ARTIKEL BARU

PERJALANAN KE KELANTAN DAN TERENGGANU



Perasmian Perkasa negeri Kelantan. Saya tidak sentuh cerita PAS sewaktu berucap di Kelantan tapi dalam ucapan di Terengganu saya timbulkan persoalan kegagalan PAS di Kelantan membentuk moral yang baik dikalangan anak-anak muda negeri itu. Walhal parti PAS mempromosi Islam dan moral yang baik tapi setelah 20 tahun PAS memerintah, kelihatan perangai anak-anak muda di diperlihatkan dalam perlawanan bola sepak tidak menggambarkan imej yang diperjuangkan PAS. Apakah ini satu bukti kegagalan PAS?


Tepat jam 1.14 pagi, Alphard putih milik Raihan mula meninggalkan Quality hotel. Petang nanti pada Jam 3pm, Majlis pelancaran Perkasa negeri Kelantan akan berlangsung di Kota Bahru. Saya ikuti rombongan Raihan Sulaiman Palestin, Ketua Wiranita Perkasa Malaysa.


Selepas bersarapan porridge Teochew Quality hotel yang tersohor itu. Saya dan Syed Hasan, Setiusaha Agung Perkasa duduk di bangku tengah. Manakala Kak Jah, AJK Perkasa menjadi jurumudi duduk sebelah Raihan.

“Kalau Raihan penat, saya ganti jadi driver” kata Syed. Saya juga menawar khidmat tapi daripada kata-katanya, Raihan tidak yakin orang lain memandu. “laki aku sendiri pun tak pernah drive” jawab Raihan.

Saya kagum dengan Raihan. Sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit kerana semangat perjuangan. Raihan tidak pernah komplen atau mengeluh. Perjalanan ke Kota Baharu biasanya mengambil masa 6 atau 7 jam.

Selepas hampir dua jam, kami berhenti sekejap disebuah gerai di Kuala Lipis. Saya dan Syed minum kopi jantan. Saya terlelap sekejap tadi. Begitu juga dengan Syed Hassan. Tapi kedua-dua Serikandi Perkasa asyik berbual. Pemanduan Raihan walaupun laju tapi meyakinkan.

Bunyi dengkur kami berselang seli. Macam simfoni music kata kak zah. Disambut gelak ketawa. Saya cadang untuk sambung semula tidur.

Kira-kira jam 7 pagi kami sampai Machang. Raihan sudah ada tanda-tanda mengantuk. Saya beritahu Raihan untuk sarapan tepi jalan. Nasi berlauk awal pagi dah disediakan di gerai itu. Nampak sedap tapi terpaksa berebut dengan lalat. Hiss banyaknya lalat. Kawasan tempat bakar ayam percik dikerumuni lalat. Begitu juga tempat kayu pemotong ayam.

Mual rasa nak habiskan lauk kari daging. Tapi kepada pelanggan lain dan peniaga gerai tersebut, kehadiran lalat seperti tidak memberi ancaman kepada mereka. Barangkali ‘alah bisa tegal biasa’.

“Kita singgah rumah Presiden” arah Syed Hasan. Kami membelok ke kiri menuju ke rumah Dato Ibrahim Ali di Taman Mini, Pasir Mas. Kami rehat dan makan di rumah itu sebelum konvoi ke pelancaran Perkasa negeri Kelantan.

Jam 3 petang kami tiba di Dewan PPK, Kota Bharu. Orang ramai sudah penuh sesak. Ternyata Dato Ibrahim Ali masih mampu menarik sokongan ramai di Kelantan. Persembahan pencak silat dua orang wanita Perkasa menarik perhatian saya.

Pertama kali saya rasa gementar untuk berucap dalam majlis kali ini. Bukan mudah menarik perhatian penonton apa lagi rakyat Kelantan yang telah biasa mendengar pidato yang hebat. Tambahan pula kehadiran yang ramai menyebabkan saya tambah gugup.

Majlis berakhir kira-kira jam 5 petang dan kami terus beredar ke Kuala Trengganu untuk Majlis Pelancaran Perkasa Negeri Trengganu yang akan diadakan di Primula Beach Resort jam 9 malam.


Majlis Pelancaran Perkasa Negeri Trengganu di Primula Beach Resort Kuala Terengganu.

7 Responses to "PERJALANAN KE KELANTAN DAN TERENGGANU"

budak-kom said...

assalamualaikum. kenapa tidak ada makluman pelancaran perkasa peringkat negeri Terengganu atau makluman itu dibayangi oleh rapat umum yang diadakan seluruh negeri Terengganu pada jumaat lepas? mungkin selepas ini perlu diperhebatkan makluman mengenai pelancaran Perkasa peringkat negeri negeri. atau saya yang tidak sedar apa yang berlaku disekeliling.

kunakpress.blogspot said...

teringin juga nak serta bersama

nurmani said...

Perkasa ni mencari cacat Pas atau nak memperjuangkan nasib melayu ?

Unknown said...

Salam budak-kom, pengumuman pelancaran Perkasa negeri-negeri dikendalikan Perkasa negeri masing-masing. suka di maklumkan Pelancaran Perkasa Melaka pada 16hb januari. Johor pada 17hb Januari diadakan di Batu Pahat,

Pada 30hb negeri terakhir ialah pelancaran Perkasa Selangor oleh Tun Mahathir.

Unknown said...

Salam Mentol, saya ucap terima kasih atas reaksi tuan. Perkasa dalam usaha memperkasa politik orang Melayu harus bersedia menegur kecacatan parti-parti politik Melayu termasuk UMNO dan PAS.

Mohd Amini said...

Salam Hijrah,Sudah dua tiga bulan berlalu Perkasa sabah dilancarkan namun belum ada aktiviti susulan yang boleh mempereratkan ahli-ahlinya.

Syor,jika boleh salah seorang AJK Tertinggi Perkasa Sabah dibawa bersama setiap kali ada jemputan atau program di dalam atau diluar negeri Sabah secara bergilir.Langkah ini memberi pendedahan dan membuka minda para ahli tentang isu relevan terkini.

Unknown said...

salam sdra Amin,

Perkasa Sabah lancar pada 12 Disember. Sekarang baru sebulan...belum bah 3 bulan.

Semua di jemput hadir masalah perbelanjaan. Negeri Sabah akan adakan program mulai Mac.

salam MO