Tun Abdullah Badawi. Bekas Perdana Menteri yang mencetuskan gerakan reformasi rakyat yang hampir menjatuhkan kerajaan pimpinann beliau.
Ada dua peristiwa yg mengilham saya menulis artikel ini. Malam tadi selepas Majlis berbuka puasa di Prince Hotel bersama Pengerusi SPNB Dato Azian Othman saya terus ke majlis sama di rumah Datuk Seri Lajim Okin, di jalan Conlay. Rumahnya tak jauh dari Prince Hotel.
Jam 11 malam saya balik ke Seri Pacific Hotel. Terjumpa dengan Zaharin Yasin atau Sang Kelembai yang sedang asyik bersembang dengan dua pegawai kanan polis di coffee house. Seperti biasa Sang Kelembai mengeluarkan idea politik yang orang lain tidak pernah terfikir. Yang kadang-kadang tidak masuk akal.
Malam ini dia bercakap soal apa BN boleh tawarkan atau “offer” kepada rakyat. Jika kerajaan tawarkan kerajaan bersih, apa buktinya?. Kenapa kita tidak mengambil ikitbar dari Korea. Tangkap bekas pemimpin. Tuduh dan jel bekas Perdana Menteri. Ini yang rakyat mahu lihat.
“So kita tangkap Tun Abdullah Badawi?” tiba-tiba pegawai kanan polis yang berpangkat Datuk itu bertanya. “Ya. SPRM tangap Dollah kerana dia banyak melakukan kesalahan. Dia buat damaged dan total lost yang syarikat insuran pun pening nak kira” Tegas jawapan Zaharin.
Tangkap Abdullah Badawi? Terkejut beruk saya dengar ayat Sang Kelembai. Kalau tangkap Abdullah Badawi, Tun Mahathir pun boleh tangkap dan di dakwa SPRM. Serius ni. Zaharin bercakap dengan dua pegawai kanan Polis bukan dengan pemimpin cawangan atau bahagian UMNO. Bolehkah rakyat Malaysia terima seperti rakyat Korea Selatan atau Jepun? Saya rasa tidak. Maka itu saya tidak ambil berat sangat pandangan Zaharin.
Pagi ini saya keluar dari Seri Pacific kira-kira jam 8.30 pagi. Bercadang ke Kompleks Kraftangan membeli batik untuk isteri dan anak-anak. “orang Cina sekarang undi PAS dan Anwar for the future” Pemandu teksi berbangsa Cina itu mulakan perbualan.
“Anwar for future?” biar betul pemandu teksi ini. “Kenapa Anwar for future?” saya minta penjelasan.
“U sokong siapa?” dia tanya saya semula.
“Saya sokong Anwar. Saya orang PKR”. Saya jawab ringkas. Memancing cerita seterusnya.
“Kalau Anwar jadi PM bagus. Rakyat mahu tenguk semua pemimpin rasuah, makan duit, hisap tulang rakyat masuk jel. Tangkap Mahathir, Ling Liong Sik, Chan Kong Choy, Ong Tee Keat, Tun Daim, Sammy Vellu, pasal itu tol tiap-tiap tahun naik. Itu rakyat mahu tenguk.” Kata pemandu teksi dengan dengan penuh semangat.
“Sekarang BN tangkap orang. Pergi court. Tapi lepas tu bebas juga. Siapa percaya? Sekarang SPRM tangkap orang Cina, orang Cina mati. Tangkap orang India, kena pukul. Tapi tidak tangkap pemimpin UMNO, MCA dan MIC? Kenapa Khir Toyo tidak tangkap. Ong Tee Keat? Kalau tangkap, kena lepas. Apa ini? ”
Saya terdiam dengan ayat pemandu teksi itu. “Tapi sekarang kalau BN tangkap orang dan betul-betul masuk jel, BN masih boleh menang. Orang Cina mesti undi punya” sambung pemandu teksi itu.
