ARTIKEL BARU

Pilihan Raya Kecil ke 10: G.Palanivel Pasti Calun BN

Datuk G. Palanivel ketika diumum menang Timbalan Presiden MIC

Apapun hujah dan teori politik yang dikemukakan, secara prinsipnya, Barisan Nasional tidak akan mengubah status quo dalam pilihan raya kecil. BN sudah pasti akan diwakili parti MIC dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor. Hanya satu nama sahaja yang dikemukakan parti itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel.

Palanivel merupakan MP Hulu Selangor selama dua penggal dan beliau tewas dalam pilihan raya umum 2008, dengan majoriti tipis 198. Sebelumnya, pada PRU  2004, kerusi itu dimenangi Palanivel dengan majoriti 14,000 undi. Sebagai  Timbalan Presiden dan tokoh yang rapat dengan Datuk Samy Vellu untuk mengetuai MIC selepas beliau bersara, sudah tentu peluang  memulihkan imej MIC tidak dilepaskan Samy Velu kepada parti lain, terutama UMNO.

Wlaupun ada pemimpin UMNO   mencadangkan agar parti itu diberi peluang meletakkan calon memandangkan jumlah pengundi Melayu (53%) yang majoriti, namun ianya tidak lebih dari kenyataan melepaskan batuk di tangga. Ini kerana UMNO tahu, Datuk Seri Mohd Najib sebagai Pengerusi BN tidak akan mengambil risiko meletakkan BN dalam persengkitaan. Jangan sampai gagasan1Malaysia jadi sasaran kritikan kerana kerakusan UMNO untuk meletakkan calonnya.

BN sedar  untuk merampas semula kerusi Hulu Selangor bukannya semudah mempertahan Bagan Pinang di Negeri Sembilan,  memandangkan kerajaan negeri Selangor dibawah pemerintahan PR yang diketuai PKR. BN juga tidak bersedia menerima risiko tumbang kepada PKR, diketika parti itu dikatakan menghadapi perpecahan setelah beberapa MP dan DUN keluar dari PKR.

Pilihan yang terbaik ialah mempertahankan status quo dan mengekalkan Palanivel sebagai calon yang dipertanggungjawabkan memulihkan imej BN di Selangor setelah negeri itu jatuh kepada PR. Palanivel juga dikabarkan telah menjalankan kerja-kerja amal sejak beliau tewas pada 2008. Dan Palanivel juga dilantik sebagai Penyelaras BN Hulu Selangor pada tahun lepas.

Dalam usia matang 61 tahun, Palanivel juga bebas daripada sebarang isu moral yang menjadi minat parti lawan untuk dijadikan bahan kempen. Siapakah lawan Palanivel? Mungkinkah Zaid Ibrahim

Sama-sama kita tunggu tarikh penamaan calon yang akan di umum Jumaat ini oleh SPR. Sudah pasti kedua-dua pihak, BN dan PKR akan menjadikan Hulu Selangor medan politik utama sebagai ukuran siapakah sebenarnya parti yang popular di mata rakyat sebelum PRU13.

3 Responses to "Pilihan Raya Kecil ke 10: G.Palanivel Pasti Calun BN"

Anonymous said...

Betul tu.

hi la pemimpim UMNO tak dengar cakap orang bawah akar umbi. Dulu Bekas MB Khir Toyo cakap sombong . Nak bungkus pegawai /beri penyapu. Skrg dah tak ada sokongan pun nak keras kepala. Letak lah pemimpin UMNO, ni nak beri pada MIC, brp byk da mereka dalam Parlimen.
kerabat saya banyak i Ulu selangor tu, jika MIC LIHAT la akan terima balasan kapada UMNO yang dah tak berani....