Penjelasan untuk orang kampung layari www.konspirasipolitikmelayu.blogspot.com
SUDAH PASTI pengumuman anjakan paradigma yang memansuhkian syarat ekuiti 30% bumiputra akan menimbulkan banyak masalah jika tiada penjelasan susulan yang difahami orang kampung, bangsa Melayu dan bumiputra.

Foto: Dato Ghani Osman. Antara Economist yang paling layak memberi penjelasan yang mudah difahami oleh rakyat.
Malah sudah ada kata-kata yang mengajak NGO Melayu mengadakan tunjuk perasaan seolah-olah diberi gambaran "Model Ekonomi Baru" yang diperkenalkan Dato Seri Najib seperti menghapuskan hak-hak istimewa bangsa Melayu.
Dalam dunia sebenar teori Adam Smith “invisible hand” atau tangan ghaib yang akan mengatur ekonomi dan J.B. Say memperkenalkan teori “Supply creates its own demand” iaitu penawaran dengan sendirinya akan menghasilkan permintaan tidak berlaku dalam dunia nyata ekonomi sebenarnya.
Disamping sektor perusahaan yang menentukan penawaran dan sektor rumah tangga atau pengguna yang menentukan perminataan, terdapat sektor kerajaan yang begitu penting dalam ekonomi yang sebenarnya.
Disamping sektor perusahaan yang menentukan penawaran dan sektor rumah tangga atau pengguna yang menentukan perminataan, terdapat sektor kerajaan yang begitu penting dalam ekonomi yang sebenarnya.
Kerajaan memperkenalkan dasar seperti cukai pendapatan, cukai import dan eksport, dasar perlindungan, keutamaan barang tempatan, penentuan kadar bunga, perbelanjaan, insentif, subsidi dan sebagainya. Seperti Malaysia yang memperknalkan syarat 30% pemilikan saham kepada bumiputra.
Semalam 1 July, PM, Dato Seri Najib membuat pengumuman yang berani memansuhkan peranan FIC (Foreign Investment Commission) yang mengatur soal-soal pelaburan di negara ini. Antara peranan utama FIC mensyaratkan 30% ekuiti bumiputra untuk syarikat-syarikat yang akan disenaraikan.
Najib menjelaskan perubahan polisi itu perlu berikutan perubahan mendadak dalam scenario ekonomi global dan rantau Asia. Persaingan untuk mendapat FDI menarik pelabur asing semakin sengit.

Dalam masa yang sama FIC ternata gagal dalam peranan menambah ekuiti atau pemilikan bumiputra. Sejak 19 tahun angka dan statistik penyertaan bumiputra telah tidak berubah (stagnant). Ini adalah antara punca utama kegagalan mencapai matlamat DEB.
Malah memperuntukkan kuota 30% saham kepada bumiputra di masa-masa yang lalu tidak menambah pemilikan dan penguasaan bumiputra kerana saham itu dijual sesingkatnya untuk mendapat keuntungan yang besar. Daripada kajian yang dijalankan daripada RM54billion nilai saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2billion masih dipegang bumiputra hari ini.
Maka itu jelas dasar FIC gagal dan wajar diganti dengan Model Ekonomi Baru. Mengekalkan peranan FIC akan merugikan Malaysia kerana syarat 30% adalah punca utama pelabur kurang berminat melabur dalam negara ini.

Mengekalkan FIC juga tidak menambah ekuiti bumiputra. Kesan berikutnya seluruh rakyat dan negara akan rugi jika ekonomi merudum gara-gara mempertahankan dasar simbolik hak bumiputra diatas kertas tetapi hakikat sebenarnya tidak membawa faedah dewasa ini.
Sebagai gantinya, kerajaan menubuhkan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) yang akan membantu bumiputra yang layak dan berpotensi untuk memain peranan diperingkat tempatan, serantau dan juga global.
Melalui Ekuinas, kerajaan akan kenal pasti pengusaha dan pelabur bumiputra yang agresif bersaing dan berkeupayaan untuk diberi dana membeli saham untuk tujuan penguasaan dan pemilikan dalam syarikat tempatan atau syarikat asing. Sebagai permulaan Ekuinas mempunyai modal sebanyak RM500 juta dan boleh meningkat kepada RM10billion.
Namun apa yang paling penting sekarang ialah penjelasan kerajaan kepada rakyat bumiputra tentang rasionalnya pemansuhan syarat 30% pemilikan bumiputra itu sebagai mengelakkan salah faham dan kekeliruan.

