ARTIKEL BARU

DIMANA SILAP NAJIB?





Dato Seri Mohd Najib masih gagal memenangi hati rakyat Malaysia termasuk orang Melayu. Dimana silapnya?


Tertarik membaca posting seorang rakan Facebook “berbuka puasa di hotel 5 bintang, ramainya orang Melayu namun tidak seorangpun orang Melayu kenal aku”. Rakan FB ini seorang yang begitu dikenali dikalangan circle UMNO. Apa yang tersirat dari posting itu, ramai orang Melayu yang kaya dan berjaya tapi mereka bukan dari kalangan orang UMNO.

Kerap dihujahkan kemerosotan undi UMNO/BN pada PRU12 berpunca daripada kelemahan pentadbiran dan kepimpinan Tun Abdullah Badawi. Tetapi selepas hampir 6 bulan Dato Seri Mohd Najib mengambilalih kepimpinan parti dan negara, kenapakah kerajaan dan UMNO masih gagal memenangi hati rakyat?

Jika barangkali ada yang mempertikai keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai dan Permatang Pasir selepas Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO bukan cerminan sebenar sokongan rakyat, apakah lagi cerminan terbaik sebagai merujuk kepada populariti dan sokongan kepada kepimpinan Najib?

Sebaik sahaja Tun Razak mengambilalih kepimpinan dari Tunku pada 1970, impaknya ketara dan mood rakyat jelas kembali menyokong kerajaan. Begitu juga setelah Tun Mahathir mengambilalih kepimpinan dari Tun Hussien pada 1981. Dasar-dasar mereka begitu berkesan dan rakyat memberi sokongan padu kepada parti dan kerajaan.
Tun Razak dan Tun Mahathir tampilkan idea baru yang sifatnya menyangkuti keperluan rakyat diperingkat paling asas. Mereka tidak sekadar recycle atau menjenamakan semula idea lapuk seperti 1Malaysia. Mereka tekan isu-isu kecil seperti name tag, pada masa yang sama fokus kepada agenda besar seperti Dasar Penswastaan atau pensyarikatan. Najib penuh dengan idea besar seperti liberalisasi kewangan tetapi yang kecil-kecilnya agak bercelaru.
Najib umum pembebasan 13 tahanan ISA termasuk dua pemimpin Hindraff. Larangan keatas dua akhbar parti pembangkang, Suara Keadilan dan Harakah ditarik semula. Semua menjurus kepada sesuatu yang menarik akan berlaku kepada BN dan kerajaan setelah menjadi Perdana Menteri.

Namun harapan itu menjadi impian kosong dan bolong. Pembangkang terus mendapat kemenangan dikerusi berbilang kaum Bukit Gantang dan Selambau. Dan seterusnya Manek Urai dan Permatang Pasir. Kenapa UMNO masih gagal menarik sokongan golongan majority rakyat. Kenapa silent majority masih menolak calon BN terutama UMNO? Dimanakah silap Najib?

Dengan slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Dengan pemansuhan syarat 30% FIC, liberalisasi kewangan serta berbagai lagi perubahan dasar penting untuk menarik pengundi Cina. Hasilnya dalam satu daerah mengundi Permatang Pasir, daripada 2000 pengundi Cina hanya 300 sahaja yang mengundi BN. Tidak sampai 15% pengundi Cina menyokong kerajaan BN walau mereka dijanjikan bulan dan bintang? Dimana silap Najib?

Pemerhati politik berhujah, pembangkang terutama PKR memberi tumpuan kepada golongan cerdik pandai. UMNO masih menyanyi lagu lama, meniup seruling bamboo dengan rakyat desa yang miskin yang bergantung hidup dengan subsidi.

Kekuatan UMNO di desa itu tidak lagi seperti dulu. Nampaknya PAS lebih intim dengan rakyat desa. Pemimpinnya sanggup menunggang kapcai atau memandu Kancil untuk bertemu rakyat. Menghadiri kenduri di surau dan masjid. Dimana lagi kekuatan UMNO?

Kepada penyokong PAS dan DAP, peralihan Perdana Menteri, konsep 1 Malaysia, kabinet baru atau apa sahaja perubahan paradigma yang diharapkan tidak ada impak kepada mereka. Golongan ini memang sukar diubah paradigm walau apa juga perubahan yang dilakukan parti pemerintah. Mereka sudah kebal kerana telah diindoktrinasikan sejak usia muda untuk menentang kerajaan terutama UMNO dan BN.

