ARTIKEL BARU

PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO DIGILIR-GILIRKAN SETIAP NEGERI?

Mampukah Sayap-Sayap UMNO menarik golongan remaja?

Dua pilihan raya kecil, Manek Urai dan Bagan Pinang, sudah jelas isyarat pengundi muda mula memberi sokongan kepada UMNO dan BN. Golongan non-partisan dan pengundi atas pagar dikalangan remaja merupakan kumpulan yang mewakili peratus besar pengundi. Demi survivalnya, bagaimanakah UMNO dapat menarik golongan pengundi muda menyokong parti itu?

Pilihan raya ke 13, selewat-lewatnya pada 2013, Sayap UMNO perlu bersedia berhadapan dengan parti pembangkang dalam perang cyber yang jelas lebih menarik minat golongan remaja. Dalam masa yang sama sayap UMNO perlu mengurangkan presepsi sinis terhadap orang politik. Terutama orang politik yang ada jawatan dalam kerajaan.

Jika sayap-saya UMNO dapat menarik 4 juta golongan remaja yang layak mengundi yang masih belum mendaftar dan 2 juta pengundi muda yang telah layak mengundi menyokong parti itu, UMNO sudah pasti dapat mengekalkan momentum kembali menjadi wadah perjuangan kepada bangsa Melayu dan bumiputera setelah kehilangan sokongan pada Mac 2008 lalu.

Dalam perkembangan lain, disamping pindaan perlembagaan yang dijangka menjadikan parti UMNO lebih menarik, persidangan Pemuda UMNO hari ini dijangka mengemukakan usul Perhimpunan Agung Tahunan UMNO diadakan bergilir-gilir disetiap negeri. Pada masa sekarang UMNO mengadakan persidangan tahunannya di Kuala Lumpur. Matlamat usul yang dicadangkan itu ialah untuk merakyatkan UMNO.

Usul Pemuda UMNO merupakan satu cadangan yang menarik yang tentu sekali akan menjadikan parti itu lebih menarik kepada setiap lapisan rakyat terutama pengundi muda. Fikir-fikirkan

7 Responses to "PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO DIGILIR-GILIRKAN SETIAP NEGERI?"

YANG GAMBI said...

Salam, setuju dengan pandangan tuan, dalam menghadapai PRU ke 13, Sayap-sayap UMNO perlu lebih bersedia berhadapan dengan parti pembangkang dalam perang cyber yang lebih menarik minat golongan remaja.

Kawan juga bersetuju dengan usul yang bakal di bawa oleh PPU, agar rakyat di negeri-negeri juga dapat melihat dengan lebih dekat setiap perkembangan persidangan UMNO....

kelapa mawar said...

Salam sdr Musli..

Idea dan posting yang cukup menarik. Kelebihan sdr ialah mempunyai masa terluang yang besar untuk mendengar dan mentelaah senario politik nasional selain terlibat dalam diskusi ilmiah utk mencerna hala tuju politik nasional.

Pandangan bahawa akan ada pandangan berlakunya penggiliran perhimpunan mengikut negeri adalah satu pandangan yang baik dan wajar diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan..kerana 'merakyatkan' Umno bukan sahaja pada perlembagaannya tetapi juga pada perjalanan parti peringkat pusat dan negeri..namun terfikir saya bagaimana nasib sarawak kerana UMNO tidak ada di negeri itu..?

Teruskan menulis politik nasional..idea dan pandangan sdr membuatkan saya terfikir, bahawa wajar diberikan ruang kp orang sebegini...
Salam dari KELAPA MAWAR.wasallam.

Mohd Amini said...

Salam Tuan,
Paparan yang sangat menarik untuk dikongsikan.Idea yang sangat menarik, pasti Presiden UMNO menerima idea itu dan mungkin akan melantik tuan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO di masa akan datang. Isnya Allah..

Mohd Amini said...

Salam Tuan,
Paparan yang sangat menarik untuk dikongsikan.Idea yang sangat menarik, pasti Presiden UMNO menerima idea itu dan mungkin akan melantik tuan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO di masa akan datang. Isnya Allah..

Unknown said...

Salam Yang Gambi, Kelapa Mawar dan sdra amin, terima kasih atas komen kalian.

Tentang Sarawak, setahu saya setakat ini UMNO belum ada hasrat lebarkan sayap ke negeri itu kerana sarawak akan mempunyai jumlah perwakilan yg besar kerana ada 32 bahagian parlimen. lagipun tidak ada masalah dalam BN sarawak dan PBB masih mendapat sokongan rakyat bumiputra Sarawak.

terima kasih harap dapat memberi komen di paparan berikutnya

Unknown said...

salam sdr musli...

garapan saudara tentang isu-isu semasa terutama tentang gelombang politik dalam semua peringkat amat menarik perhatian saya. Sepatutnya sdr diberi peluang utk menduduki ajk bhg umno kb supaya idea-idea sdr dapat diaplikasikan bagi merawat umno kb yg makin lesu dan sakit. Saya melihat umno kb tak berubah-ubah mcm dulu-dulu juga walaupun ketua silih berganti...op! baru 2x pula (DSSK & DMJ). teruskan perjuangan sdr dalam menghasilkan penulisan isu yg lebih sensasi. wasalam

jeanbara said...

Cadangan yang menarik dan wajar dialu-alukan, pak. Ia juga tak sukar dilaksanakan; tp yang akan menjadi persoalan ialah, tahap konsistensi dalam melaksanakannya.

Kalau tak silap ingatan saya, suatu masa dahulu pernah ada usaha menjalankan mesyuarat kabinet, dan kemudian mesyuarat MT Umno di luar KL/WP. Tapi ia kemudiannya terhenti begitu sahaja.

*Psst, gambar pada posting bapak mengingatkan saya pada seseorang; yang kerap ditemui di The Mall/Sri Pasific. Mungkinkah itu gambarnya semasa kecil?