FAKTOR CINA DI PERMATANG PASIR. PAS BOLEH KALAH SEKALIPUN BN TIDAK MENANG DI PERMATANG PASIR
Foto: Presden MCA Dato Ong Tee Keat
YANG nyata ketara ialah perpecahan undi Melayu di Permatang Pasir. Yang pasti PAS terlalu sukar, malah mustahil mengulangi majority yang diperolehinya pada PRU 2008. Isu dan masa berbeza. Momentum PR juga tidak sehebat semasa PRU 2008. Isu yang dulunya panas sekarang sudah sejuk.
Semasa menjadi pembangkang dan semasa menjadi kerajaan adalah dua situasi yang berbeza. Kerajaan PR pimpinan DAP di Pulau Pinang juga menghadapi banyak isu yang menyebabkan rakyat negeri itu mula membuat penilaian dan pertimbangan dengan seadil-adilnya. Memang semasa dalam pembangkang dulu, mudah mencari isu. Senang untuk menyerang kerajaan.
UMNO sekarang menumpu perhatian kepada penyokong atas pagar dan pengundi muda. Anggota UMNO yang dulunya marah dan menghukum parti pada PRU 2008 tidak lagi berbuat demikian. Kepimpinan parti UMNO telah berubah. Tun Abdullah Badawi yang menyumbang kepada kejatuhan BN di Pulau Pinang telah diganti dengan Dato Mohd Najib.
Penentu sebenar kemenangan di Permatang Pasir ialah pengundi Cina yang berperanan sebagai“King Maker”. Kira-kira 27% pengundi inilah yang pastinya menentukan majority PAS atau kemenangan BN.
Dengan mengambil kira kedudukan pengundi Melayu berpecah dua kepada 50-50 antara BN dan PAS. Maka jumlah undi Cina dan bukan Melayulah yang menentukan pemenang esok di Permatang Pasir.
Politik kaum Cina sentiasa meminta daripada apa yang telah diberikan kepada mereka. Slogan 1Malaysia sedikit sebanyak telah merubah persepsi pengundi Cina secara kseseluruhannya. Politik orang Cina tidak seperti politik Melayu. Mereka kurang mengambil perhatian tentang isu peribadi atau isu individu. Politik mereka lebih melihat kepentingan kaum itu secara menyeluruh.

Barangkali isu MCA dalam kes PKFZ dan Datuk Tiong sedikit sebanyak upset usaha kerajaan BN menarik semula sokongan kaum Cina. Namun kelihatan secara keseluruhannya kaum Cina menerima baik dasar-dasar baru BN dibawah Najib.
Apakah sokongan itu ditransformasi dan diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada BN di Permatang Pasir atau kaum Cina terus bargain hak mereka sehingga ke hari terakhir PRU ke 13 nanti?
Sukar diramal politik Cina. Tetapi saya melihat kelibat sokongan itu. Ramalan saya ialah jika PAS mempertahan kerusi Permatang Pasir, berpunca daripada kaum Cina masih setia kepada DAP. Sebaliknya jika mereka memberi sokongan kepada BN, majority PAS akan kurang serendah 700 undi. Tidak mustahil jika majoriti mereka menyokong BN, Permatang Pasir akan menjadi milik BN.
6 Responses to "SIAPA "KING MAKER" DI PERMATANG PASIR?"
Keputusan ditangan pengundi. Kadang-kadang terlalu mengutamakan ramalan peribadi tidak adil bagi calon-calon yang berhempas pulas memenangi hati rakyat dengan membakar harta dan masa untuk "struggle" nak menang. Apa perasaan dan pendapat kamu bila tiba-tiba kita yang tak bayar apa-apa tulis atau datang dan tulis pula: "hi mu. mu dan rakyat sekelian ! dengaq ceni! die kalah sebab die ayam jantan yang banyak betina dan ako round pelusuk permatang pasir die tetap kalah tapi dengan majoriti menurun" PADAHAL BARU selesai MINUM DUA GELAS TEH TARIK DI WARUNG Mak Ngah untuk berbuka puasa sebab kehausan setelah kepenatan memandu dari Kelante!- Bukan Ustaz Kot sebab ramai Ustaz2 buka puasa kat Mesjid...!!
Harap-harap pengundi cina 90% memihak kepada BN sebagai penentu kemenangan.Mudah2han konsep 1Malaysia membawa inspirasi baru kepada kaum cina untuk menyumbang sesuatu yang berharga untuk Malaysia. Selain itu pengundi pemuda Melayu perlu terus didekati dan diberi keyakinan tentang halatuju kepimpinanan masa depan.
salam...
Mai sat...hang nak habaq mai....la nie permatang pasiaq pasti jatuh kat tangan pkr...cuma nak habaq...majoriti pasti menurun tau..
kita bukan nak menghukum...tapi lebih kepada pendapat....saya setuju sangat dengan ulasan saudara...tq
salam sdr musli..
Dalam sejarah politik tanahair hatta sebelum merdeka..Tunku sendiri melihat 'orang cina' sebagai golongan 'pecah undi' yang boleh mengocak ketenangan politik di negara ini..? CINa dilihat lebih agresif berbanding dgn India..kerana Cina ada 'duit dan ekonomi'..sandaran inilah yang paling kuat kenapa orang Cina tidak pernah takut mempertaruhkan kepentingan politik mereka...
Jika kita ironikan dgn keadaan sekarng..memang tidak dinafikan bahawa dimana-mana yang ada orang Cina...mereka adalah golongan yang bukan saya istilahkan sebagai 'golongan atas pagar' tetapi mrkni adalah golongan 'atas buaian'...dibuai oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang..kerana mereka adalah penentu undi...
walaupun keputusan sesuatu PRK sukar diramal kerana banyak isu yang tidak berkaitan namun, atas analisa semasa mungkin boleh diandaikan...dan kehadiran sdr di permatang Pasir...membolehkan sdr meramalkan yang demikian...kalau diizinkan saya juga turut meramalkan bahaw PAS akan memenangi PRK ini, tetapi majoritinya akan turun..wassalam.
salam kepada SL, KM, Si Rengit dan Norawi.
Ulasan rakan2 amat dihargai. Kelapa Mawar memberi komen yang baik tentang kecenderungan politik kaum Cina sejak era Tunku lagi..Saya sebenarnya sukar melihat perubahan trend pengundi Cina di Permatang pasiaq ni sdra Si Rengit namun spt Norawi kata, kita hanya dapat mengharap ada perubahan.
terima kasih kalian dan selamat bersahur
salam. Permatang pasir kubu kuat Pakatan.Meskipun majoriti berkurang, kerana jumlah pengundi yang membuang undi juga turun. Bn menghadalkan kepada calon berpekong di dada, kerana itu jika pun kalah, bn punya sebab, kerana salah pilih calon. Mahfuz Omar dah canang, Pakatan siap sedia merampas kerajaan persekutuan jika pru di adakan. Najib adalah pm terakhir Bn. Puaka TRAHMAN, seperti teori sekali ketok ternyata ada kebenarnya.
Post a Comment