Penempatan awal orang Melayu di Kampung Baru sebelum merdeka. Dapatkah hak Melayu ini dipertahankan jika kuasa politik bukan lagi milik orang Melayu?
“Kampung Baru ni tempat UMNO lahir, Kelab Sultan Sulaiman. Pak Cik masa muda remaja dulu ikut berkumpul. Tahun 1946. Pasal tu Pak Cik sedih, heran dan ingin jawapan daripada pemimpin UMNO kenapa Kampong Baru tempat UMNO diberanakkan kita boleh kalah? Kalah dengan PAS dan calon perempuan pulak tu? Kenapa?”
Saya terlopong seketika dengan soalan Hj Adnan, pemandu teksi yang membawa saya dari KL Sentral petang semalam. Saya baru tiba dari KLIA Ekspress. Jam 12.30 dari Kota Kinabalu dengan pasawat MAS. Kebetulan dapat tambang murah.
Rambut Hj Adnan semua dah putih. Badannya kurus tetapi masih nampak sihat. Usianya barangkali sekitar 67 tahun. Teksi Iswara yang sudah uzur terus menyusuri kawasan KL yang agak sesak petang itu.
“Orang Melayu nak beli kuih, beli juadah buka puasa. Mereka letak kereta sesuka hati. Polis pun tak boleh buat apa. Pasal tu lah jem teruk” jelas Hj Adnan. “Pak Cik asal dari Jempol. Tapi membesar kawasan Kampung Baru. Kampung Baru ni tempat Aishah Ghani. Drs Sulaiman pun ada sini. Ramai orang Melayu yang dah kaya kerana UMNO tinggal kawasan Kg Baru. Siapa sangka UMNO boleh kalah”
“Masjid Kampung Baru tempat orang-orang Melayu berkumpul. Pusat aktiviti agama dan politik orang Melayu. Kalau nak tunjuk perasaan dan lain-lain orang Melayu kumpul di masjid Kg baru. Jawatan kuasa masjid ada dua orang UMNO tetapi pemimpin seperti Dato Najib tak lawat kami. Najib terkejar-kejar lawat China Town, tenguk orang Cina. Lepas tu terkejar-kejar lawat dan minum di kedai orang India di Brickfield. Kenapa tak datang dan lawat orang Melayu di kampong Baru?”
Hj Adnan terkilan dan sedih. Beliau mengakui sebagai penyokong kuat Tun Razak dan Dato Seri Najib. Tetapi beliau tak faham dengan sikap Najib yang tak melawat Kampung Baru. Tak jumpa orang Melayu. Bukan jauh sangat sangat Kampung Baru dari China Town atau Brickfield.
“Orang Cina dan India tak akan undi BN. MCA minta semua jawatan Menteri tapi orang Cina undi DAP atau PKR juga. Begitu juga orang India. Mereka bukan ‘merajuk’ seperti orang Melayu. Orang Melayu yang sebenarnya merajuk dan kita masih boleh pujuk. Orang Cina dan India tidak merajuk. Mereka dah rancang semua ini untuk dapatkan kuasa.”
Menurut Hj Adnan, sepatutnya pemimpin UMNO mesti kuatkan sokongan dan perpaduan orang Melayu. Charity begin at home, tegasnyanya. Pemimpin seperti Najib sepatut belajar politik dari Tun Razak dan Tun Mahathir. Kawasan yang ditawan parti pembangkang tak mungkin kita dapat tawan balik. Tapi kawasan kita mereka dengan senang boleh tawan. Tenguklah Singapura dan Pulau Pinang. Ini mereka dah rancang. Sekarang Kuala Lumpur dah jadi milik mereka. Lepas tu Perak, Kedah, Selangor dan seterusnya.
Selepas hampir satu jam dalam teksi saya tiba tempat yang dituju. Kawasan The Mall juga sesak petang Ahad ini kerana kebetulan ada Matta Fair di PWTC. Saya banyak menimba ilmu daripada Pak Cik Adnan. Sebelum berpisah beliau memberi nombor handset dan minta saya berhubung dengannya jika perlukan perkhidmatan teksi. “Saya akan baca blog SEKALI KETUK dan kalau nak sembang politikpun boleh kol Pak Cik bila-bila masa” Katanya tersenyum.

5 Responses to "UMNO LAHIR DI KAMPUNG BARU. KENAPA BOLEH KALAH?"
Salam, bila Melayu sudah lupa, bila Melayu sudah angkuh dengan kenikmatan, maka datang rasa dengki khianat kepada Melayu lain, itulah sudahnya bila Melayu sudah tidak yakin sesama Melayu......
Kerajaan Paklah membuat melayu membenci umno. Najib tidak upaya menarik melayu menyokong umno. Dia sebok dengan hal-hal bukan melayu.
sebab kampung baru dah jadi kampung lama.
salam yang gambi dan Kulup Arapayung. Saya terima sms seorang sahabat
"UMNO must back to basic, go back to the roots. Mereka harus ingat tahun 46, bukan UMNO yang kuat tetapi semangat nasionalisme Melayu yg kuat, lantas org Melayu terpelajar gunakan peluang ini untuk di politikkan, anwar is doing the same. Dalam keadaan Melayu hilang arah, dia offer arah baru, new direction.
Beritahu pemimpin UMNO biar sampai ke bulan atau mana-mana angkasa, jika mereka tidak tahu berapa anak tangga masjid Kg Baru, UMNO tidak akan bertahan. Perjuangan Melayu mereka tidak akan diberkati.
Orang melayu tahu pemimpin UMNO sudah ramai kaya raya. Selama lebih 5 dekad UMNO memerintah semua dengan kroni masing-masing yang kaya raya, tetapi bagaimana pembangunan masyarakat melayu dari segi agama, minda dan sikap? adakah berdaya saing berbanding kaum lain? didikan jenis apakah yang ditaburkan selama lebih 5 dekad? apa hasilnya kepimpinan kepada belia kini? sememangnya individu itu sendiri bertanggungjawab penuh kepada dirinya, tetapi peraturan dan panduan pendidikan disediakan kerajaan pemerintah? saya dapat bayangkan bagaimana jika hukum hudud dilaksanakan kepada umat islam dinegara ini. pastinya kes berpuncakan remaja islam terutamanya melayu kini di tahap minima.
Post a Comment