ARTIKEL BARU

KALAU TUN MAHATHIR MASIH PERDANA MENTERI.





Gambar: Tun Mahathir Mohamad

Kalau Tun Mahathir tidak bersara
Taklah Tun Lah jadi Perdana Menteri Malaysia.
Taklah menantu bermaharajalela.
Anwar Ibrahim masih dalam penjara.

Kalau Tun Mahathir tidak bersara
Taklah BN hilang majority dua pertiga
Taklah tumbang Selangor, Perak, Penang dan Kedah

Kalau Tun Mahathir tidak bersara
Mesti slow Cina dan India
Taklah berani tinggikan suara
Semua berkata “yes sir” belaka

Kalau Tun Mahathir tidak bersara
Jambatan Bengkok telah siap dibina
Selat Johor bertambah meriah
Sultan tak murka bila laut bertambah cerah
Mungkin Batu Putih masih milik kita

Kalaulah Tun Mahathir tidak bersara
Tidak menjadi menteri Datuk Idris Jala
Taklah Chua Jui Meng meninggalkan kita
Taklah Najib pening dengan kes Altantuya

Kalaulah Tun Mahathir tidak berhenti
Mungkin Lee Kuan Yew berfikir dua kali
Nak melawat Malaysia secara rasmi
Apa lagi sampai ke “dapur” Perdana Menteri

Kalau Tun Mahathir tidak berhenti
Taklah Datuk Radzi jadi Menteri Dalam Negeri
Beri permit sesuka hati
Jenayah meningkat ada yang ngeri
Rakyat marah, BN tak pandai tadbir negeri

Kalau Tun Mahathir tidak berhenti
Taklah Mukriz menjadi Menteri
Disebalik puji ada yang benci
Akhirnya Mahathir mengundur diri
Baton diserah pada pengganti
Disuruh berlari dia jalan kaki

Kalaulah Mahathir masih Perdana Menteri.....

16 Responses to "KALAU TUN MAHATHIR MASIH PERDANA MENTERI."

Norawi said...

kalau Tun Mahathir Masih Perdana Menteri
bertuah sungguh seluruh negeri
orang tak suka tak dipeduli
kemakmuran Malaysia negara luar cemburui

kalau Tun Mahathir masih perdana menteri
pandangan jauh payah dimengerti
ada kelompok berdendam tidak terperi
Tun yang bijak tidak peduli
perjuangan sebenar tersemat di hati

Admin CCZ said...

Jangan dikesal dengan dugaan
Tiada kalau dalam kehidupan
Kuatkan hati teguh pendirian
Bersatulah kita dalam satu barisan


Pemimpin datang silih berganti
Yang buruk telah mengundur diri
Kini masa bergabung sekali lagi
Jangan diungkit jangan dibandingi

Ku juga sedih Tun bersara
Tapi apakan daya kita hanya manusia
Yang muda akan jadi tua
Yang tua pasti ada penggantinya

Biarkan mereka merasa getir
Setelah Pemimpin dahulu habis disindir
Diperlekeh Tun umpama Pak Pandir
Sampai tergamak dipotret sebagai khinzir

Sekarang mereka pasti terasa
Tapi dah ego yang bermaharaja
Tok Guru merapu di iakan saja
Anwar pembelit dijadikan Ketua

Jangan biarkan Najib sendirian
Ayuh semua, rapatkan barisan
Yang mana perasuah, UMNO bersihkan
Tetapi kena berani buat keputusan

TudungDuang said...

Salam sdra MO...

Pertama kali saya ziarah blog MO...Huh! Sekali ketuk! Adui!! Nyaman terasa! Membaca, merenung, menilai dan memikir..akan nasib negara bangsa...'Di Mana Silapnya'..

Kalaulah Mahathir masih Perdana Menteri...
Sabah masih gilirkan Ketua Menteri
Musa Aman kempunan nak tambah lagi
UMNO Sabah menunggu lagi
Tidaklah mungkin SAPP lari

kalaulah Mahathir masih Perdana menteri...
Mungkinkah Anifah merajuk lagi
atau sekadar timbalan menteri
Atau Ghapur menjeling lagi..
kerana isu pengiliran ketua menteri

Kalaulah Mahathir masih Perdana menteri...
Mukhriz memang tak jumpa Khairy
kerana disekat ayahanda disayangi
Siapa Khairy belum tentu lagi
Kalaulah Mahathir masih Perdana menteri...

