SOAL PERPECAHAN MELAYU MESTILAH DILIHAT DARI SUDUT BANGSA BUKAN AGAMA.
Dalam Dewan Parlimen semalam, Dato Mashitah dengan tegas mengatakan perpecahan dalam Islam hukumnya HARAM tak perlu ada fatwa. Fatwa hanya dikeluarkan jika ada perkara-perkara yang kita tidak jelas.
Dari segi takrif, saya menepati kehendak perlembagaan sebagai orang Melayu. Mengamalkan budaya Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam. Namun dalam politik saya sukar menerima sikap dan budaya orang Melayu yang dipenuhi dengan sikap iri hati, budaya hasad dengki, busuk hati sehingga berlaku perpecahan dikalangan mereka.
Oleh kerana Melayu itu secara kebetulan beragama Islam, bukan kerana pilihan mereka pun tetapi kerana tok nenek mereka dah menerima Islam, maka Islam pun dijadikan platform nak pecah-pecahkan lagi Melayu.
Hakikatnya, yang memburukkan imej agama Islam di negara ini ialah sikap buruk bangsa Melayu.
Islam tidak pernah mengajak umatnya berpecah. Malah dalam hubungan dengan bukan Islam pun umat Islam tidak di ajar untuk bermusuh. Ugama mu ugama mu, ugama ku ugama ku. Masalah timbul bila ada Melayu yang ingin berkuasa. Ingin berpolitik lalu mengatakan diri lebih Islam dari Melayu yang lain.
Sejarah perpecahan Melayu bermula bila sekumpulan manusia dalam UMNO mahu keluar dari UMNO untuk memperjuangkan Islam. Islam dijadikan alat untuk pecahkan Melayu!
Saya cuba mengelakkan berhujah politik dengan menyebut Islam. Tapi pelik sekali di Malaya ni, orang Melayu tidak boleh berpolitik tanpa berhujah menggunakan sentiment bangsa dan ugama? Saya percaya jika berhujah nilai-nilai universal atau sejagat, tentu tidak menghilangkan Melayu dan Islam mereka.
Sebagai contoh, apakah Melayu yang menyokong DAP akan hilang Melayu dan Islam mereka? Apakah Melayu yang menyokong UMNO kurang Islam mereka berbanding dengan PAS? Sebaiknya agama Islam dijadikan amalan hidup. Sebagai Addin bukan sebagai alat untuk mencapai cita-cita politik.Fikir-fikirkanlah.

9 Responses to "BERPECAH ITU MELAYU, KENAPA BABITKAN AGAMA?"
adik Musli Oli,
kerana semua orang melayu beragama Islam maka kena babitkan agama juga, tanya dulu orang lama baru buat kenyataan, sebab orang lama makan garam terlebih dahulu!!!!
Salam Ziarah Sdr Musli...
Dalam perenggan terakhir tulisan sdr ada menyatakan:
"Sebaiknya agama Islam dijadikan amalan hidup. Sebagai Addin bukan sebagai alat untuk mencapai cita-cita politik.Fikir-fikirkanlah."
Ulasan saya;
1.Kalau Islam Itu amalan hidup, wajarlah Islam itu dijadikan panduan dlm hal kepolitikkan.
2.Addin itu satu cara hidup...kadang-kadang kita terikut-ikut prinsip sekular yg memisahkan agama dgn politik...Sedangkan agama telah menggariskan dlm mencari dan melantik pemimpin.)rujuk buku Sistem Politik Islam karangan Khalid Ali Muhammad Al-Anbary).
3. jadi saya setuju dgn kenyataan Dr.Mashitah Ibrahim bahawa Islam itu mengharamkan perpecahan.
Terimakasih.
salam depu-depu, kita mestilah melihat artikel itu dalam konteks keseluruhannya bukan satu paragraph saja. saya tidak kata Islam dipisahkan dari politik walaupun itulah amalan pemerintahan negara sekular seperti Malaysia. saya berhujah Islam digunakan untuk tujuan politik dan memecahkan bangsa Melayu. Saya tidak menolak sistem politik Islam tu memang ada dalam prinsip dan teori tetapi yang mengamalkan berapa negara?...Arab Saudi, Iran, Pakistan? apakah negara itu benar-benar amalkan Islam? Mana dia perlembagaan Islam selepas perlembagaan Madinah?
Saya harap jangan sampai ada parti yang kata, "ikut parti kami masuk syurga, ikut parti mereka masuk neraka"
Kembali kepada Al-Quran.
Islam itu Al-Quran dan Al Hadith.
salam..
Perpecahan melayu bermaksud perpecahan agama.. kerana am-nya telah tahu bangsa melayu Islam.. & tak kurang jugak disbbkn perpecahan melayu menyebbkn saudara seislam tidak boleh berckp, berbaik dll atas dasar agama..
p/s: maka pecahnya melayu bermakna pecahnya agama.. kalau tidak masakan ada org PAS yg tidak mahu smbhyang mengimamkan org UMNO..
hal Melayu-Islam ni dah lama selesai. kalau orang tengok Melayu buat perangai tak betul, orang kata orang Islam tak betul. bawa kereta reckless ke, masuk kedai ekor ke, jenayah ke, tak puasa ke, tak senonoh ke, kasar ke, bazir masa ke, ragut ke, mundur ke, bergaduh ke, mengacau orang ke, penkid ke, lesbian ke, gay ke, cuba2 jadi khunsa ke, beromen tengah ramai ke... semua tu kalau Melay tengah buat, memang orang melayu atau bukan melayu akan pandang rendah kepada Islam juga....
sama je, kalau nik aziz buat baik ke, melatah ke, buat perangai, orang tengok Islam tak betul juga, kalau najib buat amalan baik kepada Felda, orang pandang Islam juga, kalau zaid ibrahim buat hal pun gitu juga.
kelantan, terengganu, kedah, perlis adalah negeri Melayu, kalau mundur maju negeri-negeri ni, orang pandang imej Islam juga.
kalau cina buat sesuatu kita lihat itu cina sebab kita tak pasti mereka kristian, budha atau siam.
amacam? itulah realiti.
anaklangkawi, kesimpulan anda dangkal. Islam bukan melayu, tapi Melayu boleh Islam.
Orang Melayu meninggalkan Al-Quran adalah salah orang Melayu dan bukan salah Islam yang asasnya Al-Quran dan Hadith.
Buktinya Islam ditinggalkan. Artikel penulisan Musli Oli sendiri menyebut ttg Islam tetapi beliau sendiri tidak pernah merujuk ayat ayat Quran dalam penilaian beliau.
Malah Islamitu sendiri tidak bermaksud Melayu. Islam itu adalah penyerahan diri secara menyeluruh kepada Allah. Bukan penyerahan diri kepada siapa yang memerintah atau apa pun jua kepentingan peribadi yang bersifat sementara.
Pendapat peribadi dan persoalan , Bangsa bangun kerana agama itu diamal dengan sempurna. En musli oli takleh pisahkan politik dan agama. ramai pemimpin melayu bangun pagi ,diorang akan cari mana2 bangsa melayu yang perlu dimakan. Bukan mencari keluarga2 melayu yang susah utk dibantu. Masing2 masuk arena politik kerana kepentingan. BN memaksa rakyat menyokong kalo nak projek. i.e kontraktor kelas F. if owner sokong pembangkang mereka di senarai itam kan. kena perlu macam tu ? pembangkang tak bayar cukai pendapatan ke ? Kenape bangsa cina boleh bersatu kerana bangsa dan agama mereka .. kenapa melayu perlu emosi kerana politik mereka ?
Post a Comment