ARTIKEL BARU

ADUHAI MELAYU.....DI BUMI MELAYU, ORANG MELAYU MOHON PERLINDUNGAN?

Kampung Baru di zaman pemerintahan British. Pada ketika di jajah, Melayu mohon perlindungan British. Tetapi dibawah kerajaan Melayu hari ini, bangsa Melayu masih merayu untuk dilindungi hak mereka?

(Sambungan ucapan YDP PERKASA Sabah pada Majlis Pelancaran PERKASA negeri Johor, Ahad 17 Januari 2010)

Saya tidak faham di bumi Melayu. Tanah milik orang Melayu. Asal namanya Tanah Melayu. Bersultankan Sultan Melayu. Perdana Menteri Melayu. Ketua Setiusaha Negara Melayu. Ketua Polis Melayu. General Melayu. Ketua Hakim Melayu. Tetapi orang Melayu minta perlindungan undang-undang untuk melindungi dan menuntut hak mereka.

Sepatutnya kaum pendatang. Kaum imigran yang bukan Melayu yang seharusnya memohon dan merayu dilindungi kebajikan mereka dengan undang-undang yang ada dalam negara ini.

Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa Agama Islam agama rasmi, Bahasa Melayu bahasa rasmi, Ketua Negara adalah Yang Di Pertuan Agung dan pribumi iaitu orang Melayu dan bumiputra mempunyai hak dan keistimewaan di negara ini.

Yang memerintah negara ini adalah orang Melayu. Bangsa Melayu masih bangsa yang majority. Tetapi bila kaum minoriti mempersenda dan memperlekehkan agama Islam, orang Melayu minta dilindungi undang-undang yang termaktub. Sebab itu saya terasa pelik kerana Ketua Hakim Negara juga Melayu yang memilih hakim memutuskan kepentingan agama Islam.

Apakah Malaysia diperintah Malayan Union? Apakah British masih menjajah kita? Apakah kerajaan hari ini yang melaungkan slogan 1Malaysia tidak membela hak Melayu dan bumiputera sehingga orang Melayu terpaksa merujuk kepada perlembagaan?

Aduhai bangsa Melayu. Dagang lalu di tanakkan nasi.

9 Responses to "ADUHAI MELAYU.....DI BUMI MELAYU, ORANG MELAYU MOHON PERLINDUNGAN?"

SEDAR DIRI said...

Ni la akibat gila kuasa..
Matlamat mereka menghalalkan cara.

Pas & Pkr dah hilang semangat melayu dah jd bodoh mcm lembu angkara bersengkokol dgn ZIONIS Dap tanpa menginsafi yg kita ni org melayu & tinggal di tanah melayu..

Dap,Pas & Pkr akan penuh rela melihat nasib melayu akan jd merempat di bumi sendiri..

Corak pemerintahan mereka apabila berkuasa akan jd mcm Zionis negara jiran kita la jwbnya..siapa melayu di sana..?

Unknown said...

salam unit media wang maju.

terima kasih atas kunjungan. Insyallah saya akan link blog mediawangsamaju dengan blog saya.

terima kasih juga kerana ikuti artikel-artikel saya dalam blog ini.

salam MO

Siberangan said...

Ini adalah alamat bahawa kuasa Melayu semakin terhakis di tanah air sendiri.

Jika Melayu sudah tidak berkuasa lagi salepas PRU13 nanti angkara perbuatan terkutuk PAS dan Anuar Ibrahim serta kuncu2 Melayunya dalam PKR, maka dari siapa lagi Melayu itu mahu memohon perlindungan?.

Biasanya memohon perlindungan adalah daripada pihak yang bersimpati. Jika UMNO sudah tenggelam dan tidak memerintah lagi, harapkan DAP yang brsekongkol dengan PAP Singapura yang mahu bersimpati kapada Melayu ini?. Kala itu PAS tidak akan bertaring lagi. Anuar Ibrahim sudah mengikut telunjuk ZIUNIS yang sudah pasti akan menggalakkan lagi PAP Singapura menekan dan membenam Melayu ke dasar 7 petala bumi.

Ketika itu jangan di harap lagi Melayu akan mendapat hak2 istimewanya. Pendidikan anak2 Melayu entah kemana, ekonomi orang Melayu entah kemana, budaya Melayu entah kemana, malah ugama Islam pun tidak dapat di agung2kan lagi. Azan akan tidak di benarkan berkumandang di Mesjid2 dan Surau2.

Akhirul kalam, Melayu akan kembali ke zaman perjuangan Tok Janggut, Mat Kilau, Rosli Dobi, Datuk Maharajalela dan lain2 pejuang Melayu di zaman Tok Nadoq, iaitu di tahun 30han dan 40han.

Melayu? Innalillahiwailaihiraji'un...

Siberangan, turunan cucucicit Datuk Maharajalela

Anonymous said...

sapa kata la ni org melayu merintah?

ikan said...

Melayu mungkin mahu menunggu sehingga berakhirnya empayar pemerintahan melayu yang hanya pada dasarnya mengikut perlembagaan tetapi pada hakikatnya lebih banyak mengikut perasaan..

ONE NATION ONE LOVE said...

Salam semua bangsa melayu,
Berfikir tapi tak bertindak samalah macam berangan-angan.Berfikir tanpa merancang,huru-haralah jawapnya.Kalau nak berjaya mestilah berfikir,merancang dan kemudian bertindak.Barulah cemerlang.Dalam kita mengatakan tentang kelemahan orang melayu,hendaknya adalah bijak pandai kita yang dapat memberi jalan penyelesaian.Janganlah kita asyik menghentam saja bangsa kita tanpa beri cara cara menyelesaikan masalah.Mesti ada mulut2 gatal yg akan berkata-kata:TUN MAHATHIR YG MEMERINTAH LEBIH 20 TAHUN PUN TAK DPT MERUBAH ORG MELAYU WALAUPUN TELAH MENCUBA BERMACAM-MACAM CARA.Ok lah,mungkin Tun Mahathir pun ada kelemahan di sana sini,bagaimana pula lain2 bijakpandai melayu yg hanya pandai mengkritik tapi tak tau mencari jalan penyelesaian.Bangkitlah melayu,ada banyak lagi yg kita boleh buat untuk bersatu selain dari hanya mengkritik sesama kita.

BAM said...

Salam tuan,
saya ada semasa pelancaran Perkasa Pahang dulu. Saya bertanggung jawab membina blog Perkasa Pahang. Saya lebih di kenal dengan blog Beranikan Hati http://braveheart-blogger.blogspot.com. Bagi menyokong perjuangan Perkasa di blog saya baru membina satu blog baru; Berani Anak Melayu http://berani-anak-melayu.blogspot.com harap dapat tuan meletakkan blog berkenaan di link list blog tuan, terima kasih ~ bam aka bRAVEhEART