ARTIKEL BARU

NEGARA KAYA RAKYAT MISKIN. NEGARA MISKIN RAKYAT KAYA...

foto 1: sebuah bas sekolah di Pakistan.

Foto 2: sebuah bas sekolah di Jepun dilengkapi komputer untuk kemudahan pelajar.

Sebut saja mana-mana negara Islam, hampir semua di anugerah Allah dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah. Terutama petroleum dan gas. Serta hasil-hasil lain dari perut bumi seperti emas. Di negara-negara bekas kesatuan USSR, semua negara yang majoriti penduduknya Islam seperti Checnya, Kazakastan, Tajikistan dan jiran-jirannya kaya dengan hasil petroleum.

Negara-negara Arab, Malaysia, Brunei, Indonesia sekadar menyebut beberapa nama adalah negara yang kaya dengan minyak dan gas asli.

Saya membuat perbandingan dua negara. Pakistan, sebuah negara Islam yang kaya dengan hasil petroleum serta mempunyai kuasa nuclear dan negara Jepun, yang tiada sumber alam.

Pemerintah Pakistan kononnya mengamalkan pemerintahan Islam. Melaksanakan hukuman Islam tetapi sebahagian besar rakyatnya hidup dalam kemiskinan. Prasarana yang mundur. Rakyat sentiasa hidup dalam ketakutan berikutan ketidakstabilan politik.

Rakyat Jepun hidup dalam kemewahan. Daripada gambar-gambar diatas buatlah penilaian sendiri. Inilah tragedi yang menimpa umat Islam seluruh dunia, anugerah Allah digunakan untuk kepentingan diri dan rakyat hidup melarat.

7 Responses to "NEGARA KAYA RAKYAT MISKIN. NEGARA MISKIN RAKYAT KAYA..."

kirana said...

Ape2 pun salah silapnya mgkin bpunca dari diri sendiri. Kita tak leh nak salah org je atas kesusahan hidup kita.

Hajin said...

Banyak perkara yang kita nampak bukan saja di luar negara, dalam negara kita sendiri kita menderita. Bumiputera masih terkial-kial untuk bersaing dalam pemilikan ekonomi negara. Lihat saja di sekitar kita, contohnya orang pakistan yang baru datang di tempat kita lebih senang daripada orang kita. Allah tidak menolong satu kaum itu kalau kaum itu tidak ubah diri sendiri.

Anonymous said...

kita tidak mahu salahkan negara islam semata, tapi ini memang fitrah manusia sering lupa akan kekuatan diri dan asyik namapak masalah org lain sedangkan diri sendiri itu penoh dengan kekurangan dalam mengunapakai segala potensi diri.

tapi yang sangat teruk memang islamlah dan dan di malaysia yang berbangsa melayu kut.... sering layuuuuuuu saja

rojokobog said...

Berusaha lah hingga ke keringat terakhir jika anda mahu kejayaan yang org lain kecapi sama dgn usaha setimpal yg anda lakukan..sedangkan ulat dalam kayu pun boleh hidup ini kan pula manusia yang punyai akal kurnian Allah...akal fikiran tidak ada di jual beli dimana-mana supermarket.

beautifulboy said...

Bagaimana pun juga sudah sunatullah kita yang mampu harus menolong yang lemah. Banyak sekali perkara tersebut dalam harian kita. Semua berpunca dari keegoan pemimpin sesebuah negara islam itu sendiri. Saya sendiri memulai apa yang saya katakan tadi dari kehidupan sehari hari. Saya perhatikan apa yang terjadi di sekitar kita. Anjing yang di haramkan dalam islam pun saya beri makan..