bertanding wakil G7 tu..pembangunan dijadikan umpan utk menawan hati rakyat..Kalau Sdr Musli jadi wakil rakyat..rasa-rasanya isu pembangunan juga yg dibawa ke hulu dan ke hilir..
Jadi kalau begitu bagus tolak sdr Musli awal-awal lagi...Sama saja!.
Generasi muda skrg ni bukan tgok pembangunan saja..tapi tgk mcmna pemimpin berfikir dan ambil berat hal rakyat..kalau masa kempen...tempat tersorok pun sampai..tapi kalau dah menang nak jumpa pun susah..
Tgk DSSK masa nak tanding ketua bahagian, hampir semua cawangan dn perwakilan di lawati dan dijumpa..tapi bila dah menang...nak minta selesaikan tuntutan Padang Ragut pun berkira utk datang...sepetutnya dialah duluan yg ke depan..bukan bila dah parah baru turun padang...Dia kan anak watan Kb..
salam kak SL, Abe dan Kelapa Mawar,
komen kalian dihargai. barangkali komen Kelapa Mawar agak prejudis terhadap saya dan dato salleh, tapi itu haknya sebagai penulis yang memberi pandangan masing-masing.
setahu saya dato salleh tiada jawatan dalam kerajaan sekarang...tentu sekali isu pembangunan bukan "modal" beliau menarik hati rakyat.
Sdra Musli and friends,
terlalu banyak idea yang cantek lagi 'intellectual'. kalau di guna pakai maka akan aman dan damai lah negara Malaysia ini di bawah UMNO dan BN.
Namun, apa yang menarik perhatian dan menyayat hati saya ada lah komen dari Adik Kilu KB. Simple tetapi bermakna kepada yang perihatin kepada hal-hal kecil tetapi besar makna nya.
Soal beliau, " kenapa warga belia tidak tolak UMNO ?". Dia minta untuk kita berfikr. Saterus nya pandangan, barangkali?
Namun, mungkin kah dengan kehadiran blogger giants saperti sahabat saya sdri Senja Liza, abe dan Kelapa Mawar, dengan ulasan 'bombastic' mereka sehingga persoalan dari Kilu KB di 'overlooked' kan, Ya?
Ada kah persoalan tersebut tidak releven? Atau saperti kata blogger KB yang pernah saya lihat, tiada tempat untuk orang-orang muda dalam blog atau pun UMNO.
Fikir-fikirkan lah
Salam untuk kalian.
Salam Perpaduan,
Sangat setuju dgn idea Kilu KB, masa ada pemilihan di pusat ramai yg tanding, time tiada pemilihan di pusat sikit yg tanding..ini lah menteliti yg harus dihapuskan dikalangan ahli UMNO, berbalik kpd soal pembangunan yg diterajui oleh UMNO dlm kerajaan sekarang, ianya merupakan sogokan kpd rakyat bagi menyatakan bahawa Kerajaan mampu merealasasikan kepeluan asas rakyat...tapi di setengah tempat jika projek pembangunan hendak dilaksanakan ianya mesti menjadi persoalan, siapakah kontraktornya, berapa nilai projek tersebut, adakah YB terlibat ada tempiasnya, adakah tabung JKKK kena isi, semua persoalan ini akan ditimbulkan oleh penduduk setempat...YB yang bijak membuat percaturan dan akan turun padang utk menjelaskan kpd penduduk tentang projek pembangunan tersebut...secara totalnya ia telah membuat 2 kerja serentak..bertemu rakyat dan mesra pengundi...tepuk dada tanya selera.
kuala kedah... pada awal alaf ini saya & rakan2 ziarah keluarga nelayan kecil yang miskin. ramai, sekurang2nya 2 kampung di sekitar kg tok pasai.
ada yang anak 1, sewa pondok kecil rm60 / bln pun tak mampu bayar, malah susu anak takde, rupa2nya bila kami ke dapurnya di sebelah katil, beras dan rencah pun takde. berderai2 air mata rakan2 wanita yg ikut sama. rakan lelaki pula pakai spek hitam. saya sendiri jenis tak pakai spec menahan merah mata.
bila kami nak pergi lebih dalam ke kampung, ketua kat situ kata tak usahlah, nanti kamu semua lagi tak tahan sedih, di sana lebih teruk keadaannya.
pun begitu mereka tetap kata mereka tak mau meminta2, mereka tak mahu hilang maruah. musim ikan kurang waktu tu. nak ke tengah laut, sampan kecil, nak buat kerja lain tak tau. hari sama kami minta katerer hantar nasi bungkus, Allah jua yg Maha Mgetahui gembiranya mereka makan setelah lama mnahan lapar. minggu sama juga kami bawa beras 1 treler & barang2 dapur lain.
saya cadangkan industri hiliran daripada hasil tangkapan ikan. mereka takut nak buat sebab tak tau nak buat keropok, tak tau cara pmasaran etc.
sempat kami tanya YB kuala kedah tak datang ke? kata mereka ada, Mat Sabu datang naik sampan kat perairan kuala kedah. Tapi mereka kata dia cuma naik sampan ke hulu ke hilir, tidak pula singgah jumpa nelayan, tak pula bertanya khabar, sekadar tunjuk muka beritahu rakyat kat situ dia ada datang.
semua tu buat kami kuat semangat lagi utk kerjasama dgn pejabat daerah, pejabat tanah dan lkim. tiap kali kami ke sana slepas itu kami sangat bsyukur, kg tok pasai kini pekan yang tsusun, nelayan hidup lebih selesa.
bagi kami, pemimpin yg bekerja kami cari, bukan skadar gebang sana sini utk dapat duit ceramah, tetapi pmimpin yg kuat kerja siang, malam, petang, pagi, subuh... biarlah dia kaya, tapi kuat kerja dan kuat mberi. tahu nak marah dan kerah jentera bgerak majukan hidup rakyat, beri makan minum, beri kemajuan pdidikan (spiritual la tu) & wujud peluang kerja dan ajar cara nak hidup. ramai kawan saya nampak kaya, rumah besar, kereta mewah, semua hasil rajin kerja, pandai kerja, hasil berkat doa orang2 yang dapat sedekah, bantuan dan tumpang kerja dengan dia. bila mati, baru kami sedar ramai penerima bantuan & tumpang kerja hilang tempat bgantung, dia berhutang besar untuk mnampung "kluarga besar" nya.
pada dia fardhu kifayah terpikul.
jika tidak, rakyat miskin dan mereka sentiasa tertekan untuk mhampiri kufur (nas naqli).
kalau negeri dan negara kita kaya harta, rakyat bijak pandai, sentiasa maju, perangai baik... bukan saja negara & plabur lain hormat... berduyun2 mereka masuk Islam.
kalau kita miskin, orang kata lain kata itulah org Islam, mereka tak teringin masuk Islam kecuali nak kahwin dgn gadis pilihannya.
TAK, kita tak mahu sekadar penuh ilmu dan spirit saja, ILMU & SPIRTUAL itu MESTI DIAMAL LAKSANA baru dapat nikmat sebenar melimpah & memakmur seluruh alam. Allah pasti lebih suka.
terima kasih atas komen sdra solymone. saya faham apa yg tersirat disebalik komen Kilu KB.
Komen Raja Kesang begitu menarik..saya terharu membaca kisah kemiskinan bangsa Melayu. analogy kemiskinan Melayu dan imej agama telah saya paparkan dalam posting terdahulu..saya berminta membaca paparan-paparan desa Raja Kesang. Tahniah dan teruskan perjuangan!
Post a Comment