Paradigm harusnya bermula dalam UMNO dan komponennya bukan hanya kerajaan yang berubah. Menjadikan UMNO lebih menarik sehingga mampu menarik golongan atas pagar dan golongan silent majority termasuk sejumlah besarnya golongan muda yang nampaknya begitu kritikal terhadap BN dan kerajaan.

Dapat diperhatikan apabila pembangkang menyerang mereka focus terhadap UMNO sahaja bukan menyerang MCA atau MIC atau Gerakan. Tetapi UMNO sebaliknya melilau dan tidak focus menyerang PKR. Jika ada serangan terhadap PKR ianya lebih menjurus kepada isu peribadi Anwar Ibrahim bukan dasar parti itu.

UMNO sepatutnya fokus kepada golongan intelek yang menyisih diri dari UMNO. Kenapa? Apa punca sebenar? Bukankah golongan ini seharusnya terhutang budi kepada kerajaan yang telah memberi biasiswa dan pinjaman? Bukankah mereka sepatutnya berterima kasih kepada UMNO kerana menggubal dasar membantu anak-anak Melayu? Tapi TIDAK begitu! Kenapa?

Satu ketika dulu bila pertubuhan Arqam begitu berpengaruh kerana membantu bangsa Melayu berniaga sehingga ke peringkat global. Kerajaan panik dan Arqam diharamkan dengan alasan aqidah menyeleweng. Jika pertubuhan NGO seperti Arqam boleh menyaingi pengaruh UMNO, apatah lagi PKR yang dipimpin Anwar dan parti PAS yang begitu lama bertapak di negara ini?

Dimana silap Najib? Apakah kerana beliau terlalu memberi prioriti kepada kerajaan dan tidak memberi tumpuan kepada parti? Apakah dasar-dasar Najib diterima baik orang Melayu yang mendokong perjuangan UMNO? Fikir-fikirkanlah….

12 Responses to "DIMANA SILAP NAJIB?"

Anonymous said...

Saya harap Najib tidak terus menggadaikan masa depan dan mengkhianati org Melayu utk terus menjadi PM dan merancang utk sepupunya si Hisham Pondan menjadi PM selepas beliau.

YANG GAMBI said...

Salam, apakah Najib seorang perlu dipersalahkan, apa tanggungjawab pemimpin-pemimpin setempat yang sepatutnya mendahului bertemu rakyat.....

Mampukah Najib bertemu seluruh rakyat Malaysia setiap hari kalau bukan dari pembantu-pembantu tadi, apa guna jadi wakil rakyat kalau berkhayal dan syok sendiri dengan kroni-kroni..... selepas itu merancang strategi bagaimana nak jadi Ketua Bahagian dan membunuh sesama sendiri, bukan merancang nak berkhidmat untuk rakyat....

Kita patut terlebih dahulu menilai dan menegur pemimpin-pemimpin setempat sejauh mana amanah mereka melaksanakan slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'........

princess jiji said...

satu soalan yang menarik..sebenarnya perubahan UMNO dan BN tidak terjadi secara total..pemimpin setempat UMNO masih bersikap bongkak dan apa yang mereka lakukan masih dilihat "hanya lakonan"..hati manusia dapat merasakan keihlasan seseorang itu dan keihlasan itu masih kurang dalam barisan kepimpinan yang ada sekarang..Menteri Dalam negeri jugak perlulah seorang yang kelihatan tegas..bila Menteri KDN sekarang pernah meminta maaf kepada bukan Melayu kerana mencium keris yang menjadi senjata tradisi pahlawan Melayu,bagaimana melayu nak harapkan polisi beliau akan dapat terus mempertahankan Melayu sebagai bangsa majoriti kat Malaysia?

ntah laaa..... said...

salam...
sobab nyo yolah tak guno sogalo kemudahan & kolobihan yg ado utk memartabatkn hukum Quran & hadis berado toratas dlm negaro...

Anonymous said...

sebenarnya masaalah bn/umno ialah hanya pemimpin tertinggi saja yg sebok berjuang manakala dikampung tiada suatu aktibiti pun yang dibuat oleh peringkat cawangan , peringkat daerah dsb nya tidak seperti pas sentiasa ada aktibiti ceramah dan juga pkr contoh persidangan bwh pokok dan hotel kita tengok umno sel umno kedah tak dengar apa pun

ikan said...

Dalam hal ini ramai pihak yg bertanggungjawab bagi membentuk keadaan ini berlaku.Dalam keadaan ini juga tiada gunanya jika kita asyik menyalahkan antara satu sama lain.Dan dalam masa yang sama kita juga tidak boleh secara terusan memberi serta membeli hati semua rakyat dengan menambahkan pelbagai keistimewaan serta faciliti yang semakin hari semakin bertambah.Hasilnya belum tentu lagi akan dapat melenturkan jiwa mereka.Pelbagai andaian serta persepsi yg dilontarkan tanpa ada sebarang perasaan dihati serta berbaur penuh kebencian.

