Apakah fasafah DEB dan cita-cita Tun Razak memperkasa ekonomi bumiputera diteruskan melalui MEB?
Matlamat akhir DEB secara jelas dan terang menyebut perkataan BUMIPUTERA sebagai matlamat akhirnya. Iaitu mencapai sasaran 30% ekuiti kekayaan negara menjadi milik bumiputera pada tahun sasaran 1990. DEB mempunyai matlamat serampang dua mata: (1) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum (2) Menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Tun Razak yang ambil-alih teraju kepimpinan negara selepas 13 Mei 1969 dan setelah Parti Perikatan hilang majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat, memperkenal DEB. Matlamatnya amat jelas. Oleh kerana kadar kemiskinan tinggi dikalangan penduduk bumiputera, maka secara langsung DEB adalah khusus untuk bumiputera. Maka ditubuhkan FELDA,FELCRA dan lain-lain untuk membantu rakyat luar bandar.
Matlamat menghapuskan pengenalan kaum adalah bertujuan mencipta masyarakat peniaga dikalangan kaum bumiputera. Kerajaan memberi segala kemudahan untuk mencapai sasaran itu dengan menubuhkan MARA, UDA, PERNAS dan berbagai-bagai GLC.
RMK2 (1971-1976) menjadi asas kepada DEB (1972-1990). Malangnya Tun Razak meninggal dunia sebelum berakhir RMK2 dan perancangan dan falsafah DEB yang diilhamkannya gagal mencapai sasaran. Pada tahun 1990 DEB digantikan dengan Dasar Pembangunan Negara (DPN) yang tidak lagi menyebut perkataan BUMIPUTERA.
Musibah yang melanda BN pada PRU 12 pada 2008 adalah ulang tayang PRU 1969. Barangkali musibah itu memberi ilham kepada Dato Seri Mohd Najib memperkenalkan dasar baru ekonomi seperti DEB yang diilhamkan ayahnya. Dia namakan Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan dilancar pada hujung bulan Februari depan. RMK10 (2011-2016) akan menjadi asas kepada MEB seperti RMK2 yang menjadi asas kepada DEB.
Apakah itu MEB? Apakah Najib mempunyai political will untuk meneruskan falsafah DEB Tun Razak untuk mencapai matlamat ekonomi BUMIPUTERA? Atau MEB memenuhi konsep satu dasar ekonomi untuk 1Malaysia tanpa mengambil kira kepentingan Melayu dan bumiputera?
Dalam kenyataannya, Najib menggariskan MEB sebagai model ekonomi yang komprehensif yang bukan sahaja merangkumi asas ekonomi tetapi juga asas halatuju kerajaan kearah masa depan yang cemerlang.
Rakyat menanti pengumuman terperinci MEB pada bulan Februari dengan penuh debaran serta dengan penuh harapan cita-cita Tun Razak memperkasa ekonomi bumiputera dapat menjadi realiti melalui MEB.
Rakyat menanti pengumuman terperinci MEB pada bulan Februari dengan penuh debaran serta dengan penuh harapan cita-cita Tun Razak memperkasa ekonomi bumiputera dapat menjadi realiti melalui MEB.
fikir-fikirkanlah...
4 Responses to "DASAR EKONOMI BARU TUN RAZAK DAN MODEL EKONOMI BARU NAJIB. APA BEZANYA?"
satu komen yg menarik hasil 'observation' yg teliti, diharap gagasan MEB ini tidaklah sekadar hangat2 tahi ayam, sudah ramai rakyat Malaysia yg tahu apa itu 'BENAR' dan 'SALAH', kebanyakan dasar2 kerajaan mmg menarik tapi implementasinya tidak kemana....
Salam Orang Sabah,
Kita teruskan perjuangan dalam Perkasa ~ bRAVEhEART
Apeng,
Memang impelentasinye tak kemana selagi org Melayu tidak berubah. Malas berusaha. Nak senang cepat dan asyik menjatuhkan sesama bangsa dan agama.
Salam perkenalan dan persahabatan saudara...
Bagi kami orang kampung bekerja sebagai petani ini yang penting ada air sawah, jentera pembajak dan mesin penuai makanya adalah ekonomi!
Post a Comment