ARTIKEL BARU

PROSES PEMUTIHAN PKR SUDAH SELESAI TIADA LAGI MP KELUAR KATA PAK TUAN

Datuk Salehudin Hashim bekas Setiusaha Agung PKR yang didakwa sebagai dalang yang membawa MP keluar daripada parti itu.

Proses pembersihan pemimpin PKR sudah beres kata Dr Syed Husin Ali. Bagaimanapun dia tak kata pulak berkemungkinan ada lagi MP yang akan dipecat!

Ketika ditemui media di perkarangan lobi Parlimen, Pak Tuan yang juga Timbalan Presiden PKR menjelaskan, parti PKR sekarang telah bebas daripada pemimpin yang merosakkan perjuangan parti. PKR katanya sedang mengorak langkah ke hadapan dan amat mengalu-alukan pemergian MP yang meninggalkan parti itu kerana mereka tidak membantu perjuangan PKR.

Datuk Seri Zahrain, MP Bayan Baru, Tan Tee Beng MP Nibong Tebal, Mohsin Fadzli Samsuri MP Bagan Serai telah keluar dari PKR. Manakala MP Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Noordin dipecat atas alasan melanggar displin parti.

Kesemua mereka sekarang adalah MP bebas dan duduk sebaris dengan  MP Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali, MP Tawau Dr Chua Soon Bui, dan Eric Majimbun, MP Sepanggar.

What next PKR? Rakyat sedang menunggu tindakan seterusnya.

0 Response to "PROSES PEMUTIHAN PKR SUDAH SELESAI TIADA LAGI MP KELUAR KATA PAK TUAN"