8 Responses to "EKUITI 30%. PENJELASAN EKONOMI YANG ORANG KAMPUNG FAHAM.."
Saram Ziarah Adik Musli. Wah banyak cakap fasal teori econ. Orang ekon katakan!.
Well, WTO dan AFTA mula berkembang. Dasar subsidi dan kouta mula pelu dikaji semula. Inilah yang mendasari cabang-cabang yang memerlukan "kompetitif" sesuatu aktiviti. Dasar-dasar yang "mengatakan human beings are irrational dan perlu campurtangan kerajaan"-JM Kenyes, perlu juga diperhalusi esp dalam sistem kouta ini. Kerana itulah persaingan terbuka perlu. Kalo tidak masakan pelabur asing mau masuk melabur. Rasanya, kerajaan, dalam khidmat sosial masih perlu ada sistem kouta bagi menjamin penstrukturan masyarakat dan pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan kepercayaan agama. Kalo tidak jurang/gap perbezaan pendapatan antara yang kaya dan miskin akan menjadi terlalu luas.
salam kak liza. Memang tepat model ekonomi dunia hari ini berasaskan konsep Bapa Ekonomi Moden, John Manyard Keynes. kerajaan akhirnya memain peranan jadi "regulator" yang menentukan pasaran, bukan lagi market forces. terima kasih atas penjelasan Kak Liza. Hebat sekali.
Salam semua,
Ekonomi bagus bagi org kampung jika, menanam padi 3 tahun sekali, ada dividen balak time USNO dulu, harga kelapa sawit dan getah naik melambung, hasil tangkapan nelayan lumayan setanding dgn pasaran tempatan,org kampung tidak menghiraukan tentang ekonomi global, mereka tak faham itu semua...Ekuiti 30% penjelasan Ekonomi hanya 10% saja org kampung faham terutama org kg di pantai timur..
salam Ziarah sdr musli...
Bagaimana pula dgn langkah kerajaan melonggarkan syarat pemilikian pelabur asing ke atas pegangan ekuiti dan hartanah golongan melayu dan bumiputera?
dalam sdra depu-depu, tujuan regulisasi itu bermatlamatkan sama dengan MODEL EKONOMI BARU, menjadikan Malaysia lebih kompetitif. Dalam masa masa, hak bumiputra dilindungi melalui pemilikan lain yang inisiatifkan kerajaan melalui Danaharta.
selain ekuinas, danaharta membantu bumiptra membeli hartanah ketika harga rendah. Penjelasan lanjut dalam artikel berikutnya selepas ini. terima kasih
Salam Sdr.Musli,,
saya terrtunggu-tungu penulisandan pandangan sdr tentang iklim ekon di negara kita...pengumuman DSN utk mengurangkan pegangan ekuiti bumiputera daripada 30% kp 12.5% banyak menimbulkan kegusaran kp masyarakt..
Bayangkan bh kalau dalam sasaran 30%, bumiputera hanya dpt 19.4% pada thun 2009. Bagaimanakah nasib bumiputera kalau krajaan hanya sediakan 12.5% ???
salam depu-depu, sabar saya akan tulis artikel dimana kekayaan kita sebenarnya? tentang angka itu sebenarnya DEB yang dilancar 1971 - 1990 telah gagal capai matlamat. dasar diganti dengan DPN namun ianya juga gagal capai sasaran kerana pemilikan bumiputra tidak dimiliki individu sebaliknya GLC yang memegang ekuiti tersebut. dasar keterbukaan najib untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi. pengagihan kekayaan tidak akan dapat dilakukan dalam keadaan ekonomi merudum. dasar-dasar boleh berubah mengikut keadaan. satu kajian terperinci saya akan paparkan.InsyAllah
Salam,
Usaha mereformasi sistem kewangan negara harus dilihat dari perspektif yang positif. Ini bagi meningkatkan dayasaing Malaysia sebagai pusat pelaburan melalui pengwujudan iklim pelaburan yang menarik. Kerajaan bertindak deregulasi pasaran ekuiti dengan antaranya menghapuskan ekuiti 30% bumiputera.
Namun demikian usaha melonggarkan syarat2 pelaburan/ pemilikan ekuiti asing bukanlah satu2nya faktor yang menarik FDI ke Malaysia kerana banyak lagi faktor yang menjadi pertimbangan pelabur asing antaranya kestabilan politik, infrastruktur, kos buruh, insentif pelaburan & sumber2 ekonomi. Pelabur akan menanam pelaburan sekiranya prospek pelaburan baik setelah melihat dari sudut antaranya IRR/NPV
Post a Comment