Dimanakah perginya tokoh2 korporat yg menumpang kejayaan bersama2 dgn UMNO dahulu.Atau UMNO tidak pernah membantu sesiapa...maka oleh sebab itulah mereka tidak dijunjung serta diberi perhatian yang sewajarnya?

Anonymous said...

Bagi saya pertubuhan Umno ini tidak lagi boleh dipercayai.Kita lihat dimasa yang lepas.Bila mereka menang mereka senang-senang menaikkan harga barang dan minyak sehingga membebankan rakyat.Mahkamah tidak boleh dipercayai.Orang bersalah kadang-kadang diragui pembebasannya.Kita tahu bila sudah hilang sokongan mereka mula mengikut rentak rakyat.Banyak yang tidak diberi kemudian diberi.Semua ini tidak ikhlas untuk rakyat.Mengapa saya kata tidak ikhlas ialah kerana mengapa benda yang sepatutnya telah lama rakyat nikmati tidak diberi.Mengapa sekarang boleh pulak beri kepada rakyat.Sepatutnya tidak payah tunggu kurang sokongan memang diberi.Lagi satu apa yang kerajaan buat terhadap rungutan dan tidak puas hati rakyat terhadap sesuatu perkara.Bila diadukan buat mudah sahaja aduan itu.Tendang sana sini macam bola.Apakah ini kerajaan yang kita mahu.Kerajaan yang tak dapat menolong kita setelah kita undi mereka.Semasa mengundi kuasa ditangan kita selepas mengundi mereka punya suka.Kita tidak mahu hidup dibawah pemimpin yang banyak masalah.Macamana hendak mengurus dana negara dengan jujur.Setiap sen adalah dari rakyat.Sepatutnya kembali kepada rakyat.

Unknown said...

salam che wan, saya beri kebenaran.tq

Norawi said...

Najib tak silap pun.beliau telah berusaha bersungguh-sungguh.cuma orang-orang bawahannya perlu seiring dan benar-benar bekerja tanpa parti.

satu lagi masalah kerana beliau menjadi perdana menteri ketika anwar ibrahim menjadi ketua pembangkang(jika dianggap kesilapan)

Admin CCZ said...

Biarkan najib merasa susah di awal pemerintahannya. Sekurang-kurangnya kita masih ada masa dan ruang untuk sama-sama bangun dan kuatkan kembali UMNO dan BN yang hampir tenggelam dek kesuburan peralihan kuasa dari Tun Mahathir kepada Tun Lah sehingga membuatkan Tun Lah senang lenang dan tidak berusaha mengekalkan kemakmuran UMNO dan BN.Tun Mahathir tak salah malah cukup bermakna pentadbirannya cumanya mungkin kita tak bersyukur dan merasakan bahawa UMNO takkan jatuh. Siapa sangka begitu cemerlang, gemilang dan terbilang akhirnya kecundang tak sampai 6 tahun dipegang.

Anonymous said...

Kerajaan BN harus tegas dan tanpa takut mengambil risiko jika nk kan kembali sokongan bukan melayu/islam ..buang saja pemimpin yg dh terbukti terpalit ngan rasuah spt Ali Ruatam,KJ bahkan siapa saje tanpa ada pilih kasih.. Non bumi ni kebanyakannya adalah profesional/terpelajar dan x makan oleh propaganda malah susidi seperti orang Melayu yg undinya semurah gula 3 kilo..

BAM AL-HAJ said...

Artikel yang bagus... Saya rasa selagi pemimpin UMNO mengamalkan kronisme dan pemimpin yang berwan saja yang diangkat, selagi itulah UMNO semakin sukar mendapat sokongan rakyat. Satu lagi, roh agama dalam UMNO tidak disuburkan. Sepanjang saya jadi ahli UMNO (1988 - 2009), saya sedikit pun tak rasa UMNO menekankan soal Islam, kecuali kononnya mendidikan masjid besar-besar. Bab gejala sosial, jenayah dan hiburan melampau di tv UMNO membisu. Langsung tak boleh nak kawal. Itupun sebab projek membina masjid tu satu bisnes. UMNO terlalu materialistik. Lihatlah para pemimpin UMNO, dah naik sekejap je terus kaya-raya... Apa nak buat, mungkinkah nasi sudah menjadi bubur?