Dengan ayat pemandu teksi tersebut, saya teringat kata-kata Sang Kelembai. “SPRM tangkap Tun Abdullah Badawi”.
Selepas membayar RM12.00, walaupun meter teksi RM7 masih terngiang-ngiang ayat pemandu teksi itu “Tangkap dan masuk jel, baru BN boleh menang”.
Siapa yang nak ditangkap? Janganlah Tun Abdullah Badawi. Barangkali Khir Toyo, KJ, atau……?fikir-fikirkanlah........
10 Responses to "TANGKAP DAN MASUK JEL! BARU BN MENANG. TAPI SIAPA?"
adakah ianya akan berlaku di negara yang terkenal dengan budi bahasa dan mengenang jasa? Apakah rakyat kini telah hilang pertimbangan sehinggakan ingin membalas dendam dan memikirkan satu benda yang mereka percaya melalui penglihatan mata dan pendengaran telinga?Siapa Anwar Ibrahim yang bercakap tentang rasuah?Bukankah rasuah politik menjadi-jadi sewaktu dia menjadi Timbalan Perdana Menteri?benarkah isu rasuah yang betul-betul kaum Cina prihatin atau sebab lain?Tapi CCZ setuju Paklah harus bertanggungjawab kerosakan UMNO pada hari ini.Memerintah negara bukan menjaga dan mengajar sebuah kelas. Keputusan mentadbir 1 hari merosakkan 100 hari. Nak tangkap KJ tapi takut pengikutnya merajuk dan keluar?Majoriti yang sokong KJ besar sangatkah?
ALLAH SWT MAHA AGUNG
KIFARAT(KARMA)ITU PASTI BENAR.
Angkan momon driver teksi tungan ku nuut meh kl, nukung pembangkang.
Mesti tangkap Anwar jugak pasal dia pun rasuah dan kronisma kuat. Jadi kena tangkap semua lah. Sampai bila pun tak habis.PR memerintah nanti BN kena angkut dulu jadi sampai bila pun kita tak boleh clean semua orang yang di katakan rasuah. Untuk Chinese kalau you clean semua pun mereka tak akan undi BN lagi kerna what they want ie 100% equality in the country. Equal opportunity, basmi rasuah comes second.Amongst chinese pun banyak rasuah. Ikhlas cakap,to them is not issue rasuah tapi Malaysian Malaysia semua rakyat dapat hak sama sebagai individu ( that come first dari lubuk hati mereka) so don't jump to fast to conclusion pasal rasuah. It's not the ultimate aim.PR pun akan rasuah bila memerintah.
Ni kalau main tangkap-tangkap ni zalim namanya bro..
Kenapa kita tidak ikut acuan politik kita sendiri? Yalah...tidak payah ikut-ikut stail Korea ka, Jepun ka, Perancis ka, Amerika ka...
Pak Lah tidak salah juga, Tun M pun tidak salah..kalau betullah 'Anwar 4 the future'..sayangkan perpaduan dan penyatuan, kenapa perlu pecahkan melayu? kalau dia berdiam diri dulu..pura-pura minta kesian! pura-pura lemah dan diperbodohkan..pura-pura dizalimi dsbnya..(saya dulu memang fanatik Anwar tapi keganasan dalam demo saya tidak suka) saya rasa tentu rakyat kesian ( tidak payah demo2..di jalanan) mungkin dia akan jadi PM sekarang! Tapi diakan pejuang..so.. dia gagaskan "Reformasi"...Betul! tapi..apa dah jadi sekarang? Melayu hancur! kalau pun Tun M yang kita tuduh pecahkan Melayu kerana tindakan terhadap Anwar!..tapi Anwar masa tu janganlah
melatah..melenting..demonstrasi jalanan...
Pandangan ja ba ni...
TANGKAP ANUAR DAN SEGERAKAN PEMBICARAAN DULU, MENGAPA UMNO TAKUT DGN ANUAR DAN KAWAN-KAWANNYA YG BUKAN MELAYU ITU?
