ARTIKEL BARU

MODEL EKONOMI BARU: MELAYU BAGAI NAK KEJAR KERETAPI LAJU...




Janganlah hendaknya setelah Model Ekonomi Baru Najib berakhir  pada 2020 dan Malaysia mencapai matlamat Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju, tapi bangsa Melayu dan bumiputra masih kekal miskin,  sehingga perlu satu lagi dasar untuk keluarkan mereka dari belenggu kemiskinan. Bagaimana nasib Melayu  ketika itu jika politik bukan ditangan bangsa Melayu yakni bangsa lain yang berkuasa?

Tulisan ini adalah sambungan artikel yang siar 5hb Januari bertajuk "DEB Tun Razak dan Model Ekonomi Najib. Apa bezanya?"

Model Ekonomi Baru dijangka akan diumum Perdana Menteri pada hujung Februari depan dan akan dibentang pada persidangan Dewan Rakyat bulan March. Saya menjangkakan matlamat akhir Model Ekonomi Baru (MEB) adalah mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Saya jangkakan MEB akan merangkumi dua RMK iaitu RMK10 (2011-2015) dan RMK11 (2016-2020).  Dasar Ekonomi Baru atau  DEB yang diumum pada 1971,  merangkumi empat RMK iaitu daripada RMK2 hingga RMK5 menjangkaui tempuh 18 tahun (1972-1990).

Walaupun detail MEB  belum diketahui,  saya pasti Model Ekonomi Baru MEB akan memberi penekanan kepada high impact economy atau sepenuhnya kepada pertumbuhan ekonomi atau economic growth sahaja. Soal agihan kekayaan atau konsep distributif yang kerap dirujuk sebagai halangan atau 'bottlenecks' kepada usaha pertumbuhan ekonomi tidak akan diberi penekanan.

Sudah tentu dalam MEB, pendekatan dasar  agak sedikit berlainan seperti dasar ekonomi negara sebelum ini kerana dalam usaha memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi fokus harus diberi kepada kelompok yang beri sumbangan besar kepada KDNK (GDP). Sudah tentu kelompok ini bukan dari kalangan orang Melayu dan bangsa bumiputra. Meritokrasi akan mengambil-alih pertimbangan politik ketika kerajaan memberi insentif kepada syarikat-syarikat yang membuat pelaburan.

Lebih banyak sektor  ekonomi dalam negeri akan mengalami proses liberalisasi sebagai menarik minat pelabur asing termasuk menarik  FDI yang amat diperlukan dalam proses pertumbuhan ekonomi. Peranan pembiayaan  dan pelaburan swasta akan lebih besar dalam MEB.

Persoalannya dimana ekonomi Melayu yang masih mengharapkan roh dan semangat DEB dalam MEB?
Barangkali belum terlambat untuk pemikir ekonomi Melayu mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri supaya dalam MEB, ekonomi orang Melayu terus mendapat keutamaan. Jangan sampai keretapi terlalu laju dan orang Melayu terus jauh tertinggal.

fikir-fikirkanlah....

1 Response to "MODEL EKONOMI BARU: MELAYU BAGAI NAK KEJAR KERETAPI LAJU..."

PIPIT PEKEPA' said...

salam perkenalan dari Pipitpekepa.blogspot.com