ARTIKEL BARU

BUKAN SAHAJA DIKENCING, TAPI KUBUR PEMIMPIN MELAYU DIROBOHKAN!!


Petikan ucapan spontan tanpa teks YDP Perkasa Negeri Sabah di Majlis pelancaran PERKASA negeri Johor di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, Johor. Turut hadir Presiden Perkasa, Dato Ibrahim Ali dan MP Batu Pahat merangkap Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr Fuad Zarkasi.

Semalam, Sabtu, 16hb, saya bertolak dari Kota Kinabalu menaiki pesawat Air Asia. Di kalangan penumpang saya tak nampak orang India. Yang ada orang Cina, Melayu, Kadazan, Bajau dan lain-lain bangsa pribumi Sabah. Saya begitu terkejut bila pengumuman ketua pramugari dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa India. Inilah pertama kali bahasa India digunakan. Pelik juga, pesawat transit dari Sandakan bukan dari Chennai atau Bombay.

berkata-kata dalam hati saya mungkin Air Asia tahu ada lebih 30,000 pemegang pas lawatan dari India yang dah tamat tempuh tapi bersembunyi di negara kita. Mungkin ada yang menjadi penumpang? Rasanya tak mungkin kerana jika ada dalam pesawat sudah tentu di kesan pihak imigresen. Jika orang India warga Malaysia pasti mereka faham bahasa Melayu atau Inggeris. Kenapa ya? Apa alasan Air Asia menggunakan bahasa India atau  bahasa Tamil?

Air Asia memang dimiliki seorang peniaga kaum India. Namun tidak bermakna ketika PM melaungkan slogan 1Malaysia, bahasa kebangsaan tidak dihormati dan diutamakan. Peristiwa ini satu bukti jelas hak bangsa Melayu dan pribumi di bumi Malaysia semakin hari semakin tidak dihormati kaum-kaum lain.  Kaum imigran yang datang ke negara kita kini begitu angkuh dan kurang ajar! Semuanya berpunca daripada kelemahan orang Melayu dan kepimpinan Melayu hari ini.

Jika orang Melayu/pribumi di negara ini kehilangan kuasa politik, ia berpunca daripada orang Melayu itu sendiri yang menyerahkan kuasa itu kepada kaum bukan Melayu. Bangsa Melayu dengan sifat lemah lembut, baik hati, "dagang lalu di tanakkan nasi" akhirnya menangisi bumi Melayu yang akan diperintah dan dikuasai kaum lain di masa akan datang.

Saya teringat kata-kata Dato Onn Jaafar, "Saya tidak mahu kubur saya dikencing orang Melayu di masa depan, jika saya tidak memperjuangkan hak orang Melayu". Hari ini ingin saya katakan dan tegaskan bukan sahaja kubur pemimpin Melayu di kencing,  malah akan  di roboh untuk membina kondo oleh bangsa lain di masa akan datang,  jika perangai orang Melayu dan kepimpinannya terus menyerahkan hak bangsa Melayu kepada kaum-kaum bukan Melayu.

Pekebun Getah yang miskin. Nelayan pantai yang hanya ada kail dan jala buruk memang tidak mampu membeli saham atau mengambil alih syarikat di BSKL. Namun bila mereka mendengar syarat 30% saham bumiputra untuk menyenaraikan syarikat di BSKL dimansuhkan, sayu rasa hati mereka. Mereka sedih kerana hilangnya hak Melayu dan bumiputra. Wal hal mereka tidak hilang apa-apa pun kerana masih menoreh getah dan menjala  ikan kecil. Kenapa mereka rasa kehilangan?  

Pemimpin Melayu terdahulu, Tun Razak, Dato Senu, Tun Sardon Jubir, Syed Nasir, Jaafar Albar, Harun Idris, Tun Mahathir dll  lebih berani dan mempunyai jati diri membela nasib Melayu. Dengan Fasal 153, mereka memperuntukkan peraturan supaya hak Melayu dapat dipertahankan. Jika pun tidak tercapai janganlah hendaknya pemimpin Melayu hari ini serah HAK MELAYU DAN PRIBUMI ITU  KEPADA KAUM LAIN!!

Saya anak Bajau dari Sabah. Dulu ketika moyang kami tinggal di negeri Johor,  suku kami dipanggil orang Laut atau orang Selat. Ada yang kata  masih ada orang Laut di Pontian.  Kami pernah bersultankan DYMM Sultan Johor Lama yang menguasai Johor, Riau dan Lingga. Kami adalah golongan pelaut yang berani dan disayangi Sultan pada masa itu. Jika saya takut saya tidak berdiri di depan kalian semua.

Seluruh bumi ini adalah bumi Melayu. Gugusan pulau-pulau Melayu. Jika bangsa Bajau yang menguasai lautan ketika itu bertemu dengan daratan, mereka akan berlabuh dan jika mereka bertemu dengan orang yang menyerupai orang Melayu sebagai penduduknya. Maka itu adalah bumi Melayu. Hari ini bukan sahaja pulau Melayu hilang seperti Pulau Singapura dan Pulau Pinang. Tanah disebelah pagar rumah kita pun akan hilang termasuk tanah yang kita dirikan rumah pusaka akan menjadi milik orang lain.  

Bersambung....

3 Responses to "BUKAN SAHAJA DIKENCING, TAPI KUBUR PEMIMPIN MELAYU DIROBOHKAN!!"

akiklawon said...

Semangat Pribumi tidak akan luntur di Bumi di bawah bayu ini. Agi idop agi ngelaban.

Perjuangan yang melupakan dan mengenepikan "jiwa" bangsanya adalah satu perjuangan "tanpa roh".

Tiupkan semboyan kesedaran bahawa mereka yang menggadai bangsanya kerana ghairah politik tetap akan mendengar tangisan generasinya hingga ke liang lahad menembusi Dinding Ali dan airmata mereka berbaur cendana.

JEBATSDK said...

itu sudah pasti berlaku sekiranya para pemimpin kita masih tidur dan lena dibuai selimut dan ayunan "RASUAH"..

pemimpin skrg lebih mementingkan tembolok masing2 drp memikirkan pasal Melayu..sbb tu jgn terkejut suatu masa nnti..tak kira sama ada di bawah UMNO ATAU PKR...kuasa ekonomi n politik bukan lagi hak melayu.

supirteksi said...

bagus artikal saudara. tahniah. semoga pemimpin melayu sedar bila baca artikal ini..