DOLLAH TUBUH SPRM.. TERLUS KA DIA TU ? MANA2 PERGI ORG AKAN PERKATA ANAK DAN MENANTU DIA...JADI APA GUNA uBAH NAMA BPR KE SPRM ( RM @ $ ) SIAPA YG UNTUNG ? KONTREKTOR BUAT BUKU, LOGO, PAPAN TANDA DAN TUKANG CAT BANGGUNAN.RASUAH POLITIK BUKAN RASUAH,, NAK IKUT HONG KONG.. KONON.. CORAK PEMERINYAG SANA DAN SINI SAMA KE ? CINA SANA CINA SINI SAMA KE? 99% MEKA CINA...TIDAK ADA MASALAH KAUM MCM DI SINI.. PANDAINYA DOL LAH @ pm KITA TU ...
Kalau semua bekas Perdana Menteri akan ditangkap kerana rasuah ketika pemerintahanya siapa lagi lagi pemimpin yang kita hormati.Kalau begitu tak payahlah di adakan lagi sambutan Hari Kemerdekaan memperingati jasa dan perjuangan mereka kelak.
Salam saudara,
1. Pada pandangan saya, kelemahan BN sekarang yang kelihatan tidak mendapat sokongan rakyat ialah kerana kelemahan parti-parti komponen yang lain seperti MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya. Saya mengatakan demikian kerana keputusan pilihanraya yang lepas menunjukkan bahawa pengundi UMNO tidak jauh berkurangan manakala pengundi parti komponen yang lain pula ramai yang berpaling.
2. Pun demikian, bukanlah tujuan saya berkata demikian untuk menyalahkan parti komponen ini. Apa yang saya maksudkan ialah, pengundi mereka telah tersasar arah akibat kebijaksanaan berpidato pembangkang yang seolah-olah menjanjikan bulan dan bintang kepada mereka. Lihat saja karekter DSAI, beliau seolah-olah memberi muka kepada penyokong lain dari golongan bukan melayu/bumiputera untuk mendapatkan sokongan mereka. Hakikat bahawa DSAI mempunyai agenda tersembunyi yang lain tidak pernah terlintas untuk difikirkan secara serius oleh golongan ini. Mereka terlalu taksub dan percaya sepenuh hati bahawa DSAI telah dianiaya oleh ahli politik BN kerana inilah yang ditanamkan secara psikologi oleh DSAI dan penyokongnya.
3. Di dalam MIC misalnya, kegelisahan sebahagian penyokong kerana DSSV masih terus mahu memerintah membuatkan mereka meninggalkan parti tersebut. Begitu juga dengan MCA, tindakan memecat DCSL dari jawatan timbalan presiden akan membuatkan perti tersebut berpecah dan akhirnya akan melemahkan BN.
4. Justeru, saya tidak fikir BN perlu melakukan penangkapan untuk memenangi hati rakyat. Cukuplah kalau semua parti komponen mengambil langkah yang betul-betul serius dalam menguatkan perti masing-masing kerana kelemahan mana-mana parti sekalipun akan menyebabkan prestasi BN secara keseluruhannya terjejas.
5. Seperkara lagi ialah, BN perlulah terus memberi perhatian yang lebih kepada kawasan-kawasan yang menjadi penyokong kuatnya kini. Janganlah memberi tumpuan dan layanan yang berlebihan kepada tuntutan-tuntutan pengundi di bandar seperti KL dan sebagainya yang bercerita soal siapa jadi ketua hakim negara, siapa patut jadi ketua polis negara, hapuskan ISA dan sebagainya. Isu ini tidak releven di kampung-kampung orang susah seperti kampung saya. Kami peduli apa siapa yang nak jadi ketua hakim negara? atau ISA dihapuskan atau tidak? Yang orang kampung mahukan adalah peningkatan taraf ekonomi, taraf hidup. Justeru, Kawasan-kawasan terpencil seperti di Sabah dan Sarawak misalnya perlu diberi tumpuan kerana telah terbukti mereka ini adalah pendokong setia BN selama ini. Jangan sampai mereka ini juga berpaling tadah kerana akan amat buruk akibatnya.