Kalaulah Mahathir masih Perdana Menteri...
Shahrir Samad tak dapat menteri
Muhd Taib membisu diri
Zahid Hamidi ternanti-nanti

kalaulah Mahathir masih Perdana Menteri...
tentu PPSMI sesinar mentari
pasti GAPENA meradang sendiri
kononnya PPSMI membuta tuli
tinggal tunggu PRU datang lagi

Kalaulah Mahathir masih Perdana Menteri.....

Wassalam bro MO...
Sekadar hiburan...

Quantum Metal Consultant said...

Kalau Che Det masih Perdana Menteri, tak merasalah dia dapat Tun lagi...hehehehe

Kalau Che Det masih Perdana Menteri, tak dapatlah puak Melayu PKR dan PAS yamseng take beer atau merasa babi pangang atas unggun api...

Kalau Che Det masih Perdana Menteri, aku tak lah banyak dosa dok maki hamun orang, tak sakit hati, tak sakit jantung - tidur lena aman bahagia.

Anonymous said...

Ini teks kehilangan kepercayaan kepada pucuk pimpinan ke

Yang lalu telah lalu dan tidak akan kembali lagi
Apa yang dapat dibuat adalah membawa satu perubahan
Perubahan yang dapat memajukan negara
Tinggalkanlah semua isu-isu politik
Yang selalu menjadi rintangan
Untuk negara maju ke hadapan...

red rooster said...

Tuan,
Posting kali ini sgt sinikal serta mencuit hati.... kalaulah Mahathir masih PM...

Unknown said...

salam ramadhan al mubarrak kepada rakan-rakan yg memberi komen termasuk yg menambah cantik lagi seloka "Kalau tun mahathir tidak bersara".

terima kasih banyak-banyak. salam

YANG GAMBI said...

Salam Merdeka,

Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Anonymous said...

bahaya posting ni... boleh jatuh syirik.

Anonymous said...

Tiada Insan yang bergelar Perdana Menteri mempunyai aura seperti belaiu.
Negara kehilangan seorang pemimpin yg tiada tolak bandingnya tentang pemikiran dan cara kerja belaiu.
Tun Mahathir adalah pemimpin sepanjang zaman.
Semoga sedikit sebanyak pemimpin hari ini dapat sedikit mencontohi pemikiran beliau....

Detguaq said...

Salam Mus,

Berpuasa diSabah ke? Nyaman bah...puasa diBAWAH BAYU.

Saya mengalami satu penyakit yang tidak menyakitkan malah sentiasa memberi semangat, iaitu bila tiap kali berita dibaca dan apabila telinga saya menangkap unkapan "Perdana Menteri Malaysia....." gambaran mata hati saya ialah wajah Tun Dr Mahathir, manakala telinga hati saya juga terdengar nama Tun bakal disebut. Namun semenjak Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri menggantikan pm yang ke5, sedikit 'adjustment' telah dapat saya lakukan. Itupun tidak tahu sampai bila.....nak kena lihat keupayaan dia untuk langkah seterusnya...

jeanbara said...

Sama ada Mahathir masih perdana menteri,
kita ni pak, tetap begini,
terpaksa kais sana dan sini,
demi nak cari sesuap rezeki.

Tapi kalau Mahathir masih perdana menteri,
kita mengais dengan yakin di hati,
kalau jatuh pun ke atas permaidani,
bukannya ke atas kerikil dan ceracak besi!

MPP said...

Salam bro.

Pinjam sat artikel.

Aku nak post masuk kat myKMU.

TQ.

ONE NATION ONE LOVE said...

Salam Bro,
Kalau Tun Mahathir Masih Perdana Menteri,
Aku memang tidur lena....
Aku memang confident habis...
Aku memang tertunggu apa announcement seterusnya...
Aku memang bangga bila dia dapat sakat Singapore....
Aku memamg.........
Hidup Mahathir,we love you Tun

zol dabat said...

salam saudara,
nak minx maaf sebab telah pon "mencuri" post ini dahulu sebelum meminta izin

apa2 pon saya juga kadang2 berangan yg Tun masih perdana menteri utk meredahkan ketakutan melihat senario politik sekarang.......

zizie said...

walaupun mahathir dah bersara...aku tetap ckp dia masih perdana menteri lagi..,,..