..bersambung.
selamat berjumpa kembali,
6. Apa yang kita lihat dengan jelas sekarang ialah kerajaan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan yang dijadikan modal politik oleh pembangkang. Lihat saja isu PPSMI. Saya berpendapat bahawa PPSMI sepatutnya tidak dimansuhkan kerana saya cukup yakin hanya dengan berkebolehan berkomunikasi dalam bahasa inggeris sahajalah maka anak-anak orang kampung akan berupaya bersaing dengan anak orang bandar. Tanpa kemampuan untuk menguasai bahasa ini adalah amat sukar bagi sesiapa pun untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan sebagainya. Bahkan, arahan komputer sendiri yang mana telah menjadi keperluan utama disediakan dalam bahasa inggeris. Pembangkang mendesak dasar tersebut dihapuskan kerana mereka tidak merasakan kepentingannya. Tambahan pula mereka mendapat political milage daripadanya. Apa tidaknya, kebanyakan mereka ini tinggal di bandar dan mempunyai kedudukan ekonomi yang agak kukuh. Paling tidakpun anak mereka telah dididik sejak kecil dengan bahasa inggeris. Bagaimana dengan anak orang kampung?. Kita dilarang berkomunikasi dalam bahasa ibunda kononnya kerana kita diminta untuk mendaulatkan bahasa melayu. Tapi, adakah orang yang meminta kita yang tinggal diserata ceruk kampung untuk mendaulatkan bahasa melayu itu tidak mengajar anaknya berbahasa inggeris?. Saya ragu mengenainya.
7. PPSMI didesar untuk dimansuhkan kononnya kerana kajian mendapati bahawa adalah lebih mudah untuk memahami matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa ibunda masing-masing. Klau ini benar, maka saya menyarankan agar mata pelajaran ini jangan hanya diajar dalam bahasa melayu, mandrin dan tamil tetapi ianya hendaklah diajar dalam bahasa ibunda kami iaitu irranun, bajau, dusun, iban, kayan, sungai, lundayeh, bidayuh, suluk, ubian, penan dan semua bahasa ibunda suku yang ada di sabah dan sarawak. Ini barulah adil namanya. Biar kita sama-sama dapat memahami matapelajaran tersebut dengan baik.
8. Di kawasan bandar yang telah jelas penduduknya memilih pembangkang, kerajaan memberi perhatian yang agak istemewa kepada apa juga isu yang mereka utarakan, sedangkan penduduk kampung di pedalaman sabah dan sarawak yang sejak sekian lama menyokong kerajaan dilayan anatara dengar dan tidak saja. Contoh yang paling jelas, kebelakangn ini hampir setiap kali surat khabar the Star memaparkan masalah orang penan di sarawak. Antaranya yang sungguh menyedihkan ialah tindakan pembalak yang memunggah jambatan besi yang telah disediakan di Lusong Laku sehingga penduduk penan di kawasan tersebut terputus bekalan makanan. Difahamkan kos untuk membina jambatan tersebut hanyalah dalam lingkungan 1 ke 2 juta ringgit. Apa tindakan yang telah diambil?. beginikah layanan kepada pendokong setia sendiri?. Kalau begini keadaannya, saya rasa kalau tangkap semua orang sekalipun, BN tidak akan menang. Saya mengatakan demikian kerana bukan itu isu yang sebenarnya. Rakyat tidak akan terpedaya dengan taktik seperti ini.
9. Justeru; lihatlah, dengarlah, rasalah dan selamilah kesusahan pendokong setia sedia ada kerana paling tidakpun, seandainya kawasan-kawasan lain tetap tidak menyokong BN, BN sudah pasti boleh terus memerintah secara simple majority dengan bilangan kerusi sediada.
Walahualam..
Post a Comment